Monday, 23 January 2017

Rindu yang tiada penghujungnya

Usai solat maghrib di bilik hostel, aku terus mencapai naskah al-Quranku. Terasa lama sudah diri tidak menghiburkan hati dengan Kalamullah ini. Ya Allah, aku tenggelam dalam kelalaian dan kesibukan yang aku sendiri cipta. Astaghfirullah..


Aku mencari tanda terakhir yang aku letak pada Quran itu. Lama sudah rupanya aku tidak menyambung bacaan harianku yang aku target untuk dikhatamkan. Aku belek penanda itu, masih pada permulaan Surah Yaasin rupanya.


Basmallah dilafaz dan aku terus memulakan bacaanku secara perlahan..


Tanpa aku paksa tiba-tiba memori empat disember lalu terbayang di kepala..

--------------------

04122016


Rentak kaki aku hayun perlahan menuju ke anak tangga rumahku. Renungan mereka-mereka yang berada di luar seakan menghantar mesej simpati padaku. Abangku yang sedia menyambut aku di muka pintu juga tidak aku endahkan. Hati aku gundah. Aku masih seakan tidak percaya apa yang telah berlaku itu.


Sambil memberi salam, aku terus berjalan ke dapur mencari buah hati kesayanganku, anak-anak buahku. Aku peluk satu persatu. Aku memohon kekuatan untuk aku hadap realiti itu.


Dan akhirnya aku melangkah ke ruang tamu. Sekujur jasad menyapu pandangan mataku. Aku duduk di kakinya. Aku usap kakinya. Sejuk. Keras. Kaku.

dan buat pertama kalinya aku menangis semahu-mahunya disitu.


seakan mimpi. itu yang aku rasa. seakan slot motivasi yang sering dibawa oleh senior-seniorku di sekolah, kini aku sedang merasainya. masyaAllah, aku sudah menjadi seorang yatim wahai Allah.


Usai sempurna bacaan doa di kuburan, semua beransur pulang kecuali ahli keluargaku yang masih tinggal. Aku ambil senaskah yaasin dan aku mulakan bacaanku..

Terbayang pada benakku cerita-cerita alam barzakh yang pernah aku baca, yang pernah aku belajar. Teringat aku pada soalan mungkar nakir, nikmat serta azab kubur yang dijanjikan. Aku takut. Aku takut selepas aku melangkah itu, ayahandaku akan mula disoal oleh pasangan malaikat mungkar nakir itu.


Ya Allah, kasihanilah dia, rahmatilah dia, sayangilah dia Wahai yang Maha Penyayang, Wahai yang Maha Pengampun..


doa itu aku ulang berkali-kali.


--------------------

 Moga ayahanda tenang di sana, kata bonda, orang yang mati hanya mengharap pada doa orang yang hidup. Teruskan doa padanya, hadiahkan pahala buatnya. Orang yang hidup, perlu beramal sebelum mati tiba.



Istisyhad
Yang Mahu Jadi Baik

beramal kerana ALLAH :)

Tuesday, 7 June 2016

Turki - Part 1

Bismillah.

Sesiapa yang tidak mempelajari sejarah akan mengulanginya..

Turki Uthmaniyah ( 1924 )


Alam menjadi saksi bisu...

Terengganu ( 2016 )


            Usai berwuduk aku menuju ke rak buku di dalam bilikku, mengambil sebuah buku yang belum kubaca. Sejujurnya mindaku sudah menyeru aku untuk berehat tetapi mataku masih berdegil meminta untuk dibuka. Lantas sebuah buku sejarah aku ambil. Nah, rasakan lagi, kalau masih tidak mengantuk juga mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan mataku ini, monologku sendiri. Buku  kerdipan bintang melayu di langit Turki itu aku usap perlahan. Memori di Karangkraf Selangor tempoh hari tergambar di kotak fikiran..


            Ketika pertama kali aku terpandang buku ini, terus aku jatuh cinta padanya. Wah, seakan cinta pandang pertama kata anak muda. Tapi sayang, saat itu dompetku tidak memberi banyak peluang untuk aku berbelanja. Almaklumlah teman, hidup sebagai pelajar yang tanpa bantuan, namun aku gagahi juga demi sebuah cinta. Ehh, kenapa cinta ? Kerana bagiku memiliki buku itu adalah hobi yang sangat aku cintai, umpama menyimpan gudang khazanah ilmu yang sangat berharga. Hahaha. Maafkan aku atas kesasterawaan yang maha dahsyat ini. Jadi secara ringkasnya ia selamat menjadi hak milikku dan selamat aku bawa pulang ke kampung halaman. Cuti semester yang panjang ini bakal kuhabiskan bersamamu wahai buku. Hehehe.


            Panjang pula celotehnya ya. Turki. Aku usap perlahan tulisan itu di kulit buku. Segayut rasa sayu bertamu di hati. Aku sangat menginginkan untuk menjejakkan kaki ke bumi Anbiya’ itu. Sejak aku mempelajari sejarah sewaktu di sekolah menengah, sejarah Turki Uthmaniyah adalah yang paling menarik minatku. Ya, siapakah yang tidak tahu berkenaan kerajaan khalifah Islam yang terakhir itu ? Apakah yang sebenarnya terjadi sehingga sistem khalifah itu terhapus di sana ? Tambahan lagi, guruku terhormat, ayahanda Ustaz Sulaiman sering mendengarkan kisah Turki pada kami. Hagia Sofeanya, Masjid Birunya.. Sehingga aku terbayang-bayang Turki dalam mimpiku walau kaki tidak pernah menjejak ke sana! Aduh, betapa tulus hati anak muda ketika itu. Masih di bangku sekolah dan menerima bulat-bulat apa yang diajarkan oleh guruku.


            InsyaAllah aku bakal memulai kembara ke Turki walau tanpa kaki menjejak ke sana lagi. Impianku, moga Allah izinkan aku untuk bernafas di sana, mengimbau sirah dan hikmah yang ada. Membaca karya 99 Cahaya di langit Eropah membuatkan aku terusik untuk menerokai sisi Eropah yang disembunyikan Barat. Sisi Islam yang berbekas di bumi Eropah. Syiar yang pernah wujud dan menanti untuk kembali dinyalakan oleh generasi jundulullah yang baharu.


Turki, negara yang menjadi saksi kejatuhan khalifah Islam suatu ketika dahulu. Namun sebelumnya ia juga menjadi saksi kemenangan tentera yang hebat pimpinan Sultan Muhammad Al-fateh. Jika kita menganggap masih ada generasi Mustafa Kamal Antartuk di Turki, jangan dilupa darah Al-fateh dan Badiuzzaman Said Nursi juga turut wujud di sana. Tangisan Faqeeh memecah keheningan malam yang kelam ini. Masa sangat mencemburuiku kini. Insyaallah akan ku sambung coretan ini setelah aku menghabiskan bacaanku berkenaan Turki. Selamat bertemu wahai Turki. Ketahuilah ada seorang insan sedang merinduimu di bumi Malaysia ini. Mengambil roh kekuatan Al-fateh dan Said Nursi. Generasi Al-fateh dan Said Nursi bakal kembali. Allah, izinkan aku ke sana suatu hari nanti.

Pen off.
12.31 am

2Jun2016

beramal kerana ALLAH :)

KAHWIN MUDA – SERONOK KE ?

salam n hi bloggers !

Ramadan Kareem. :)

Meh nak share satu entry yang dah lama taip tapi bru ada chance nak post :p

                Petang itu aku bercadang untuk duduk bersantai sahaja selepas asar di bilikku. Sambil mengangkat kain di ampaian belakang, Kak Ain merangkap jiran bilikku masuk sambil membawa senaskah mushaf Al-Quran.

“Akak nak tumpang baca Quran kat bilik awak. Bilik awak sejuk sikit. Hehehe. Bilik akak panas la.”, Ujar Kak Ain sambil tersenyum. Aku mengiyakan sahaja. Beberapa minggu ini memang keadaan agak panas di Kuala Terengganu, penangan El nino barangkali dan mungkin sahaja ini ujian dari Allah, ujian akhir zaman, monologku sendiri.

Usai melipat kain aku memerhatikan Kak Ain dalam diam. Dia betul-betu bersungguh membaca Quran, istiqamah aku lihat dia membaca Quran. Paling tidak dalam sehari mesti ada sekali aku mendengar dia mengalunkan bacaan Quran. Dengan keadaan dirinya yang sedang mengandung lima bulan, tambahan lagi bilik kami di tingkat tiga pula tu. Dalam diam aku mengagumi ibadah fardi (individu) yang dia amalkan. Sangat memberi inspirasi terutama kepada kami, generasi adik-adik yang masih bujang trang trang trang lagi ni. emojisenyumsumbing.

“Akak.. nak tanya sikit ni.. hahaha.. jangan marah pula ya.. nak tanya, ermm,, best ke kahwin muda a.k.a kahwin masa belajar ni?”, secara tiba-tiba soalan tu muncul dari mulutku. Hahaha. Rasa macam silap pula istilah kahwin muda itu sebab kalau melihat pada umurnya memang sesuai dah untuk berkahwin. Dah 23 tahun kot. Lainlah macam aku kan. Masih sweet twenty kata orang. Hahahaha. Masih sempat memuji diri dalam hati.

Kak Ain menutup mushaf yang dibacanya. Sebenarnya dah habis dah bacaannya, sebab tu aku berani menanyakan soalan cepumas itu.  Aku mengagak soalan ini soalan tipikal yang ditanyakan orang padanya. Kak Ain pun jenis selamber orangnya. Aku jamin sesiapa yang baru bertemu dengannya mesti tidak akan kekok, sebab dia pandai sangat sembang. Hihihi. Peramah ye kawan-kawan. Salah satu contoh teladan yang baik. Bangga pula jadi jirannya. Hehehe.

“ Hurm, sebenarnya kahwin ni kan, benda pertama yang awak perlu ingat, it is not like what we read or watch in televisions. Takdenye yang sweet memanjang 24 hours tuh. Yang ada ialah a lot of responsibilities..” balas Kak Ain yang membuatkan aku terdiam sekejap. Wah, speaking ye. Aku masih mencerna bait-bait jawapan Kak Ain tadi, short dan concise. Tapi penuh makna kot.

Be responsible. Tu antara intipati yang aku dapat sepanjang perbualan aku dengan Kak Ain. Dalam mana-mana bahtera perkahwinan, itulah resipi yang paling utama. Mesti ada tanggungjawab dan toleransi. Kadang-kadang bila terfikirkan urusan perkahwinan dan bina keluarga ni, timbul juga perasaan yang aku masih belum bersedia untuk belajar semua ni. Yelah, perjalanan masih jauh kot. Ijazah sarjana muda pun baru masuk tahun satu.

Cumanya, salah satu alasan yang membuatkan aku berminat dengan isu ini ialah kerana melihatkan generasi muda zaman sekarang. Zaman aku. Ya, zaman generasi Y (atau mungkin dah gen Z ye ? hahaha. Sila google sendiri). Melihat kepada isu yang berlaku, dengan ketagihan gadjetnya, isu gejala sosialnya, membuatkan aku terfikir, bagaimana aku nak membina generasi yang berbeza dari generasi sekarang ini untuk akan datang ? Macam mana aku nak lahirkan generasi Al-fateh mahupun paling rendah sekalipun, generasi yang memahami Islam secara keseluruhannya ?

Benda ni buat aku terfikir banyak kali. Yang sebenarnya kita semua bakal lalui suatu hari nanti. Melainkan jika Allah ambil nyawa kita sebelum kita berkeluarga. Jadi, kita tetap perlukan persediaan. Ini bukan main-main macam main pondok-pondok atau kahwin-kahwin masa zaman hingus meleleh dulu. Ini masanya bila seseorang yang ditakdirkan oleh Allah menjadi jodoh engkau, dan kalian pula akan membina generasi yang bakal mewarisi nama dan keturunan daripada kalian. It is a big thing guys.
Sebahagian dari kawan-kawan aku (i’m not sure if they r reading this. lulz) bagitahu terlalu awal untuk kita bincang isu ni. Tapi bagi aku, Ibu Imam Syafiee juga telah mempersiapkan dirinya terlebih awal untuk melahirkan keturunan yang hebat. Begitu juga Ibu Imam Ghazali. So, kita macam mana ? Wahh rasa macam terlebih semangat dah ni. hehehe. Jangan risau ye kawan-kawan, aku bukan nak minta kalian kahwin awal, aku cuma nak sarankan kita buat persediaan sebagai seorang ibu yang hebat mulai dari awal. Okeyh ? *tanda aman*

Setiap orang ada pandangan tersendiri tentang isu ni. Setiap orang boleh berfikir dengan baik kan. Hehehe. Jadi kesimpulannya, kalau kahwin nanti jangan lupa jemput. Eh eh eh. Tersilap pula, kesimpulannya, persiapkan diri anda wahai muslimah, tidak kiralah jodoh anda bakal sampai awal atau lambat kerana tertinggal tren, yang penting kita mesti menjaga diri sebagai seorang muslimah dan memperbanyakkan amalan sebagai bekalan hidup kita. Zaman muda ini bukannya zaman untuk berfoya-foya tapi ianya adalah zaman pembentukan peribadi kita yang terpenting. Jika kita tidak menjaga peribadi kita pada saat ini, bimbang kita sukar untuk mengubahnya saat kita tua nanti.

Last but not least, ingat ni ye kawan-kawan, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Winkwink. Selamat mempersiapkan diri menjadi madrasah ummah. Btw jangan la pula sampai lupakan tanggungjawab sebenar kita sebagai pelajar ye  (:


 Terima kasih kerana sudi membaca bebelan ini. Pen off :]

beramal kerana ALLAH :)