Wednesday, 26 November 2014

techno-logy

salam alayk,

akhir-akhir nie dah macam hilang diri sendiri. hidup pun macam zombie rasenya. ya Allah, kuatkan langkah aku dalam perjalanan yang panjang ini.

----

tekno-logi


satu perkara yang aku agak anti sekarang (mungkin buat masa nie je kot : 2 sec)


sebab aper ?



sebab.. ia boleh buat manusia jadi macam-macam =='


eg:

1- sebelum ambik wudhu tengok fon (telefon), lepas ambik wudhu tengok lagi, sebelum solat tengok lagi, selepas solat terus capai fon,
agak-agak nie ke yang dikatakan sebagai hamba kepada pencipta ?

shame myself. >.<


2- tengok movie boleh je sampai berjam-jam tapi nak bangun solat subuh pun berat macam nak pergi daki gunung Everest =='



3- dalam whatsapp , telegram , wechat n etc bukan main lagi mesra dan friendly orangnya tapi di dunia realiti, langgar bahu pun tak layan derr



dan
banyak banyak banyak lagi keburukan yang wujud disebabkan tekno-logi ini.



so guys,

beware of your technologies.

sincerely,
me.


Tuesday, 18 November 2014

titis air

salam alayk,

what a cold day,

hujan lagi hujan lagi dan masih lagi hujan.


Monday, 17 November 2014

hujan hati

salam alayk,

akhir-ii nie rajin mengepost. sebab rindu jiwa hijau semangat merah sebenarnya =='



hujan.
selalu sangat rasa deep dalam hati akhir-akhir ni. ada yang rindu barangkali. ya, semestinya. aku rindu kepada diriku yang beriman, susuk tubuhku yang kuat beribadat, yang tinggi akhlaknya, yang menyinar sebagai muslim yang sebenar ( okayy agak ada sedikit  krisis di situ samaada rindu atau angan-angan )


dan semestinya


aku rindu keluarga ninja ku.


sangat.






dan sangat sekali.

>.<





terutama bila aku rasa down. jatuh sejatuhnya.





aku rindu pelukan ukhuwah sahabat,

aku rindu senyuman manis sahabat,

segalanya tentang sahabat, mampu menyenangkan.

kerana orang beriman itu cerminan kepada sikap sahabatnya.

dan aku merindukan cerminan diriku, 

yang mampu membetulkan tika aku salah

mampu menyatakan yang haq tika aku khilaf

mampu menarik dengan penuh sayang takut-takut aku jatuh ke jahanam,

dan sungguh aku masih rindu !





jika kau jatuh ke dalam neraka, aku akan pergi dan tarik tangan kau kembali untuk sama-sama kita beriringan ke syurga - quoted







Sunday, 16 November 2014

kasih pencinta. # part 1

ku menarik lengan sweater hitamku untuk menutupi jemari yang kejur kesejukan.
memandang ke luar tingkap, melihat sayugia reaksi dan pergerakan manusia sehari harian.
huff. aku mengeluh kecil. udara sejuk benar sehingga terasa mencengkam ke tulang hitamku.
bas ke kuala terengganu itu menuju terus tanpa henti, membiarkan aku tenggelam dalam lamunan diri..

wahai Terengganu, bumi Tarbiah, aku kembali !

----------

jadual seharian hidupku sebagai pelajar universiti dilalui seperti biasa. assignment, tugasan, perbentangan seakan akan menjadi makanan harianku. ditambah lagi dengan penglibatan ku di dalam persatuan-persatuan yang ku ikuti di situ, membuatkan hari-hari ku sebagai pelajar terasa begitu pantas berlalu. argh. aku hampir menamatkan diploma tahun dua aku di sini. hampir kurang setahun lagi, aku akan menamatkan sijil diploma ku di sini.

suatu hari, seperti hari-hari biasaku di perpustakaan, sambil menelaah buku-buka akademik yang memberatkan, aku berhenti seketika dan bangun ke berjalan bagi meregangkan urat-urat ku yang berseliratan. sambil itu aku mellihat ke sekeliling perpustakaan, ramai manusia yang sibuk mengulangkaji pelajaran. maklumlah, hampir seminggu sahaja lagi peperiksaan akhir akan dijalankan. semua sedang sibuk berkejar menghabiskan pelajaran. begitu juga diriku.


sedang asyik aku memerhati gelagat manusia, tiba-tiba seseorang menepuk belakang bahuku lantas aku berpaling dan melihat seniorku, kak ajah, tersenyum memandangku. Lantas aku balas senyuman manisnya itu dan mengajaknya duduk bersamaku. suasana diam seketika, terasa adrenalin dalam badanku mengalir dengan lajunya. penat  huh.


" dik, menungkan apa tu ? menung si dia yang kejauhan ea.. " tebak kak Ajah.
" Ish, takde la akak. Tiada siapa yang hendak dimenungkan. hehe. saje je Jay tengok gelagat manusia ni. seronok tau. " balasku bersahaja.

Tanda kerutan di dahi kak ajah jelas menunjukkan bahawa kata-kata ku kedengaran aneh di cuping telinganya. aku tertawa halus lantas aku perjelaskan maksudku dengan lebih mendalam.

" manusia ni makhluk yang kompleks kan akak ?

kenapa Jay cakap macam tu ? tanya Kak Ajah sambil tersenyum manis.

sebab.
.
.
.
.
.
.
jeda.
.
.
.
.
.
.
.
" takpe lah akak. panjang pula kalau nak cerita nie. hehe. btw, akak sihat ? "
ujarku ringkas sambil meraih lembut tangan ukhti kesayangan ku dan kusalami kemas.

" Alhamdulillah, akak sihat je sayang, ada-ada je la adik akak nie. sudahlah, jangan duk berangan sangat, jom kita pi lunch, akak belanja makan nasi ayam nak ? "

" ala akak nie, segan Jay, asyik akak je yang belanja, kali nie Jay belanja akak ya,? "

Kak Ajah mengganguk lantas kami bangun beriringin menuju keluar dari 'mesin ais beku' itu dan pergi menikmati makan tengahari kami. seronoknya, getus hati kecilku.


ya. aku sangat seronok apabila keluar dengan Kak Ajah. bahkan rasa lebih enjoy berbanding apabila keluar dengan gengs aku. sebab ? sebab yang pertama Kak Ajah tak pernah malu untuk keluar dengan aku, yeah, basically i am being me with her = ( long sleeves shirt + jeans ), and she never complained about that, dan yang kedua sebab Kak Ajah ni chill sangat sampai boleh borak perkara agama dengan aku sedangkan aku nie sangatlah jahil tahap gaban dalam agama. fuhh, tahap super woman akak nie.


dan kenkadang sampai satu tahap gengs pun pelik dengan aku, macam mana aku boleh jadik rapat sangat dengan Kak Ajah, naib presiden Persatuan Islam di Univ Alami ni.  yelah, aku ngan Kak Ajah jauh panggang dari api kott, tapi apa aku kesah orang kata, yang penting aku suka.


bersambung..
p/s: masih di proses pembelajaran menulis cerpen, mohon tunjuk ajar sahabat2 ya


rindu

bimillahirrahmanirrahim. musim hujan telah tiba =='


dengar kata di urdun sana, syita' juga hampir menjengah,
ya Allah sampaikanlah salamku pada bumi Anbiya itu semuanya. 


harini rasa amacam xsihat sangat. auchumm, banyak sangat mandi hujan 2 3 hari nie.
 moga setiap sakit itu menjadi kaffarah bagi dosa-dosa kita.


blogwalking again.
dan kali nie terbaca entry yang sangat menyenangkan dari ukhtyku, beliau seorang yang sangat hebat, tokoh pemimpin pelajar di zaman persekolahannya dulu, dan tidak asing lagi sekarang juga menjadi pimpinan pelajar di bumi permusafiran ilmunya.


dia bercerita tentang abah dan ibunya. dan aku yakin sekali bahawa itu tanda rindunya yang tak bertepi. 
kasih mereka membuat aku bungkam sendiri. ya tuhan, kau lebih mengetahui isi hati ini.


aku tahu barakah itu wujudnya pada kasih abawain, tapi.


dan masih ada tapi. bagiku..


cukuplah dengan nikmat yang Kau kurniakan sehingga hari ini, sampai saat aku mampu bangkit berdiri, dengan rahmat dan kasih sayangMu, Allah. 






aku sampaikan angin membawa salam kerinduan yang tidak pernah bertepi, dan moga angin itu membawa segala kesakitan pergi, dengan izin tuhan.

Saturday, 8 November 2014

hikmah di sebalik setiap kejadian ~ Hikmah pasti ada ^^,

salam alayk.

get started with nice saturday morning, Alhamdulillah everything going fine from the started, then proceed with my MUET for today. may the best from Him to us. dont have any stories to be told actually, indeed just one to share about one thing. what it is ? its about what we called HIKMAH;

yes. deep down insde urself, when something bad get happened to us, we would felt down, heart-broken, flying spirits and many moore lah, but indeed we forget the HIkmAh of the things. know what buddies ? Allah love us so much as among those single things we do in lifetime whether good or bad will be recount but with His love and mercy we could enter the Jannah. Allahu Akbar.

one wors to say,

instead,

be thankful =]


*broken english* 

Monday, 27 October 2014

tanpa suara

Hari ini. . .

buat kesekian kalinya, menitis lagi air mata ini dan luka lama berdarah kembali.

ya Allah,
bukan aku ingin membenci, bahkan ingin kuusir jauh-jauh luka ini,
tapi mengapa parut yang kering itu berdarah kembali ?

sakit ya Allah,
tidak tertahan rasanya perit ini,
kuatkan aku dengan kasih Mu ya Allah

hujan di luar mendamaikan hati,
menyejukkan sekeping jiwa yang kering,
moga ianya membawa sinar bahar buat diri ini.

-muharram kembali-

Thursday, 2 October 2014

postpepagi :]

assalamulaikum. <3


alhamdulillah, sebenarnya tengah taip blog ni saambil tersengguk sengguk. eheh. jangan marah ya, walaupun takda siapa yang teringin baca blog ni, kuyakin mungkin inilah satunya medium pengganti diriku di sisi kalian, sahabat-sahabatku yang jauh di mata ini. huhuhu.


cuti aidil adha semakin menjenggah, tinggal sehari dua je lagi nak cuti, um, dah lama x balik sebenarnya walaupun duk dekat je. :)


moga-moga cuti kali ni hanya yang baik-baik sahaja yang menjengah ^^
moga-moga cuti kali ni mampu mengajar erti pengorbanan yang sebenarnya,
dan aku sangat sangat mengharapkan cuti ini mampu memulihkan segala apa yang berlaku, ameen.





hidup aku kadang-kadang je cermat,
dan selalunya ialah kelam kabut,
yang paling sweet saat dah taktahu nak meminta pada sape,
saat tulah hati dengan penuh kerendahannya meminta pada DIA. ^^,



aku sangat-sangat teringin nak membina cinta aku kepada DIA,
rindu kepadaNya,
ya Allah, terimalah rinduku ini.


walau aku ni hina,
aku masih berharap ada sinar bahagia dalam hidupku,
moga saat itu di syurga,
melihat 'WajahNya'



doa doakan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
akhir akhir ni rindu jiwa hijau semangat merah >.<


pen off. wassalam. :)

Sunday, 21 September 2014

j.u.a.n.g

siang berganti malam,
jiwaku tenang ...


Alhamdulillah wa alhamdulillah. masih terasa nikmat hidup yang sementara ini buat seketika. menghela nafas lega sejenak. ya Allah, akhir-ii ini banyak perubahan yang aku buat terhadap diri-ku tapi aku membuat semua itu tidak lain tidak bukan adalah kerana-Mu ya Allah !


ya. begitu sukar bernafas dalam jiwa hamba yang hina, penuh noda dan dosa, siapa-kah yang sanggup melihat seorang pendosa ? aku dipandang hina, dipandang jijik di mata masyarakat yang mulia. oh tuhan, begini-kah takdir yang Kau ciptakan buat-ku ?


aku bermimpikan awan putih namun mendung datang tidak berundang
aku giurkan pelangi menawan namun langit kelam yang mendatang
lantas ku bisikkan pada diri , sudah hilang-kah sinar-Mu di hati ini ?


bangkit-lah fulan dari awan ketenangan , dari zon keselesaan , buanglah ego-mu , ayuh lah berjuang !

Friday, 12 September 2014

i'm back !

salam 'alaik ;')

Alhamdulillah. menulis lagi. Alhamdulillah masih mempunyai kekuatan anugerah daripadaNya.

o Allah, i Love you :)

semalam ade sesi sharing moment bersama sahabat-ii dan ukht-ii yang dichentai fillah, mengenai apa yang dilakukan sepanjang cuti semester masing-masing. truthly, kalau dikenang balik cuti tiga minggu tu, sememangnya rasa macam sia-sia je. Astaghfirullahal azim.

masuk semester lima rasa macam dah lama je duk sini. Allah Allah. tinggal lagi dua semester untuk bergraduate sebagai pelajar diploma.

harapnya semester ni, pelbagai perubahan boleh aku lakukan khusus buat diriku dan orang lain, dan yang paling penting, perubahan untuk agama yang aku chentai ini.

ya Allah, kuatkanlah aku.
dan sahabat-sahabatku. :) 

Wednesday, 23 July 2014

suatu malam sambungan. huff

salam alaik,
after the disscussion, alhamdulilah. ok sambung balik.


selepas kejadian tu, si hamba Allah ni terfikir balik..
rupa rupanya,
ada sesuatu yang masih tak sempurna,
ada sesuatu yang tak lengkap,
perlakuan dia masih tak cukup baik sebenarnya,
tingkah laku dia tak menggambarkan dia muslim sepenuhnya,
akhlak dia tak sempurna sebenarnya. Allah !


selama ini, dia fikir, dengan bertudung labuh,berstokin, berjubah,
dia telah menepati 'akhlak baik' tersebut.
tetapi tidak.
sesekali tidak.
memang dia muslimah yang tidak sempurna.
namun sejauh mana dia cuba mencapai tahap kesempurnaan itu ?


terduduk dia memikirkan perkara tersebut.
berjuraian air mata.
sayu hati,
betapa selama ini dia hanya bertopengkan kepura-puraan.
segalanya tidak realistik !


dia menyeru kepada kebaikan untuk orang lain,
tetapi dia melupakan dirinya sendiri,
kalam Allah menusuk tajam hatinya,



"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"



dia merasakan kata-kata Allah itu tepat, ditujukan kepadanya. mendalam.



sampai di bilik, lantas dia membuka lembaran Quran.
cuba menenangkan hati dengan alunan indah itu,
cuba berinteraksi dengan Allah melalui al Quran.



----------------
sejam kemudian. (^^,)



dia tenang.
damai dengan bicara Illahi.
memutuskan untuk beristikharah dengan cinta hatinya,
cinta yang lebih agung daripada mana-mana cinta yang pernah wujud,
cinta sang pencipta .


~tamat~
-------------------


cerita yang ringkas dan padat. yang penting, tidak berkaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. eheh. :3


main point nak sentuh sini, berkaitan AKHLAK.


bunyi macam senang kan, 6 aksara je pun, tapi ia melambangkan siapa kita.
*sigh*


Rasulullah S.A.W sendiri diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.Sesungguhnya akhlak rasulullah itu adalah al Quran. kita tak mampu untuk bersama Rasulullah pada hari ini, tapi betapa  hatta sayangnya Allah pada kita, Allah kekalkan al Quran itu bersama kita hatta Rasulullah tiada bersama kita.


i'm not a good person, seriously, aku sendiri masih nak belajar.
apa yang aku pegang, kongsilah apa sahaja yang kita tahu, hatta kita sendiri masih nak belajar sebab apabila kita nak tunggu pandai baru nak ajar orang, alamatnya macam tunggu musang berjanggut la. :3


hidup ni singkat dan sekejap. sebabnya hidup ni umpama rumah persinggahan je.
kita datang dan kemudia pergi, dan yang paling penting, kita tak bawa semua barang daripada rumah persinggahan, tapi kita hanya bawa kita punya bekalan.


begitu juga kalau nak balik ke kampung akhirat kelak, kita ni tak bawa apa-apa bekal melainkan hanya amalan dan taqwa kita kepada Allah. andai kata di sana nanti, amal-amal kita hanya umpama habaan mansura, maka merugilah kita selamanya sebab kita tidak akan mampu untuk pulang ke dunia kembali. nauzubillai min dzalik..








sementara masih ada waktu,
beramallah.


sementara masih punya ruang,
berbekallah.


kerana hidup ini singkatnya,
umpama kerlipan mata sahaja,
dan seakan esok sudah tiada bagimu.


-musafir-


habaan mansura = debu-debu berterbangan




Tuesday, 22 July 2014

suatu malam.

salam alaik.
hi semua. anyeong.
perkara peliks pasal blogging ialah, apabila sudah start buat satu post, akan teras nak post lagi. huhuhu.

mode : tengah tunggu discussion. T_T

bloggers,
*entah ade ke tidakk nie*
tadi berlaku suatu perkara dekat hamba Allah nie yang menyebabkan terasa nak kongsi kat sini.

kisahnya bermula begini..
seorang hamba Allah nie tengah cube try nak menggayakan purdah..
tetibe datang seorang bestfriend nye dan berkata,
 ' wow, kau pakai purdah nampak ayu dan terjaga sket. memang patut kau pakai, boleh cover attitude kau.'

dan arakian nya,
terkejut monyet la si pemakai tu. sambil dalam hatinya berkata,
' agaknya teruk sangat attitude aku selama ini, sampaikan best friend aku cakap cenggitu T.T'
* dengan sedihnya dia bermonolog. hukhukhuk*

the end.

haha. ahli group yang lain da sampai. to be continued..

ramadan.. may it last ? T_T

salam alaik,

huhuhu. its near to eid fitri.
dah semakin dekat nak raye. T_T
dan ramadan semakin meninggalkan kita.
 lah Allah.
akhir-ii nie asaimeng + ghoje banyak sangat, rasa macam lack of energy jer. dan rasa macam taknak tido je berhari-ii. gosh.
tapi tapi tapi. Allah itu maha penyayang sangat dekat hambaNya. buktinya, kadang-ii sambil buat kerja pun sempat lagi terlelap. hihihi.

oh ye. sekarang ramadan dah nak pergi tinggalkan kita. dan suatu yang tidak pasti, masih sempatkah kita untuk ramadan yang seterusnya ? :(

may Allah ease semua ya.
moga-ii dapat jugak manfaat yang sedikit daripada blog yang entah papenie.

currently in mode of making short stories. may Allah ease. mohon doa ya semua. :)

salam ramadan yang penuh barakah. Allahu Akram. :]



rindu my heroes !!! 


Thursday, 10 July 2014

perasaan itu.

Langit Gaza kembali kelam ,
dipenuhi asap bergumpalan ,
syahid bagimu wahai pejuang ,
berbahagialah engkau di sisi tuhan..


Wednesday, 25 June 2014

DEATH part T.W.O

bismillahi ala barakatillah ~

dengan bismillah
pejuang melangkah 
berpaksi iman lafaz syahadah
arahnya pasti bersatu hati
reda Allah cita tertinggi..

akhir-ii kami dihujani dengan berita-ii kematian. hari-ii mendatang dihiasi dengan perginya insan-ii yang agung dipanggil Tuhan. tertarik daku dengan suatu status dialog anak dan ayah di 'muka buku' :-


Anak : Ya Abati ( wahai ayah yg sangat ku sayangi ), mengapakah orang-orang yang baik dipanggil               dahulu menghadap Tuhan ?
Ayah : Ya Bunayya (wahai anak yg ku sayang ), jika kamu berada di taman, bunga manakah yang                akan kamu petik terlebih dahulu ?
Anak : sudah pasti bunga yang cantik-ii dahulu ya Abati. :]
Ayah : Begitu jugalah dengan kehidupan, di antara manusia-ii yang baik itu akan dipanggil terlebih              dahulu menghadap Tuhan. :')


Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)


ya Allah, terangi kami dengan sinar cahaya-Mu
tiadalah yang kami inginkan sedaya upaya dariMu melainkan hanya syahid
saat di medan perjuangan ini..


" kematian seperti inilah yang kita mahukan, kematian di saat kita di jalan perjuangan , di jalan Allah "

Monday, 23 June 2014

death.

bismillahi ala barakatillah.

huff.

kematian.

pernah dengar frasa, kematian yang menghidupkan? sounds familiar right? ^^,
teringat kisah insan-insan yang terlebih dahulu dijemputnNya. kembali menemui sang pencipta.

membuatkan diri yag kerdil ini berasa hina benar. layakkah aku untuk syurgaMu, Allah ?




Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Dia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan).



aku terfikir mengenai hari pembalasan. di kelompok manakah aku ?

ashaabul yamin ( gol. kanan ) ?
ashaabul syimal ( gol.kiri ) ?


sungguh, orang yang berjuang itu bahagia menemui penciptaNya-dengan penuh kecintaan dan rindu yang mendalam..


moga-moga tercatit nama kita semua juga di sana, di syurga. 

may Allah ease.



Thursday, 19 June 2014

menatap dari kejauhan.

bismillahirrahmanirrahim.
 hajatnya lambat lagi nak post, tetapi pabila membaca post seorang sahabat yang ku sayangi kerana Allah, membuatkan hatiku bergetar, bulu roma meremang, dan jiwa merintih pilu,

 rindu barangkali.

ya. aku rindu.


tanah yang kudambakan  untuk ku jejak ke sana,
sebuah haruman tin yang ku impikan,
sebuah negara yang diberkati dengan tapak kaki
kesan perjuangan para anbiyak terdahulu..


B.U.M.I S.Y.A.M

aku merinduimu. sungguh.


walau nafas tak kunjung ke sana,
walau jasad melangkah di sini jua,
walau ku tak pernah kunjung tiba,
hatiku disana merindui sentiasa.







---------------------



namun aku mengerti,
perjalanan takdir terindah itu kurniaan illahi,
bersyukurku atas nikmat ini,
moga sampai jua ku, di sana,
di Syam yang dirindui.







moga kemenangan kembali kepada Islam dan kezaliman dihapuskan !



Sunday, 15 June 2014

sesuatu yang hilang. .

salam 'alaik. :]

nice day. Alhamdulillah.
sinar yang dicari akhirnya perlahan lahan menampakkan diri :]
rupanya Dia masih ada.
dan Dia selalu ada, <3

kesibukan ini kebahagian yang ku nanti rupanya,
dalam tamanan syurga, ada malaikat yang menanti,
menulis pahala pahala rajul yang setia,
dalam jalan dakwah kepadaNya.

feeling much better with you.

no other would comfort ones heart except the One who creates the heart. ;]

Dia yang lebih dekaat daripada urat tengkuk mu.

Saturday, 14 June 2014

lifeless life, so bored

bismillahirrahmanirrahim.
salam 'alaik

new fresh morning again in my sweet university.
subHanallah.aLhamdUlillah.allahuAkbar.
i'm back. finally.
leaving my moher all alone again with her children and husband,
glad no homesick no more sad,
its just, it just, its the time. wohhuu.
such kinda happy time leaving that place again. for a few times, i'm really hate being there by myself. everyone dislikes me, so for more favour could i bear to be there? o Allah.
people could say that i'm the worst, i'm the useless, but indeed, i also have feeling ,right?
go ahead then, hate me, if it makes u better. i feel nothing.
its hurt. right there. down in my heart, but whose cares.
just keep moving forward and never turn around.
its times for change !

ps: not blaming anyone, just blaming my self. my own self. just that. take it easy guys.

Friday, 13 June 2014

priceless~

salam 'alaik

 [ syukur ]

orang yang tidak bersyukur ------ orang yang tak solat

[ mukmin ]

orang mukmin menganggap dosa umpama sebuah gunung menghempapnya, tetapi orang fajir menganggap dosa hanya seumpama lalat yang hinggap di atas hidung, ditepis, berlalu pergi..

[ iman ]

orang yang mengaku beriman, hatinya penuh dengan rasa takut dan gerun terhadap Allah.

-------

banyak lagi hendak ku huraikan, atas persoalan yang sama, di mana tahapku sekarang ?



step forward

salam 'alaik


sekarang dah hampir separuh bulan syaaban meninggalkanku...

dan seakan akan membawa pergi diriku...

moga Syaaban ini lebih membina. warming up Ramadan kata sahabatku. :')


aku juga manusia

mana mungkin hidupku dijauhi dosa

aku bukan ma'sum

aku pendosa hina

terimalah aku tuhan

untuk sekian kalinya

agar aku bisa pulang 

penuh keredaan..



Monday, 2 June 2014

malas malas dan malas . T.T




 << ..bila kemalasan melanda diriku ..>>




sila pergi jauh-jauh encik malas. saya tidak perlukan anda, :p







semua orang mempunyai sifat malas. apa yang membezalan ialah sejauh mana kita kawal sifat malas itu.
moga terus kuat untuk bermujahadah. 
lawan nafsu.

stop malas.
ayuh rajin ^_^




Wednesday, 28 May 2014

nihaie; its now or never ;')

salam 'alaik. salam maghrib <3 <3

two papers more.  hohoho.
*lompat-lompat*


my semester III journey,,
rasa nak mengimbau balik semester ni,, bermula semester III memang sangat excited nak masuk. yela nak belajar bende baru kan.. *huff*
dan bermulalah 10 subjek yang mencabar, hari-hari kulalui dengan gumbira sedih dan tawa. haiyakk.



a. Fiqh Sirah
b. Balaghah
c. Fiqh Munakahat
d. Kosmologi Perbandingan
e. Muhadathah II
f. Tafsir
g. Hadis
h. Mustalah Hadis
i. Individu dan Komuniti
j. Kitabah wa Ta'bir


okai. ni senarai subjek untuk semester III, dan hampir semuanya dalam bahasa Arab. wink wink.
dan akhirnya, sekarang berbaki dalam 2 papers lagi nak habis semester ni. rasa sayu dan sedih. waaa. macam la dah final diploma. T.T


sepanjang perjalanan semester III ni banyak banyak banyak sangat perkara baharu yang aku belajar. ijn fact mungkin sebab pertambahan umur kot menyebabkan rasa lebih dewasa dan lebih banyak tanggungjawab berbanding sebelumnya. hohoho.



dalam perjalanan kehidupan,
banyak yang ku lalui,
segala tangis dan tawa bersama sahabat seperjuangan,
mahupun bersendirian mendamba tuhan..



i.m gonna miss this semester. oh., wuwuwuwu.



since that, mungkin ini study week a.k.a exam week yang ohsem sangat kot. bukan selalu aku study dengan kawan-kawan nie. :3
so, rasa terharu haru haru sangat. sobs sobs. sebab ada kengkawan yang sudi jugak bertandang ke teratakku ini walaupun di tingkat empat. hohoho.
my promise,
insyaAllah aku akan cuba tingkatkan lagi hubungan dengan korang, walaupun waktu sangat-sangat mencemburui diriku yang lemah ini. :'(



ganbatte !



next,
love uolls,
uhibbukum fillah.


pss: walaupun dalam mood hekzem, jangan lupe Allah. 
fa iza azamta, fa tawakkal 'ala Allah. 
pen off.. =]


Tuesday, 27 May 2014

^^,

Alkisah lobak merah, telur dan biji kopi.


Jamil datang ke rumah ustaz Ibrahim dan menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil telah memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan... Setelah satu masalah selesai, satu masalah baru timbul pula. Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur. Jamil pun mengikut tanya bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak. Semasa air mendidih, ustaz Ibrahim memasukkan lobak merak ke peruk yang pertama, telur ke periuk yang kedua dan biji kopi ke periuk yang ketiga. Jamil bertanya, " apa yang ustaz nak buat? Nak masak apa tu? " ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk. " Jamil, apa yang enta nampak? " " Lobak merah, telur dan biji kopi," jawab Jamil. Ustaz Ibrahim menuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut. Jamil terasa lembut. Kemudian ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Setelah mengupas kulitnya, Jamil mendapat satu telur yang masak penuh. Kemudian, Ustaz Ibarahim menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk yang ketiga. Jamil berasa rasanya penuh aroma kopi. " Ustaz, apa makud semua ini?, " Jamil bertanya. " setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama iait air yang mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan. Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah. Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis, akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih, ia bertukar menjadi keras. Bagi biji kopi pula, ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air yang mendidih, mereka menukar seluruh air yang mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi, terang Ustaz Ibrahim sambil tesenyum. Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan ustaz Ibrahim. " Jadi Jamil adalah yang mana satu?  Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi? " tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu. Wahai anakku, semasa ujian Allah datang mengetuk pintu kamu, bagaimana engkau harus menghadapinya? Adakah engkau seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan sedikit ujian dan kesusahan, kamu bertukar mnjadi lembik dan hilang segala kekuatan? Ataupun kamu seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang muda dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran kamu nampak tidak berubah akan tetapi hati kamu dah bertukar menjadi keras, tidak gembira dan tidak beransur? Ataupun kamu ialah biji kopi, makin didih kamu semakin mampu mengubah keadaan situasi kamu sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan. Jadi, siapakah kamu wahai anak kesayangan ku? Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji kamu, dan aku berharap kamu bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling kepada suasana positif. Waktu yang paling sukar ialah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain. 

:: selesai sudah kisah Jamil, yang diuji. begitu jugalah kita dalam kehidupan seharian kita, diuji berkali-kali, kadangkala jatuh dan lemah, tapi yakinlah bahawa Allah ada untuk kita.. ::

salam sayang, 
imtihan nihaie,
tembak !

Friday, 23 May 2014

imtihan semester iii !

bismillahirahmanirrahim.

alhamdulillah.

exam mood.
ya Allah, kebelakangan aku merasakan diri terlalu sibuk. sibuk sekali. ya Allah jauhkah hati ini dari-Mu ?
merasakan tiada keberkatan dalam waktuku, merasa taklifan yang bertambah-tambah di atas bahu.
aku lemah. jatuh tersungkur. longlai tanpa bantuan dan ihsan dari-Mu, Allah.

kata orang, dengan banyaknya taklifan, itu tanda Allah sayang kerana mahu kita dekat denganNya,
aku tidak inginkan taklifan, aku tidak inginkan nama, harta, pangkat mahupun kekayaan, cukuplah hanya ketenangan hati yang tulus kepada-Mu.


antara dua kewajipan,
tiada yang utama dan lebih utama.
keduanya sekata pada timbangan.
semoga Allah meredai segala usaha.
dan memberkati dengan redhaNya.



bilamana terasa lemah, ingatlah firmanNya yang bermaksud,,

"jangan kamu merasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, sesungguhnya kamu adalah otang yang tinggi darjatnya sekiranya kamu beriman"


Allah sebut, sekiranya kamu beriman. Iman. Deep.
jauh ke dalam hati, ada sudut kecil yang inginkan kemanisan iman itu,


sabda Nabiy,
' antara cara untuk merasai kemanisan iman ada 3:- 
1) kamu mencintai Allah dan Rasulnya melebihi cinta kepada segalanya,
 2) kamu mencintai saudara kamu melebihi diri kamu sendiri, 
3) benci kepada kemungkaran sebagaimana kamu benci untuk di campakkan ke dalaam neraka.'


Allah sentiasa ada. ^_^


akhir kalam, cintailah, beribadatlah sepenuh hati mu hanya kepada Allah. ada kemanisan di situ :')

salam intihan nihaie. bittaufiq wa najah. <3



Tuesday, 8 April 2014

short.lively.live.

Being a twenty-old pErson to-be.

Bakal memasuki fasa seterusnya dalam kehidupan, menjadi dewasa mungkin ?
wuwuwuwuwu. serius dah rasa macam Older . T.T

sebenarnya bukan soal umur yang nak diperbahaskan kat sinim,.
just, nak bawak geng-ii semua fikir balik,
dengan umur yang kita dah capai sekarang ni , ,
.


. . 


. . .
 
apa yang dah kita sumbang untuk islam ?
fikir sekejap .

tak dapat idea ?
fikir lagi. .
masih tak dapat ??


sila hentak kepala kat dinding sekarang. *gurau dahsyat*

jadi,, dah dapat jawapannya ? 
apa tungghu lagik ??!

ummah are waiting for us now. 
its now or never.
 *beterabuk BI*

dengan umur ini,
alFateh gagah membuka konstantinople,
Zaid bin Harithah maju menjadi panglima tentera Islam,

malulah kalian
dengan umur ini
yang masih digunakan untuk berfoya-ii
seakan -akan mati itu hanya milik golongan tua. 

my life ?
it has been great than before.
walaupun kadang-ii peritnya ujian seakan tak mahu membesar lagi T.T 

inilah kehidupan ,
jangan di pertikaikan :D
hiduplah sebagaimana yang kau mahu,
tapi ingat bahawa engkau akan mati. (:


:: di aNtara 2 chEnta ::

bernafas dalam jiwa hamba~

Bismilllahi ala barakatilah ^_^
lama tak blogg-ing , rasa macam dah kena vakuum dah blog ni = ='

chenta.
hari ni terdetik nak sembang pasal chenta.
dan aku sedang dilamun chenta. h0hO. *curios*

ya. sungguh terpesona antara dua chenta, yang manakah harus dipilih ?
Allah.
sungguh chentaMu lebih kusenangi, dan ku tersepit antara
chenta si anak dan chenta sang hamba.
kuatkanlah mana yang lemah, dan thabatkanlah mana yg tetap ,
wahai pemilik segala chenta..

'apabila kita mencintai sang Pencipta cinta, maka kita akan mencintai sesiapa sahaja yang mencintaiNya'



moga Allah menumbuhkan rasa cinta dan sayang antara kita sekeluarga, agar di akhirat kelak, kita dapat berhimpun dengan penuh rasa chenta kepadaNya.

 missing them T.T

~Allah jagakan mereka~

with lots of Love,
ur Family. <3

Monday, 3 March 2014

coret malam =='

kata orang, 
asal susah di dunia, biar senang di akhirat sana. _deep_


kehidupan. berkembang biak. peralihan daripada kecil ke besar.
this is life. ye. seperti yang umumnya yang difahami manusia.
tapi.
 pernah tak kita fikir, kenapa aku hidup sebenarnya, what should i do, where shall i go after live n so on. . .
the truth was,
ak pun pernah fikir camtuu. dan sampaikan satu tahap dah siap2 buat timeline hidup masa hadapan lagi. giler semangat >.<
tapi.
buat satu ketika, aku terlupa bahawa ada yang berhak atas kehidupan aku ni. ya. ^_^
Dia yang memberikan aku nyawa, jasad dan segalanya. ALLAH. (:
menyedari suatu hakikat bahawa diri ini dimiliki, membuatkan aku tergerak untuk memanfaatkan seluruh keringat dan kudrat diri ini untuk Dia, Rabbul Jalil yang memberikan nyawa dan chentaNya.

ketahuilah,
aku hanya insan lemah,
alangkah baiknya jika aku tidak dihidupkan,
alangkah syukurnya jika aku hanya seekor burung,
tapi.
Dia mengaturkan takdirNya buat aku, kamu dan kita.
aku dijadikan sebagai seorang manusia. 'ahsanu taqwim'
sebaik-baik ciptaan. dikurniakan dengan akal dan iman,
justeru dimana lagi bahagianku untuk tidak bersyukur ?


aku malu denganMu tuhan,
aku malu padamu Rasulullah,
alangkah dangkalnya diri menjadi hamba yg tidak bersyukur,
menjadi ummat yang melebur!




._.

bismillahi ala barakatillah.
ya Allah. _down_
T.T

akan ada masanya kita gagah melangkah,
ada ketikanya kita rebah tanpa arah,
semua itu adalah tarbiyah,
bukan semuanya mudah,
tapi inilah mujahadah,
mahar yang perlu dibayar untuk perjuangan ini.

kita tidak memilih,
Allah jualah yang maha Memilih,
di antara berjuta, kita ditaklif,
memikul amanah penuh jerih.

walau dilanggar badai,
walau dihiris terluka,
inilah jalannya,
tetapkan hatiku ya Allah.

Saturday, 22 February 2014

believing . .

bismillahirrahmanirrahim.
salam 'alaik.

.believe.
.yakin.
.percaya.





Allah. banyak yang berlaku dalam hidup ini, setiap detik berlalu pantas meninggalkan diri manusia yang kelalaian. merasa tenang dengan kemaksiatan, keasyikan dunia yang sementara. itulah aku, sang manusia. yang mulai lupa asal usul diri, dari mana datangnya, kemana dia akan pergi dan mengapa dia ada. aneh. aneh terasa melihat jiwa-jiwa yang tergoda dengan mainan dunia sehingga terlalu asyik tanpa memikirkan tuhannya. adakah dia ini hidup sendiri dan tiada tempat kembali nanti ? merungkai persoalan yang berselirat, melepas dengusan nafas yang berat, aku semakin aneh melihat dunia. ya. dunia ini yang sedang sakit jiwa dan hatinya. 



bertambah hari yang berlalu, seakan mahu mengundur kembali waktu dulu.
namun aku yakin dan pasti bahawa inilah aturanNya untuk aku dan kita semua.


aku yang dulu bukanlah yang sekarang !


Alhamdulillah, dengan kasih dan sayang Mu Allah, kutemui cinta hakiki walau untuk mendapatkannya meminta diriku sebagai galang ganti.
aku bersyukur ditemukan dengan cahaya kasihMu yang tidak pernah padam.


إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْداً عَلَيْهِ حَقّاً فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.  [ Attaubah :111 ]


jadilah cahaya yg menyinari bak mentari
 

carilah cahaya selagi mana kasihNya ada,
jangan menepis hidayah yang mendatang,
kerana itu mungkin terakhir kalinya hati kita diketuk,
terimalah dan sabarlah dalam beramal,
berjuang itu pahit kerana syurga itu manis.



yakin dan pastilah bahawa Allah ada dan sentiasa ada. sebelum buat apa2 make sure fikir dulu masak2 kerana setiap apa yang kita buat akan diberi balasan samaada balasan syurga atau neraka. Allahu mustaan. wallahualam.

Wednesday, 8 January 2014

sunnah orang berjuang ~

bismillahirahmanirrahim.
alhamdulillah. summa alhamdulillah.
lamenye tak update blog !

'Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallam'

Allah Allah.. T.T

haaachem! banyak betul habuk kali ni. dah lama menyepi, bersendiri. eheh. Allah kan ada ^_^





selamat tahun baharu masihi, 2014
selamat tahun kebangkitan.
selamat tahun yang lebih baik insyaAllah :)


sempena tahun baharu yang sedang berlalu, dengan tempoh masa yang begitu cepat berjalan, seakan-akan tidak sedar bahawa usia semakin mencapai ke penghujung, entahkan bila bakal dipanggil bertemu dengan Sang Pencipta, bakal dihisab semua amalan yang dilakukan di dunia..


post kali ini hanya nak share suatu lirik lagu yang sangat best, Sunnah Orang berjuang.

mengapakah ? kenapakah ? adakah ?
hehe.. =='


hidup adalah perjuangan,
yang tidak akan terhenti sampailah nafas yang terakhir,
perjuangan menuntut pengorbanan,
seluruh harta dan jiwa raga,
hanya yang benar2 ikhlas yang akan mendapat ganjarannya,
persoalannya, ikhlaskah aku ?


Allah Allah.

sejauh mana kita bergantung kepadaNYA?
sejauh mana kita berpenat lelah di jalanNYA ?
yang telah kita sumbangkan untuk ummat ini ?
andai di soal di hadapan Allah kelak, 
mampukah kita untuk menjawabnya ?

Allah Allah.

ampunilah khilaf hamba yang tak sempurna,
tarbiyahlah hamba dengan tarbiyahMU yg kamil,
ujilah hamba semampu yang hamba tanggung,


wahai Rab,
tiada yang mampu kami bawa sebagai bekalan,
melainkan hanya amal dan ibadah,
sebagai lambang kechentaan kami padaMu dan Rasul..



qala Nabiy, ' di akhirat kelak kamu akan bersama dengan orang-ii yang kamu chentai.'
yang kamu chentai..

chentai....

chentai...


cek balik hearty masing-ii, siapakah yang lebih kita chentai saat ini berbanding segalanya?
adakah ibubapa ? anak2 ? atau ALLAH dan RasulNYA ?






sunnah orang berjuang

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menungkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelkana
Dibelenggu dia uzlah menagih bina
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi allah dan rasulnya

Berjuang tk pernah senang
OmbaK derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan sinar dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Sudah sunnah
Berjuang ke jalan allah

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yg perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yg ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yg fana atau syurga