Thursday 31 October 2013

taubat seorang hamba~

bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah. summa alhamdulillah.

~test mode on~
yahoo!
hooreyy!

yeh. hepy dengan test. alhamdulillah. ALLAH masih beri lagi kite peluang untuk menduduki test.
lama tak blogging. bukan sibuk. buat-ii sibuk. eheh. buat ramyun-ii terchenta, selamat berjuang semuanya. fi hifzillah, asif dah lama tak berhubung dengan kalian, insyaALLAH rabithah menyatukan hati-hati yang bertebaran. 

terbang, syiuhh syiuuh *_*




--------------------------------------------------------------------------------------------------


'eh minah, ko nie dari kecik sampai besaq hidup bergelumang dosa je. ko ni konfem tempah neraka ni'

'mat, ko tak yah nak bertaubat la. dosa kau tu dah tak terampun dah nye.'

'hmm. tak guna kau bertaubat. dosa kau banyak sangat dah.'

ya. itulah fenomena kita. suka menghukum mengikut sesuka hati kita. ya. macamlah kita ni pemegang kunci syurga dan neraka. jangan anggap kita ini, wahai diri-diri sekalian, sebagai malaikat yang tidak melakukan dosa. bukan. kita adalah manusia.bani adam.

-kullu bani adam khottoa, wa khairu khottoi attawabiin-

rasa berdosa itu perlu ada. untunglah sesiapa yang merasakan dirinya penuh dosa dan noda serta terGERAK untuk menjadi yang lebih baik. taubat, taubat dan taubat sepanjang masa sebagai penyuci jiwa. hati yang suci dan bersih menjana peribadi yang berakhlak mulia dan terpuji. bukankah setiap muslim itu adalah yang terbaik bagi setiap amalannya? muslim itu perlu terkehadapan, perlu maju dengan syahsiah yang unggul, perlu menonjol dengan akhlak yang luhur. intabih! (ber-hati-hatilah) sekiranya kita ini membawa name tag sebagai seorang muslim namun hanya pada nama semata-mata. tidak dizahirkan melalui perbuatan, amal, akhlak sebagai seorang muslim. 

macam banyak dah menyimpang dari point. eheh. T.T

sebenarnya nak sharing hari ni sedikit sebanyak yang dapat dihirup manisan daripada buku karangan ustaz Pahrol Mohd Juoi, Soal Hati, mengenai tips taubat. andai sudah tergerakhati untuk bertaubat, apa tunggu lagi? ayuh, maju sekarang. vroooomm..

TIPS TAUBAT

# ikhlas dan menyerah diri sepenuhnya kepada ALLAH. hanyasanya ALLAH adalah yang berkuasa ke atas segala sesuatu dan pintu taubat sentiasa terbuka bagi hamba-hambaNYA yang ikhlas dalam bertaubat. (:

# mujahadah. la budda ( means= tidak dapat tidak) kita mestilah bermujahadah, yakni menahan diri daripada dorongan hawa nafsu yang sering mengajak kita untuk kembali kepada maksiat dan kejahilan yang pernah kita lakukan. fighting!

# banyak mengingati akhirat. ya. dengan banyak mengingati akhirat akan membuatkan kita melakukan yang terbaik dalam setiap amal perbuatan kita. kenapa? kerana dengan mengingati akhirat dan kematian, kita akan hidup bukan hanya untuk kesenangan dan kemewahan di dunia sahaja namununtuk kemewahan dan kesenangan di akhirat jua. baru cun! akhirat itu adalah tempat tinggal yang abadi sementara dunia adalah tempat persinggahan yang melalaikan semata-mata. 

sabda Rasulullah mafhumnya, banyakkanlah mengingat pemutus kelazatan, yakni kematian. dan juga Rasulullah bersabda bahawa orang yang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati. nah! siapakah yang paling benar kata-katanya selain Rasulullah?? siapa bijak, jangan lepaskan peluang ni. hotsetuff ni.

# sibuk dengan hal yang bermanfaat. dengan hal yang bermanfaat, kita akan tergerak untuk memenuhi masa lapang kita dengan sebaiknya. bukan dengan kelagho'an semata-mata. yelah, kita dihidupkan pun ada tujuan kan? 
[ dan tidak KU jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU ] azzariyat:56

# menjauhi punca kembali semula kepada maksiat. elakkan diri daripada mendekati atau lalu atau mengingati tempat kita pernah melakukan dosa ataupun apa-ii sahaja yang mampu membuatkan kita kembali membuat maksiat. contohnya, mengumpat. seandainya kita sudah berazam sejazamnya untuk menjauhi dosa mengumpat, kita perlu jugak menjauhkan diri kita daripada orang-ii yang suka buat gossip atau perkumpulan dosa (baca=kumpulan mengumpat) ni. justeru, kuranglah sedikit faktor yang mampu menarik kita untuk melaksanakan misi menganyam 'ketupat' beramai-ramai. fuhh.

# menundukkan pandangan. dengan menundukkan pandangan kita boleh menjaga hati dan penglihatan dari perkara-perkara maksiat. janganlah sehingga mendongak ke langit, bimbang jiwa menjadi takbur dan hati merasa jauh dari ALLAH. sedarlah bahawa kita ini hamba yang hina, tidak berdaya untuk melakukan segala sesuatu perkerjaan melainkan dengan izin ALLAh taala. maka, dimanakah ruang kita nak merasa sombong dengan ALLAH? menundukkan pandangan juga insyaALLAH mampu mendidik jiwa menjadi rendah hati dan tawaduk. merasakan hakikat kehambaan yang sebenarnya bahawa, 'inni 'abdi wa anta Rabbi  ya ALLAH!' {sesunggunhnya aku ini hamba dan Engkaulah tuhanku ya ALLAH!}

#bergaul dengan orang yang baik. Rasulullah berpesan bahawa jika kamu hendak melihat agama seseorang maka lihatlah agama sahabatnya. kerana secara jelas dan gholibnya manusia ini hidupnya berkawan @ bersahabat. maka lihatlah dengan siapa kita bersahabat? sahabat kita boleh menjadi cerminan kepada diri kita sendiri kerana sahabat mampu memberikan pengaruh yang besar terhadap diri kita. awasilah dengan sahabat yang suka berbuat maksiat, jangan sampai kita turut sama dengannya menabur saham dalam berbuat kemaksiatan jugak. nauzubillahiminzalik. tak salah nak bersahabat dengan sesiapapun, tapi berhati-hatilah dalam bersahabat. mungkin lebih elok seandainya anda pula yang mampu menarik sahabat ke arah, siapa tahu kan? insyaALLAH, amin. *senyum*
jadi, sahabat yang baik mampu menarik kita dengan lebih ketat, kuat dan kukuh untuk sama-sama beristiqamah dalam bertaubat dan kembali kepada ALLAH. bukankah impian manis ukhuwah itu adalah untuk sama-sama beriringan dan berpimpin tangan ke sorga? :D

# banyakkan berdoa kepada ALLAH. kerana ALLAH adalah sebaik-baik sandaran dan tempat pergantungan. ALLAH yang memegang dan yang membolak-balikkan hati kita agar tetap tunduk dan taat kepadaNYA dalam setiap masa. kita tidak akan mampu dan berdaya melainkan dengan kekuasaan dan keizinan daripada ALLAH. akhirul kalam, kembalilah pada ALLAH dalam setiap masa dan keadaan, agar hidup kita ini semata-mata adalah kerana ALLAH, bukan kerana yang lain.
dari ALLAH kita datang dan kepadaNYA kita akan dikembalikan.

______________________________________________________________________

ting! jam berdetik. waaah. lama bebenor nak habiskan masa untuk taip post ni. harap yang membaca dan penulisnya sendiri pun mampu untuk mendalami dan menghadami setiap kandungan post ni. yang baik itu dari ALLAH, yang lemah itu makhluknya yakni hamba ni, namun kedua-dua adalah dari ALLAH yang maha berkuasa. wallahulam.


"andai kita bukan pendokong agama ALLAH, jangan sampai kita menjadi orang yang melawan orang-ii yang hendak mendokong agama ALLAH."

~musafir illahi~
p/s: andai terbuka peluang untuk berjuang dan beramal kebaikan, jangan pernah lepaskan walau sesukar manapun kerana hidup ini tiada siapa yang tahu expired datenya melainkan ALLAH. :)  []ALLAHUMMA FAQQIHNA FI DIIN, WA 'ALLIMNA TAKWIIL.[]


Saturday 5 October 2013

dean list.?

bismillahirrahmanirrahiim. alhamdulillah. sudah lame tidak ber-blogging. agak kekeringan idea dan kesempitan waktu sedikit untuk menulis. alhamdulillah hari ni dihadirkan ilham oleh ALLAH, sekadar mahu berkongsi sedikit dari coretan kisah warna warni kehidupan bergelar mahasiswa.

masuk semester 1 yang panjang, banyak subjek yang diambil. 18 jam kredit per semester. ok. ni baru sem 1. jangan gelabah lagi. cool. dan sebenarnya dah dapat result bagi semester pendek yang lepas. alhamdulillah. cukup berpuas hati dengan nikmat yang ALLAH kurniakn buat hambaNYA yang hina ini.

so, sem ni mesti tekad untuk improve lagi result. bukan untuk dapat dean list, bukan untuk dapat kerja yang bagus, tapi mesti mesti mesti kerana ALLAH semata-mata. kadang-ii rasa lemah je diri, bukan sebab banyak sangat belajar, tapi sebab banyak lagi ilmu ALLAH yang tak dikutip. masa banyak dibazirkan untuk perkara x berfaedah. Allahu.

dalam hidup ni, memang menjadi tanggungjawab kita untuk belajar. maksudnya, carilah ilmu. bukan bermakna belajar dalam kuliah je dueplohempatjam. jadikan setiap langkah kita adalah untuk belajar sebagaimana setiap gerak langkah kita adalah ibadah. misalnya, sambil pergi bersukan pun kita boleh belajar. belajar berkawan. belajar kemahiran komunikasi, belajar kemahiran berpasukan. bukankah itu adalah satu skop pembelajaran? :D

selalu tambah ilmu. mesti. kerana hidup ini terlalu singkat untuk perkara yang sia-sia. jadikan setiap detik masa tu bermakna. insyaALLAH, setiap perkara yang kita lakukan ni niatkan sebagai ibadah. semoga setiap dihitung pahala oleh ALLAH. ameen.

banyakkan bertanya pada yang tahu. hanya jauhari yang mengenal manikam. lecturer-ii yang haibat semua tu, sahabat-ii yang taiko semua tu. tanya tanya dan tanya sampai sahabat tu malas nak jawab. :3

carilah berkat dalam kehidupan. tanpa berkat, kita ni meaningless. rasanya mahu mencoret sedikit sahaja pada hari ni. :D




-musafir illahi-
:: penat berlari mengejar ilmu, kata imam syafie; jika kamu penat menanggung keletihan ketika mencari ilmu maka kamu akan lebih penat menanggung kebodohan. ::

Sunday 8 September 2013

W&A

bismillahirrahmanirrahiim. salam 'alaik. :D

tetibe teringat kepada walid dan abi. antara walid dan abi, dua dua kami sayang. walaupun abi tidak mengajar kami, kami tetap sayang abi sama dengan kami sayang walid. walid banyak bersama kami kerana beliau mengajar kami. yehh. walid banyak meninggalkan kesan dalam hidupku dengan kata-katanya dan abi pula banyak meninggalkn kesan melalui perbuatan dan tingkah lakunya. baru-baru ini pergi menziarahi mereka. sayangnya abi tiada. hanya walid yang tersenyum menanti anakanda-anakandanya.


dan tadi, sepulang dari musafir, teringat perbualan dengan walid. sewaktu walid meninggalkanku untuk berjalan sendirian ke tempat kemku walaupun aku tidak pernah menjejakkan kaki hatta bersendirian di kawasan tersebut. aku tersangatlah cuak. tapi, dengan penuh keyakinan, walid memberitahuku,


"jika kita sayangkan seseorang, kita bagi orang itu pemancing dan bukan ikan. kerana kita tidak mahu dia hanya kenyang sebentar sahaja tapi kita mahu dia belajar untuk mencari cara untuk mengenyangkan dirinya. agar dia bijak dan berusaha. agar dia berjaya."


walid tersenyum dan menyambung, "oleh kerana walid sayang kamu, walid akan tinggalkan kamu di tepi jalan dan walid mahu kamu berjalan sendiri sehinggalah sampai ke kem kamu. kamu jalan sehingga kira-kira 50meter dan pusing ke kanan."


aku cuak dan melangkah pergi. seriously,walid benar-ii meninggalkn aku di tepi jalan. hasilnya kini, aku lebih berani untuk menjejakkan kaki ke tempat baharu, dengan keyakinan bahawa ALLAH ada bersamaku. selalu.

-INNA MA'AL 'USRI YUSRA-



itulah tarbiah walid kepadaku, kelihatan simple namun meninggalkan kesan yang mendalam. moga ALLAH sentiasa merahmati walid dan abi. semoga ALLAH mengurniakan kalian jannatul firdus yang didambakan. amin.


-nukilan ringkas anakanda-
-musafir illahi-


p/s: pesan walid, jadikan hidup seperti pinball. setiap tempat yg kita tempuh, pastikan kita dapat pointer/markah yakni pahala dari ALLAH.


Friday 6 September 2013

sanah helwah :)

bismillah 'ala barakatillah.
alhamdulillah. today 060913. alhamdulillah genap 18 tahun kehidupan seorang sahabat terchenta. 3 hari yang lalu juga merupakan hari ulangtahun kelahiran seorang lagi sahabat terchenta. alhamdulillah kheir.


2013. 18 tahun umur kehidupan. dan baki yang tinggal ke arah kematian, masih tidak lagi diketahui bila. err. selamanya tidak akan tahu bila. seriyes. buat sahabat-sahabat yang telah genap ulangtahun yang ke 18, selamat hari mengingat kematian. kerana semakin bertambah usia semakin kita dekat dengan kematian. fuhh. berpeluh sakan menulis entry ini.


sepanjang lapenbelahtahun (atau ikut usia masing-masing) ini, apa yang telah kita sumbangkan? sila tunding jari kepada diri sendiri. dapat 4flat orang tak heran la kalau akhlak k.o. dapat straight A tak heran langsung kalau baca quran pun merangkak-rangkak lagii. and so many moore.

jadi. jadi. jadi. apa kata, kita mulakan langkah kita bersama-sama. mulakan dengan perbaiki diri kita sedikit demi sedikit. organ utama dalam jasad manusia ialah hatinya, bahkan rohani manusia juga bergantung pada hatinya. untuk itu, meh same-same kite menjalankan proses untuk menggilap dan membersihkan hati kita.
jeng jeng jeng.

awwalan; takhalli. kita hendaklah membersihkan dulu hati kita dari sifat-ii mazmumah. bersihkan cuci-ii samapi tak tinggalkn kesan pom. guna klorok pom bolehh. hehe. hilangkan kekotoran mazmumah dalam hati kita. umpamanya macam seorang petani hendak menanam benih. semestinya dia akan membersihkan dulu tanah tu daripada kekotoran, ranting-ii, sebelum menanam benih yang baru. barulah benih tu dapat tumbuh dengan subur.

atthani; tahalli. kite semai benih-ii sifat mahmudah dalam diri kita. disamping itu kita baja sifat-ii ini dan jaga dengan sebaiknya. tanamkan istiqamah, agar amalan-ii yang kita lakukan berterusan hingga menjadi sebati dalam diri kita.

al-akhir; tajalli. bermaksud keserlahan. pabila kita sudah melalui tahap ini, barulah akan terbuka hijab yang menghalang kita daripada 'melihat' kebesaran dan keagungan ALLAH azza wajalla dengan mata hati kita.


tahap-tahap ini juga dinamakan ihsan, sebagaimana dalam hadis ketika Jibril alaihissalam datang menyerupai seorang lelaki kepada Rasulullah S.A.W, dan bertanya tentang ihsan, Rasulullah S.A.W menjawab, ihsan itu kamu meyembah ALLAH sepertimana kamu melihatNYA, jika kamu tidak melihatNYA, sesungguhnya ALLAH melihat kamu.


ok, dah tahu tahap-ii dan prosesnya. masalahnya sekarang ialah bagaimana untuk melaksanakannya??


M.U.J.A.H.A.D.A.H
itu kuncinya. bererti melawan. melawan apa? melawan hawa nafsu kita. sebabnya, hawa nafsu kita ni memang sangat-sangat suka akan kejahatan dan menjauhi ketaatan. bukan senang seperti meratah kuih raya sehingga habis bahkan lebih susah daripada menghabiskan sepuloh biji burger abang mat. ohoi.


mujahadah juga perlu di iringi dengan pedoman daripada al-quran dan as-sunnah. sekali kita terlepas pandang daripada kedua-dua ni, alamaknya tersesat la kita abadan abada. nauzubillahi minzalik. Allahu Allah. 'taraktukum 'amraini, lan tadillu in tamassaktum bihima, kitaballahi wa sunnati nabiy' aw qama qal.




-musafir illahi-

~mEndAmba kAs!h iLlaHi, mEncAri kAsih SejatI~

*uhibbuka ya Rasulullah salallahu 'alaihi wassallam.*
#Allahumma solli wassallim 'ala saidina muhammad#

~al-ilmu bila amal, kassyajari bila thamar~

bismillahirrahmanirrahiim. alhamdulillah summa alhamdulillah.
ALLAH. rasa dah bersawang dah blog ni. maaf ye. buat yg masih baca blog hodoh ni, syukran jiddan ye :)


dah masuk semester 2 di tanah wakaf ulama terchenta ni. result semester 1? alhamdulillah kheir. ALLAH dah bagi yg terbaik, sesuai dengan usaha dan pergantungan kita. namun apabila kita masih tidak mendapat yg terbaik, tandanya ALLAH sangat sangat menyayangi kita sehinggakn ALLAH masih ingin menguji keimanan kita terhadapNYA.


semester yang lalu, hanya belajar kursus universiti, 5 subjek sahaja. semester sekarang, belajar 11 subjek insyaALLAH. rasa macam nak spm pulak. bezanya, masa spm majoriti subjek ialah berkaitan dengan subjek sains macam biologi, kimia, fizik. sekarang, perjuangan diteruskan dengan subjek yang hampir 99% ialah subjek agama. mungkin disini ruang untuk menguji kemampuan diri. setanding mana kita mampu belajar.


namun,konsep belajar yang sebenarnya ialah, memahami dengan sepenuh hati apa yang diajarkan sehingga mampu diaplikasi dan diterapkn dalam kehidupan. emm. dalam erti kata mudahnya, belajar bukan hanya dengan matlamat untuk dapat deanlist atau first class honour semata-mata. belajar itu perlu meresap ke dalam hati nurani.


untuk yang bergelar students, tahniah kerana berpeluang untuk menghadiri kelas-kelas pelajaran a.k.a majlis ilmu kan? teruskan mengambil sebanyak mungkin manfaat yang dapat dikutip. untuk yang bukan bergelar students, berusahalah mencari majlis-majlis pengajian, atau majlis-majlis ilmu kerana manusia ini adalah al-insan yakni yang mudah lupa. kita tak selamanya pandai. kita tak selamanya tahu. ada masa jika ALLAH mahu menarik balik nikmat ilmu dan pengetahuan dari kita, itu akan berlaku hanya dengan sekelip mata sahaja. kun fayakun.



 jangan sombong, riak, takabbur dan yang sewaktu dengannya dengan ilmu kita yang secebis cuma. ada ilmu, sampaikan walau hanya sepotong ayat. balligh 'anni walau ayat. cukup terang dan jelas.


dalam proses menceduk ilmu, ada suatu analogi yang mungkin boleh dikongsikan. situasi pertama: cuba bayangkan di tangan kita ada sebuah cawan yang ditutup permukaannya. cuba kita tuangkan sebotol air kedalam cawan itu. apa yang akan berlaku? pasti air tersebut tidak dapat memasuki ruang dalam cawan itu kan? situasi kedua: cuba bayangkan di tangan kita ada sebuah cawan yang kosong. dan cuba tuangkan air ke dalam cawan tersebut. apa yang berlaku? pastinya cawan itu akan dipenuhi air kan? melainkan kalau cawan itu bocor. :D



begitu jugak dengan manusia. aiseyman, blogger ni cakap manusia = cawan? riddiculous! haha. ni hanya perumpaan  semata-mata. bayangkan kalau kita hendak menuntut ilmu tetapi kita tutup pintu hati kita, pasti ilmu tidak akn dapat menyinari hati kita kan? sebaliknya jika apabila kita hendak menuntut ilmu, kita buka seluas-luas dan selebar-lebarnya hati kita, insyaALLAH dengan mudahnya ilmu tersebut akan mampu meresap jauh ke dalam hati kita. kata imam as-syafie rahimahullah, ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tidak akan memasuki hati yang gelap. wallahualam.




sedikit perkongsian. moga bermanfaat. :)

-musafir illahi-

p/s: sedang mencuba untuk membiasakan struggle untuk 11 subjek pulak. tembakkan doa. aku juga ingin menjadi mujahid hebat seperti kalian. *senyum lebar*

Monday 19 August 2013

yang lama dah, baru keluar

 [tajuk tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun entry ini. hohoho XD]

bismillahirrahmanirrahiim. alhamdulillah. summa alhamdulillah. now its syawal. hohoho. =='
ramadan berlalu pergi, seakan melambai dan memberitahu yang ianya takkan kembali. sadis rasanya. moga ramadan kali ini bawa perubahan besar untuk kita semua. insyaALLAH.


banyak yang kita dapat belajar sepanjang perkara yang berlaku dalam hidup kita. bak kata omputih, whether you realise it or not je. jadi, sepanjang ramadan yang berlalu, hmm.. banyak yang hendak dikongsi. aish. dah bertukar jadi diari la pulak. hahaha. stop it. focus focus.


moga kita semua bisa mendapat rahmatNYA untuk berubah. menjadi lebih baik dari sekarang. menjadi lebih berguna untuk ummah. aku, kau, awak, kamu dan kita semua sedang melalui proses perubahan itu. hidup ini tidak akan pernah sunyi dari mehnah dan tribulasi. tak akan. fulsetop. kerana dengan ujian itulah kita akan semakin mengenali hakikat diri kita. seorang hamba yang hina. 


justeru dalam menghadapi ujian, kita memerlukan kepakaran untuk mengatasi ujian tersebut. namun, adakah semudah dengan mengandaikan anda ialah monsheter yang ganas super haibat dan masalah ituu adalah hanya seperti burger yang paling lazat di dunia dan sedia untuk dimakan oleh anda dengan lahapnya. err. klise.


suatu perkara yang kita perlu pegang ialah, segalanya yang ada di dunia ini adalah ciptaan ALLAH yg Maha Agung lagi Perkasa. kan kan.? jadi... pabila kita menghadapi masalah dengan apa-ii sahaja didunia ini, ingatlah bahawa ALLAH adalah sebaik-baik tempat mengadu dan sebaik-baik penyelesai masalah.
-  ALLAHU la ilaha illa huwal hayyun qayyun.-


pokok pangkalnya, perlunya akidah yang kukuh diterapkan dalam diri semua umat manusia agar manusia itu tidak mudah goyah, tidak lemah. dengan akidah yang kukuh lagi sejahtera juga, manusia mampu hidup aman damai harmoni dan sentosa, insyaALLAH. masakan orang yang betul-ii menyedari hakikat dosa pahala syurga dan neraka akan tergerak untuk melakukan dosa yang hanya merugikan dan mengundang kemurkaan ALLAH azza wa jalla? bahkan tidak mungkin.


dalam proses untuk mendapatkan akidah yang sejahtera perlu pada pembelajaran, penerapan dan pengamalan dalam diri setiap individu muslim. muslim itu bukan hanya sekadar pada namanya atau adatnya, muslim itu melambangkan agamanya sendiri. biar siapapun kita, hatta guru, engineer, doktor pakar vyang terhaibat sekalipun, selagi kita bernama muslim dan beriman, kita perlu melaksanakan tuntutan-ii sebagai seorang muslim dengan sesempurna mungkin. kita semua ialah cerminan bagi agama kita. penjuru-ii islam itu sendiri. biar kita menjadi engineer, menjadi engineer yang beriman. biar kita menjadi kontraktor, kontraktor yang beriman. kerana sesungguhnya, tanpa iman, we are nothing. zero. 


-kamu mulia dengan islam, apabila kamu mencari kemuliaan selain dengan islam, kamu akan menjadi hina- (tokoh islam)




-musafir illahi-
p/s: ada sape2 nak teka tuu kata-ii dari tokoh islam yang mane? yang cepat dapat duet raye. :D
p/ss: ni post lame, tpi baru post. hmm.

Sunday 14 July 2013

ada. yakin ada.

bismillahirrahmanirrahim. alhamdulillah,. masuk hari kelima. ramadan menjengah deria rasa sang muslim.ramadan ini. ramadan dulu. rasa kelainan.

aku rindu senyum wajah sahabat-sahabat ketika pulang dari sekolah,
aku rindu muka masam akibat kerja sekolah yang bertimbun,
aku rindu taujihat-ii basah dari korang yang tak pernah surut,
aku rindukan semua itu.
segala-galanya aku rindu..

kelainan. kelainan yang aku rasa kini. entah. mungkin teguran halus ALLAH buatku. hamba yang lemah. hamba yang megerti. masih banyak yang harus kulalui. jalan ini bukan semudah ini. bukan sesenang ini.
mereka dah melaluinya. dan sedang melaluinya. sedang aku, hanya memerhati sekadar tempatku. dari jauh. aku lemah. aku goyah. dalam hiburan yang tak pernah gentar merasuk dunia remaja. hanyut. terus hanyut dibuai bayu lembut. bayu jahiliyyah yang mencengkam. dasarnya nampak nyaman, hakikatnya kasar menerobos jiwa, memusnahkan hati-ii yang leka.

aku takut. kadang aku gentar. bila aku goyah melalui jalan ini. bila aku resah tak siapa yang menemani. kadang aku lupa. bahawa ALLAH ada disisiku, menaungi setiap jalan langkahku. selalu. tanpa henti.

hati berbisik suram.

*ALLAH ada bersamamu sayang*

Sunday 7 July 2013

luahan. bukan dari penulis yerp :p

bismillahirahmanirrahiim. rajin pulak mengepost. *senyum senget*

alhamdulillah. ini ada kisah dari seorang sahabat.

'sukarnya menjaga hati. terutama apabila hati itu terpaut pada insan berlainan jantina. terpaut pada kehensemannya, kesolehannya dan segala-galanya lah. apabila hati sudah terpaut, setiap perkara yang dilakukan pun nampak indah belaka. bak kata org, kentut pun wangi. err.


tapi yang membezakan ialah, alhamdulillah ALLAH kuatkan hati kau agar tak goyah dengan lembutku sebagai seorang wanita. dan ALLAH juga maha bijaksana dengan tidak membiarkan aku terkinja-ii meraih perhatian darimu. aku cuba menjaga perasaan ini. lebih tepat, aku cuba menghindarkan perasaan ini. mahu aku lempar perasaan ini jauh-ii dari sudut hatiku. kerna aku takut, aku mungkin tak dapat menanggung perit perasaan ini.


kadangkala aku mahu kau mengerti, bahawa aku meminatimu. tapi maluku membentengi diri. aku cuba menjauhi mu, menghindarkan dari melihat susuk tubuhmu, agar aku tak jatuh ke perangkap syaitan yang durjana. hari demi hari. aku cuba melazimi zikir-ii indah, agar aku lebih mengingatiNYA darimu. agar aku tenggelam dalam cinta kepadaNYA dari pada mu.


dan alhamdulillah. semakin aku mendekatiNYA, semakin aku yakin bahawa DIAlah yang maha menggerakkan hati-hati, yang maha mencetuskan kasih suci, yang maha mengatur segala sesuatu. dan aku mulai berasa rugi, kerana aku tidak mendekatiNYA dari dahulu lagi.


aku cuba menebarkan sayap. memohon ampunan tuhan. mendamba cinta yang abadi. cinta Rabbku yang suci. dan untukmu, aku juga harap begitu, agar kau mampu menjaga hatimu. andai kau bukan milikku, aku pasrah kerana ALLAH tahu yang terbaik untukku. kerna takdir ALLAH itu tak siapa yang tahu. insyaALLAH, cukuplah ALLAH bagiku.~


nukilan : anonymous :D

umat

umat ini.
harus segera bangkit.
dari lena panjang yang mengasyikkan.


umat ini.
harus segera sedar.
bahawa islam ialah resolusi terbaik.


umat ini.
perlukan tarbiyah.
perlu taujihat untk bangun meyerang.


umat ini.
perlu buka mata.
perlu yakin akan janji ALLAH.


'innaddina indallahi islam'

di kejauhan . . .

bismillahirrahmanirrahiim. alhamdulillah. setelah sekian lama internet jadik slow, dah laju skit.
lama tak meng'post'. sekadar memerlukan masa untuk menenangkan diri. dan alhamdulillah pada hari ini ALLAH menghadirkan ruang dan waktu yang seketika untuk menggerakkan jari jemari ini. insyaAllah moga bermanfaat.


terkesan. banyak peristiwa-ii yang berlalu dalam beberapa minggu ini. dan insyaALLAH, mempunyai ibrah yang tersendiri. aku melihat drai pandanganku sebagai seorang yang kerdil, bahawa dunia ini semakin  membarah. sedikit demi sedikit. namun dari sudut yang lain, aku juga melihat perkembangan yang membangunkan.


mesir. jatuhnya mesir beberapa hari yang lalu, menjadi ibrah buatku, bahawa kita ini, sebagai seorang muslim, tidak cukup dengan hanya memerhati. kita perlu bergerak. bersatu. kerana kita adalah satu jasad. dan aku hairan dengan golongan-ii yang menolak untuk memerhati, mengambil langkah tidak peduli. tapi. aku masih lagi hairan dengan mereka yang mengerti namun kurang cakna untuk menyebarkan kepada yang lain agar kita sama-ii mengerti.


syiria. masih lagi di bawah kekejaman syiah. dan kita, sebagai saudara mereka hanya melihat. aku terfikir, suatu hari nanti, mungkin aku juga bakal mengalami nasib yang sama. kadangkala perasaan takut itu melebihi perasaan mahu berjihad di jalanNYA. nauzubillahiminzalik. di dalam kekejaman yang berlaku, aku melihat betapa beruntungnya mereka, yang syahid fi sabilillah. mereka tidak diuji dengan kesenangan yang melalaikan, dengan hiburan yang melampau. mereka diuji dengan akidah. dengan kepercayaan mereka terhadap ALLAH azza wajalla. dengan menyakini bahawa setiap titis darah yang tumpah itu, akan dikira di akhirat nanti. betapa beruntungnya mereka!


palestin. derita yang tak pernah padam. menunggu saat dibebaskan, masjidil aqsa yang dimuliakan. biarpun berpuluh-puluh tahun lamanya mereka dalam keadaaan sebegitu, mereka tidak pernah henti dari berjuang. bahkan ada yang dilahirkan dalam semangat hanya untuk berjuang dan li takuna kalimatallahi hiyal 'uliyaa (menegakkan kalimah ALLAH sebagai yang tertinggi).

aku tak berkemampuan untuk turut sama mengangkat senjata di medan mereka. aku hanya mampu, mengutuskan doa-ii moga yang syahid itu diterima dan yang berjuang itu akan dapat balasan yang selayaknya. dan aku juga mahu doa kalian, agar kami semua yang tidak diuji secara fizikal seperti kalian, cekal di medan kami, untuk menegakkan islam di bumi kami dengan cara yang sebaik-baiknya, agar dengan itu mampu memudahkan urusan umat islam seluruhnya, mampu menyatukan kita semua insyaALLAH, ke arah impian kita semua yang menginginkan islam itu kembali bersinar di pelusuk bumi.


benar. tidak ramai yang mahukan yang hak itu berdiri. kerana mereka sudah terbiasa hidup dengan kebatilan yang menggemukkan. insyaALLAH apabila kita bersatu hati, kita tambahkan golongan yang hak, golongan alghuraba', kerana islam ini bukan hanya untuk kita kita, tapi islam ini milik semua. semua berhak merasai nikmatnya islam ini sebagaimana kita bertanggungjawab menyebarkannya.


'islam itu datang dalam keadaan dagang(asing) dana akan kembali dalam keadaan dagang (asing)'


'tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga kamu mencintai saudaramu sepertimana kamu mencintai diri kamu sendiri'


' islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya'



aku malu. malu dengan sikapku sendiri. yang lebih mementingkan diri. dari memikirkan saudara-ii yang di seksa di bumi mereka sendiri. darah mereka ditumpahkan sesuka hati. dan aku masih disini. merenung dari kejauhan..



Wednesday 19 June 2013

fanzuru bil qalbi~

bismillahirrahmanirrahiim. alhamdulillah summa alhamdulillah. lama dah tak berblogging ^^"


berada di universitas, membuatkan aku mengenali norma-ii kehidupan bangsaku sendiri, khususnya.
berbeza dengan zaman di sekolah, universitas tempat kau buat segalanya by your own self and risk.


ianya suatu perubahan. dari zaman bertukar zaman. dari zaman berhingus ke zaman kau mengesat hingus kau sendiri. ok. stop. dah merepek lagi *_*



sabtu. sabtu lepas yang osem sangat. firstly kitaorang belajar cara memanah. sebenarnya dah lama kami giler-ii nak pegang alat memanah tuu. ala ala macam nak pergi berperang. hehe. sambil-ii pegang memanah tuu, teringat kat zaman Rasulullah dulu. berperang, guna pedang, memanah, naik kuda. tak de pun pistol-ii yang boleh menembak dalam jangka masa yg singkat macam zaman sekarang ni..

terbayang, macam mana Rasulullah dahulu berjuang habis habisan demi menyampaikan nikmat islam untuk kita kecapi pada hari ini. sehingga pernah diriwayatkan, dalam suatu peperangan, Rasulullah berperang sehingga patah gigi baginda. wuwuwu. nangess.

kita? bagaimana dengan kita? (sila tuding jari kpd diri sendiri) semboyan jihad berbunyi, kita buat-ii tak dengar. nanges


bila kita scroll notification dalam fesbuk, atau duduk pasang telinga tentang apa yang member-ii kita cakapkan, agak-agaknya dalam berapa peratus butir percakapan tuh mengenai isu semasa, hal ehwal dunia, saudara2 kita yang ditindas dan disiksa?


bahkan yang lebih parahnya lagi, jikalau terjadi eksiden eksiden cenggini ha.


syiria? whats happen there? ada ke negara nama syiria?

aku tengok orang palestin tu tak masuk tv pun. tak berat la kot masalah dorang tuu.

allahurabbi. dok ambik cakna langsom. berat nanang ngoh. gane gamok kite?

barangkali kita sudah lupa, apabila kita dihimpit dengan kesenangan hidup berganda-ii, kemewahan yg tiada tara, kelapangan waktu, nikmat keamanan, kita sebenarnya lupa firman ALLAH dalam surah al-hujurat ayat 10:

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

tepuk dada. err. macam mana kita? masing masing punya akal fikiran, punya minda yang kritis dan kreatif untuk berfikir. gunakanlah nikmat yang ALLAH bagi tuu dengan sebaik-baiknye.

its real

cuba bayangkan yang terlentang itu adalah abang atau ayah kita. sedih kan? tak payah bayang pun takpe. sebabnye, secara hakikatnya, MEREKA yg ditindas, dianiayai itu saudara-ii seISLAM kita. bagaimana kita boleh bersenang lenang lepak depan tv sambil menonton drama-ii, sedangkan saudara-ii kita secara realnya sedang diBUNUH di luar sana?

-musafir illahi-

wazakkir fainna zikr tanfaul mukminin. ini untuk aku dan kamu jua.

Thursday 30 May 2013

tetamu yang tak diundang,,

bismillahirrahmanirrahiim.

whoa. akhir-ii ini kekurangan ideas untuk menaip. disebabkan oleh kesibukan yang melanda *err alasan je tuh*. actually senang cerita disebabkan kemalasan yang tiba.ohoi. =.=

malasnya*



malas. malas itu kedengarannya sedap tapi err, pengaruh sang kemalasan sangat besar sehingga mampu menangguhkan kerja-ii, dan juga mampu membuatkan kita orang yang paling rugi di dunia.


kadang-ii kita terasa seperti hendak tidur sepanjang hari dek lambaian manja si katil empuk dirumah.
kadang-ii serasa ingin 24 jam mengadap komputer, online, dan buat perkara yang tidak berfaedah.


malas ni, efeknya bukan sahaja pada urusan kita didunia, bahkan yang mengefek urusan kita kat akhirat jugak. yela. bila bertangguh, kerja tak siap. kadang-ii malas nak bangun pagi, terlepas solat subuh, hor parok. huhuhu


okai. siapa yang kenal saudara malas, inche futur namanya? tak kenal?

err kejap saya nak cari kad pengenalan inche futur ni.. btw, inche futur ini perlu dijadikan musuh besar dan perlu diperangi hingga titisan darah yang terakhir. oh. gimik.


Futur bererti lemah, malas, berhenti atau terputus setelah dahulunya dia rajin dan konsisten. Di dalam konteks berkebajikan atau amal dakwah, ia adalah sejenis fenomena penyakit yang menimpa seseorang aktivis dalam bentuk rasa malas, menunda, berlambat-lambat dan lebih menyedihkan ialah apabila dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada berbuat sesuatu yang baik setelah dia pernah beriltizam dengannya.



haa. amacam dah kenal inche futur ni?
jom le buat checklist diri kita, kot2 kita terjebak dengan inche futur yang mesra alam ini. kof kof.


okeyh. tidak dapat tidak, sememangnya kita tak dapat lari hatta berlari sampai ke gunung everest sekalipun daripada gejala hensem inche futur ni. tapi tapi tapi, sebagai seorang muslim yang tahuuuu, mengerti, kita perlu menguruskan kehenseman inche futur yang menggoda itu agar selari dengan sunnah Rasulullah.


kehenseman inche futur yang menggoda itu mampu membuatkan sesorang;

i-cuai daripada melaksanakan tanggungjawabnya
ii-gugur dari jalan kebaikan, allahurobbi
iii-mati dalam keadaan futur, nauzubillah


err. series bahaya. kan kan.?

jadi, selain itu, terdapat banyak 'open doors' (baca: faktor) yang membolehkan kehenseman inche futur ini menyerap masuk ke dalam diri kita. cepat cari pensel dan kertas, kalau nak salin buat papan tanda pun boleh. eheh.



1-Terlebih di dalam pergaulan. Rasulullah s.a.w menasihatkan supaya kita memilih kawan sebagaimana sabdaannya yang bemaksud; 
“Seseorang itu mengikut agama temannya kerana itu hendaklah kamu melihat orang yang kamu jadikan teman.” (Hadith riwayat Abu Daud)

2-Berlebih-lebihan atau melampau di dalam beramal
Ramai aktivis muda begitu bersemangat pada mulanya untuk melakukan pelbagai perkara sehingga melupakan anjuran Islam dan kemampuan diri sendiri. Akhirnya apabila fenomena futur menjelma, maka dia menjadi lemah dan bosan. Ada juga di kalangan manusia yang suka dan berlebihan menilai orang lain, namun kemudiannya dia sendiri futur dan menjadi lebih jelek dari orang yang dinilainya.

Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
“Lakukanlah amal sesuai dengan kemampuanmu kerana sesungguhnya Allah tidak merasa bosan sehingga kamu sendiri merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang dilakukan secara berterusan walau pun sedikit. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

3-Berlebih-lebihan dalam perkara yang harus.              
 Satu contoh berlebihan di sini ialah di dalam melayari internet, chatting atau berFB. Apabila berlebihan dengannya, seseorang itu akan ketagihan sehingga banyak masa yang digunakan untuk ‘terbang’ di alam siber. Akibatnya masa untuk berbuat kebaikan menjadi kurang dan dia sering merasa konflik antara dua perkara ini.

4- Suka bersendirian.
Apabila seseorang suka bersendirian, maka dia telah hilang satu sistem pertahanannya daripada syaitan. Syaitan ibarat serigala yang sentiasa mengintai kambing yang terasing dari kumpulannya. Pastinya syaitan akan sentiasa berbisik agar seseorang itu meninggalkan amal kebaikan yang diperjuangkannya. Kita hanya akan mampu berkekalan di dalam kebaikan sekiranya terus bekerja dan hidup di dalam keadaan berjamaah dan bermasyarakat.

5-Kurang mengingati mati.
Antara faktor yang menjadi pemangkin kepada perjuangan ke arah kebaikan ialah dorongan untuk mendapat pahala, rindu dengan syurga, takutkan dosa dan siksa neraka. Amat penting bagi kita untuk terus mendidik diri agar istiqamah di dalam ibadah seperti membaca al Quran, solat subuh berjamaah dan amalan-amalan lain yang  akan mengingatkan kita kepada akhirat dan bukan hanya bercakap mengenai hal ehwal semasa atau politik semata-mata.

6-Enteng dengan perkara syubhat dan berbuat dosa.
Ada orang yang suka mengambil mudah atau enteng memandang dosa-dosa kecil. Lama kelamaan dia tercebur dan berterusan dengannya. Manusia pasti melakukan silap dan dosa tetapi apabila berterusan melakukannya maka ini akan menyebabkan hatinya gelap, dia menjadi futur dan kemudiannya berakhir dengan gugur.

7-Hati yang berpenyakit                           
Ada di kalangan manusia berbuat kebaikan kerana inginkan nama dan populariti, ada yang berbuat demikian untuk mencuri hati gadis yang dicintainya dan pelbagai sebab yang lain. Kegagalan untuk memperbetulkan atau memperbarui niatnya akan menyebabkan dia sukar untuk bertahan lama daripada futur dan terus berundur.

8-Permasalahan dalaman organisasi  
Bermacam-macam faktor yang boleh  menyebabkan konfliks internal. Hanya mereka yang mampu berbesar hati dan berlapang dada serta dengan kebijaksanaan kepimpinan maka permasalahan-permasalahan ini akan dapat diatasi dengan baik.

9-Terlalu asyik dengan kerjaya dan dunianya.
Apabila seseorang telah menjadi terlalu asyik dengan kehidupannya, maka dia boleh tenggelam dengannya dan sukar untuk bangkit melainkan sekiranya dia ikhlas, intim hubungannya dengan Allah swt dan bersegera bangkit setelah dilanda futur.

Mari kita renungi bersama maksud sabdaan Rasulullah saw ini :
Sesungguhnya ada seorang hamba yang beramal dengan amalan ahli syurga menurut apa yang nampak di hadapan manusia, (namun) sebenarnya dia adalah penghunineraka, ada seorang hamba beramal dengan amalan ahli neraka menurut apa yangnampak di hadapan manusia, (namun) sebenarnya dia adalah penghuni syurga. Sesungguhnya amal-amal itu bergantung daripada akhirnya. [Hadith riwayat Bukhari]

actually, kebanyakan informasi dikopi pastakan dari dr zainurrashid,. tengok-tengokkan dan selamat beramal.


-musafir illahi-

sebagai daie xpernah lari dr kehenseman futur, ayuh cuba atasinya bersama-ii

Wednesday 29 May 2013

ohoi aku masuk U!

bismillahirrahmanirrahiim.
alhamdulillah 'ala kulli hal.

sekarang, semua orang (baca: lepasan spm '12) duk sibuk-ii preapare untuk masuk U bahkan, ada yang dah daftar matrik semalam.. tahniah dan takziah. tahniah kerana anda semua berpeluang untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan, dan takziah kerana perlu berpisah dengan keluarga. eheh.

jom la! spe nk pegi angkat tangan tinggi,

saya percaya dan yakin bahawasanya anda-ii semua sangat3 la excited utk masuk U. err. excited dan nervous tahap gaban agaknya. hatta mak bapak adik kakak abang atok nenek turut sama ter'over' xcted jugak. ohoi.

masuk u. osem ker? ahai. actually apabila kita melangkah kaki ke U, kita telah memasuki alam baru.. awas, bukan alam barzakh yerp. gulp.


so, alam baru, all in new. err bukan bermaksud semua barang perlu dibeli yang baru yerp. mksudnya, perubahan yang baru. daripada makan bertanggung, kini harus bayar sendiri. dari yang duduk rumah, harus berdikari di asrama mahupun di rumah sewa.


jadi, r u ready? hahaha. nervous sebenarnya. maklumlah, perlu cuba membawa diri, bahkan bukan mebawaq diri sahaja, malah membawa title sebagai seorang muslim. haaa. amacam tuh? bersediakah anda?? simpan jawaban tuh ketad3 dalam hati yerp. kalau perlu pergi jerit je jawaban tuh kat pantai berdekatan. ohoi.



sukalah saya, untuk kita sama-ii merenung, memuhasabah diri.. sejauh mana taqarrub kita kepada ALLAH?
hoi, soalan maut ni. jap jap, kenapa soal sal taqarrub pulak?


=.= erm,. sebabnya,. dimana2  kita didunia ini, ada masa kita tak selalu bersama sahabt kita. ada masa kita sendiri. berjalan sensorang. makan sendiri. cakap sensorang. aihhh. tapi, taPI, TAPI, setiap detik masa kita jalani, we got ALLAH with us.. always.

.
sooo, tak faham-ii lagi, ofkos la kena kuatkan taqarrub ilallah,. supaya apabila kita dekat dengan ALLAH, kita yakin bahwa ALLAH ada dan melihat kita, ALLAH menjaga setiap derap langkah kita, kita akan berpada-ii dengan perbuatan kita. berwaspada pada hitungan amal kita.. kita nak ALLAH, tapi kita tak mahu dekat dengan ALLAH, apa kes men?


[13:16] Katakanlah: "Siapakah Tuhan langit dan bumi?" Jawabnya: "Allah". Katakanlah: "Maka patutkah kamu mengambil pelindung-pelindungmu dari selain Allah, padahal mereka tidak menguasai kemanfaatan dan tidak (pula) kemudharatan bagi diri mereka sendiri?". Katakanlah: "Adakah sama orang buta dan yang dapat melihat, atau samakah gelap gulita dan terang benderang; apakah mereka menjadikan beberapa sekutu bagi Allah yang dapat menciptakan seperti ciptaan-Nya sehingga kedua ciptaan itu serupa menurut pandangan mereka?" Katakanlah: "Allah adalah Pencipta segala sesuatu dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". ar-ra'd:16


dan lagi...

banyakkan tsaqafah alias ilmu pengetahuan khususnya bab-ii agama kita. ye la,. nanti kalau kalau terjumpa sahabat non muslim atau yang lebih parahnya, muslim tak serupa muslim (baca: islam pada i/c), kita boleh la jugak sumbang menyumbang buat mereka. alala. apa nak kedekut, saham untuk sorga jugak tuh. aisey, sorga yang korang dan aku idam idamkan tuh.. zasss,.

Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu. al-ankabuut:43


err. tak lupe jugak bahawasanya, tsaqafah-ii yang kita dalami itu sebenarnya, bukan untuk orang lain, bahkan untuk diri kita sendiri. takkan tak nak perbaiki diri kan. hihihi. 'faman jahada fainnama yujahidu linafsihi'

ayuh jadi seperti air yang mengalir, membasahi bumi dan menyuburkannya.. jangan jadi seperti air bertakung, lama-ii bboleh menjadi busuk dan kotor. silap-ii haribulan jadi tempat pbiakan nyamuk aedes yg bawa maut pulak! nauzubillahi min zalik.


dan seterusnya,.

hok penting jugak, kuatkan tarbiyah rohani dan jasmani kita untuk menghadapi suasana baru. ye la. selama ni duk asyik berkepit bawah biah dinniyah, tetibe kita masuk dalam satu kawasan yang kita tak pasti biah apa. super osem parah ni.

yang penting, taqarrub ilallah, kerana ALLAH yg menggerakkn hati-ii, jasad-ii bernyawa manusia ini untuk ajak kita ke arah kebaikan. banyakkan melekat di masjid/surau, intai-ii dan terjah majlis-ii ilmu. kita bukan mencari sanjungan manusia, tetapi kita mencari cahaya ALLAH,. hok agung sekali boh.. *senyum meweek*


dan. . .

 actually kalau nak ditulis nota-ii ringkas, info-ii padat nak masuk U, samapai lusa pun mungkin tak habis.. hehehe.. ini kali kita sentuh yang penting dan menyengat dulu, insyaAllah. moga bermanfaat.



p/s: sahabat-ii, keep in touch, biar terputus hubungan, asal masih online dengan ALLAH..
*menulis bukan kerna ak serba tahu, bahkn ak menulis kerna ingin dsmpaikn apa yg ak thu. moga ALLAH reda*

Saturday 18 May 2013

osem mommy~

bismillahirrahmanirrahiim..
alhamdulillah masa punya ruang dan waktu yg dipinjamkan oleh Allah..


setelah melihat dengan mata kepala ku sendiri, atas jasa-ii seorang ibu, sememangnya tidak dapat ditandingi mahupun dibalas hatta dengan emas segunung sekalipun. chewaah. =p


sesibuk mana sang ibu, pasti ada waktu untuk anak kecilnya. sekalipun anak kecilnya telah menjengah usia dewasa, dia tetap menganggap bahawa itu masih anak kecilnya.. aduhaii..


tapi. .
ada sesetengah sang ibu, terlalu sibuk mencari nafkah buat anaknya sehingga terlupa akan anak kecilnya yang memerlukan belaian kasih darinya.. kesian bukan?


betapa ALLAH itu maha bijaksana, menjadikan sifat penyayang seorang ibu itu yang sangat kental sehingga dengan sifat penyayang itu, sang ibu boleh menjadi pelindung buat anaknya..


inche google


bahkan Tuan Empunya sang ibu itu, memiliki sifat penyayang yang begitu gah dan maha hebat lagi untuk kita. *arRahman*

ALLAH itu maha penyayang, menghadiahkan kita seorang ibu yang penyayang,. allahu allah..


err. post ini tidak berkaitan dengan sambutan hari ibu pom yerp. hehehe



juz. . .  waanna to say. .

hargailah yang ada didepan mata, buka mata untuk melihat nikmatNYA, kalau tak nampak jugak boleh guna kanta pembesar. eheh.


sekiranya kita melihat dan asyik berduka dengan musibah yang menimpa kita, u got nothing.
sebaliknya jika kita melihat nikmatNYA yang tak terhingga, bahkan jika kita melihat ada nikmat di sebalik musibah, yes, u got it. ;)


p/s: we got what we need not what we want. senyum senget.



' la'in syakartum la 'azidan nakum. wa la'in kafartum inna 'azabi la syadiid'

'wa qalilan ma tashkuruun'


Monday 6 May 2013

siramkan air diatas api itu

bismillahirrahmanirrahiim. alhamdulillah. summa alhamdulillah.
syukur ya Allah, atas nikmat yang tidak terhingga sehingga kini..


PRU berlalu. semalam kami tidur dengan perasaan sebal dihati. bukan kerana parti yang kami sokong menang atau kalah, bukan kerana kami takut kami tidak dapat memerintah.


kami sebal atas apa yang berlaku.
mengapa begitu banyak kekeliruan yang telah terbongkar?
siapakah dalang disebaliknya?


masakan tiada angin pokok bergoyang.
masakan tiada yang membuat gara-ii, khabar angin tersebar.


'aku ingin tempat yang sejahtera dan iklim beragama untuk bakal anak cucuku nanti. aku mahu persekitaran yang mampu membentuk mereka menjadi generasi berjiwa soleh dan solehah. kerana aku tahu, itulah saham yang akan membawa aku ke syurga. bukan aku menolak pembangunan, aku bahkan mahu dengan yang bernama pembangunan, tapi disamping itu pengisian dalam pembangunan itulah aku mahu yang terbaik serba serbi. bukan yang korupsi, bukan yang menjauhi sunnah nabi.' -rintihan jiwa anonymous-


berjuang itu tidak mudah, penuh kechiwa dan gundah, kerna akhir perjuangan itu sangat indah, ganjarannya al-jannah, insyaALLAH,. ;)


#BANGKIT!

*macam mana kita mampu bertahan dengan ujian selepas kemenangan andai kita belum merasai pahitnya kekalahan* ;')

~hasbunallahu nikmal wakiil, nikmal maula, wa nikman nasiir~

Thursday 2 May 2013

yeayea.. da dekatt?

bismillahirrahmanirrahiim. menghitung hari. dekat dah.
pilihan raya umum a.k.a PRU yg ke-13 bakal berlangsung lebih kurang tambah tolak dalam 3 hari lagi. jenjengjengg. apakah undi anda? syhh. undi adalah rahisa. kikiki.

bulan mei, banyak perkara yang bakal berlaku. pilihan raya, kemasukan ke universiti, peralihan zaman persekolahan, tempuhi hidup baru di uni, and many moore. senang cite, memang banyak perubahan yg bakal berlaku. especially untuk  lepasan spm 2012 le..


so, apa persediaan korang nak tempuhi alam baru? jom buat checklist ea..
-mentally (set mind yg positif-ii, teguhkan akidah, banyakkan doa)
-physically ( kesihatan, barang-ii yg diperlukan perlu diget readykn)

mesti banyak kos yang diperlukan, macam yuran pengajian, kos nak beli barang keperluan, almaklumlah, first time nak masuk uni. mesti xcted. eheh.


tiap-ii hari mesti berangan-ii dekat tingkap sebelah dapur, macam mana kehidupan kat uni. hehehe. buat yang   dah pernah duduk asrama tu, mungkin dah agak ready. tapi kalau yang tidak pernah duduk asrama, u might having 'homesick'. hihihihi..

pendek kata, siapa yang xcted sangat-ii nak masuk uni nih, cuba angkat tangan. eheh. lupe pulak ni blog, jadi takdelah yg balasnya kan kan. (:

miss kiah: penulis, kau okayy ke tak nih?
jangan risau miss kiah. i'm okayy. hohoi.


PERSIAPAN.

kenapa ditulis huruf besar, siap underline lagii? macam la chantekk sangat tulisan tuh. ^^"
okayy ladies and gentlemen. sebenarnya, kita perlu membuat persiapan. untuk apa? ye la. untuk hidupp.


nak kahwin = buat persiapan
nak exam = buat persiapan
nak bersalin pun =buat persiapan
nak masuk uni = buat persiapan
nak PRU = buat persiapan


hatta, dari sekecil-ii kuman sampai sebesar-ii alam, setiap perkara yang kita buat perlu ada persiapan. (:
psssst.. nak mati pun,, kita buat persiapan jugakk kan..

muhasabah bersama: untuk hidup di dunia, kita buat persiapan. untuk hidup di akhirat? ohoi. pakat jawab dalam hati semua yerp. sejauh mana kita menjadikan dunia ini sebagai ladang, untuk kita tuai hasilnya di akhirat? sebanyak mana kita berbakti kpd ibubapa, sekental mana kita menjaga mulut kita, hati kita, tingkah laku kita, sebagai seorang yang berIMAN.


adakah pada hari ini kita mengharapkan, dapat duduk bersama-ii ahli keluarga kita, lepak bersama sahabat-ii di sorga nanti? atau kita merasa, biarkan orang lain itu, aku sorang nak masuk sorga. macam mana kita??
*pengsan*

agak-ii nya kalau ana tanya anda semua, adakah anda semua bersedia? bersedia kah untuk mati? ana sendiri masih terkial-ii mencari jawapannya. adakah kita bersedia? cukupkah amal kita?  ada tempatkah untuk kita disorga??


minah: i tak ready lagi la u. i nak enjoy dulu. alaa. nanti-ii la i duduk melekat kat tikar sejadah tuu.
mamat: huk aloh. aku x abes lagi nok round-ii dunia. aku nak pergi jerman, tokyo, korea, london. jadii aku tak de masa la nak ingat mati ni. aku masih muda bro. rilek la. dah tua nnti aku taubat laa.


agaknya kita berani tak nak jawab cenggini time malaikat izrail nak ambil nyawa kita? allahurobbi. =.=
jangan kita termasuk dalam golongan yg menyesal di akhirat kelak sebagaimana dirakamkan oleh ALLAH, dalam kitab teragung, surah as-sajadah:12,


'dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat orang-ii yg berdosa itu menundukkan kepalanya dihadapan Tuhannya, (mereka berkata), "ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlh kami ( ke dunia), niscaya kami akan mngerjakan kebajikan.sungguh, kami adalah orang-ii yg yakin.'


bak kata orang ganu, baru nok nyesal. dulu dok sibok ngat, bile mati tak kembali, baru nyesal dok sudoh. 
kalau didunia ini menyesal, masih ada ruang dan waktu. pintu taubat itu dibuka seluas-luasnya buat kita. tapi di akhirat, seribu kali nyesal pom tak berguna lagi. manfaatkan setiap detik. astaghfirullahal'aziim.

manusia itu tak lari dari buat kesilapan, tapi yang menjadikan manusia itu istimewa ialah manusia yang bertaubat dari kesilapannya..


ayuh sahabat, tingkatkan persediaan kita untuk mengharungi hidup di akhirat sana, yang kekal abdan abada. insya ALLAH.

jadi, atas perkongsian yang serba ringkas ini, marilah kita sama-ii merenung diri, sejauh mana kita sebagai abdi illahi, sebagai khalifah di bumi dan sebagai khairu ummah yang menyuruf kpd makruf dan mencegah kpd kemungkaran. wallahu'alam.

-----------------------------------------------------------------------------

p/s: ana ingin bersama-sama kalian di sorga. ana xlayak, ana mahu melayakkan diri., bantu ana ya sahabat... ;')
p/ss: banyakkan doa :)


blog bersawang, ada hantu kerr?

bismillahirrahmanirrahiim. kental jari. tergeliat sebab lama sangat membiarkan laman ini berhabuk. ohoi.

hidup ini mudahnya, banyak 'takut'.

kita takut, kalau kita tak de harta.
kita takut, kalau kita tak chantek.
kita takut, kalau kita tak dapat masuk U..
banyak yang kita takutkan kan?
*some peoples scares at ghost*  hua3..


miss kiah: apasal penulis ni? mesti dia ingat dia berani sangat lettew. eheh.

actually miss kiah, mana ada. ana pun takut jugakk.. tapi.. takut tu mestilah 'bertempat'.. hihihi.. ops, bukan maksudnya kena letak takut tu dalam inche google maps pulak yerp *_*


takut bertempat? acamner tuh?

salurkan rasa takut kita kepada yang selayaknya. contoh, rasa takut kepada ALLAH,. takut untuk bermaksiat di bumi ALLAH. takut untuk melakukan hal-ii yang dilarang sama sekali oleh ALLAH,.

mengapa berkisar kepada ALLAH rasa takut itu?
kerana hanya DIA yang selayaknya menerima rasa takut itu drp kita.


ALLAH yang cipta kita, bagi kita kehidupan, nikmat, HE is everything for us. ALLAH tanpa kita, tidak mengurangi apa-ii pun kebesaranNya,. kita tanpa ALLAH, is nothing. macam debu-ii yang berterbangan bahkan lebih teruk lagi kerana debu-ii itu makhluk ALLAH, taat dan patuh kpd ALLAH..sedangkan manusia, diberi nikmat akal yang sempurna pun dengan penuh eksyen dan beraninya, menderhakai ALLAH,. nauzubillahimin zalik.


jom kita menung sejenak..
sediakan beg kertas, takut-ii anda termuntah gajah dengan gegaran lapan point enam scala richter ini. uhuk.

hari ini, berapa ramai golongan-ii muda yang solatnya berjemaah di masjid?
berapa ramai dalam kalangan kita yang pergi membeli-belah di shopping mall berbanding pergi kuliah agama?
dan hari ini juga, berapa ramai di kalangan kita yang menutup aurat secara sempurna?
dan hari hari ini jugakk, semampu manakah kita menjaga telinga, mulut, hati kita dari bermaksiat kepada Allah? allahurobbi.
bahkan, kalau di tulis semua ini sumpah sampai jumaat depan pun tak siap lagi. ngeee.


macam mana agaknya tersampai dasar sehingga dengan beraninya kita pada hari ini, mendedahkan aurat, tidak solat, seumpama kita ini duduk bukan dalam lingkungan masyarakat islam?! allahurobbi.


apabila takut itu tidak bertempat. kerana takut dikatakan buta fesyen, sanggup melanggar syariat menutup aurat. kerana takut dikatakn kolot, sanggup mendekati zina dengan berkapel..

'seseungguhnya orang-ii yg takut kepada Tuhannya yg tidak terlihat oleh mereka, mereka memperoleh ampunan dan pahala yg besar' almulk:12


ampunan dan pahala yang besar. siapa yang tak mahu??

miss kiah: ala penulis, nobody perfect la~
cik kiah oiii, yela tapi kita perlu berusah ke arah perfect tu! gedebush. lebam mata.


mungkin mungkin dan mungkin bahawasanya mereka-ii itu tidak mengetahui dan menyedari soal ajaran islam itu sendiri. islam yang disekularismekan. islam yang digantung di pagar-ii masjid sahaja. allahu allah.
jdi anda, yang sedang menbaca (sila terasa) menjadi tanggungjawab ita semua untuk menyedarkan mereka-ii ini soal islam yang syumul.

macam mana nak sedarkan orang kalau kita sendiri pun takda ilmu?
aiseyman, ilmu itu butuh dicari, bukannya datang menyembah kaki. =.=


Allah menilai usaha kita bukan hasilnya >.<

mamat : ala aku dah penat buat benda-ii baik ni. bukan orang tengok pun. haduiih
akak baju merah: i tak nak join benda-ii cam ni, i busy tauu.


aduhai adik kakak abang pakcik makcik terchenta, berputus asa nak masuk ke sorga ka?
jangan sampai saat ketika kita dihisab nanti, ALLAH memberitahu kita, bahawa ALLAH terlalu busy untuk menempatkan kita di sorga. *hidung berdarah*.

ayuh, susun tangga untuk ke sorga!

jangan khuatir, jalan ini memang susah. tapi kitakan.... ada ALLAH :')

'wahai orang-ii yg beriman! jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akn menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu'  -muhammad:7-


btw, untuk melalui jalan ini perlu berkenalan dengan 'inspector' tarbiyah,. tarbiyah disalurkan melalui bulatan gumbira, aktiviti bersama, untuk memantapkan pegangan akidah, agar tak mudah lelah. agar tak mudah terpisah. bukankah kambing yg sendirian itu lebih mudah dibaham serigala? =.=
maaf. bukan memaksudkan anda ialah kambing. sekadar analogi puitis. ^^"

. . .


Thursday 11 April 2013

asyik-ii masuk mesej je..

bismillahirrahmanirrahiim.

ti tittt.. 1 new message:
as salam. wahai akh yg dirahmati, esok akan ada bulatan gumbira dekat rumah ana area ampang. sila la hadir dan maklumkn kehadiran enta yep. jzkk.

alamak bro ni. asyik-ii hantar mesej pasai bulatan gumbira la, keliling kota (baca: rehlah) la, jaulah la. macam-ii program. apa bro ni ingat aku otomen ke nak bergerak situ sana sini selalu? aiseyman. huh?!
dah lettew,setiap kali hari isnin dengan khamis mesti ajak aku puase same-ii. bukan nya bro ni xthu hari isnin ngan khamis tuh ad pasar malam kt rumah aku..

----------------------------------------------------------


pernah alami? haa. cmtuh la peel generasi awal yg baru nak mngenal selok belok bulatan gumbira ni. eheh. sebahagian shja ye, bukan semua cm tuh. hehe. pada stage ni, naqib/ah perlu memainkan peranan (take the duty) utk menarik minat ahli-ii bulatan gumbira dengan pelbagai skill yang korang ada. tunjuklah skill otomen ke, kluangmen ke hatta powerpuff girls pun xpe. eheh. asal ikut syariat yerp. yang paling penting lagi kena berHIKMAH. *pengsan*

bercakap soal hikmah, ecece, macam lah pro sangat ^^"


Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
(Al-Nahl 16:125) |



apabila kalamullah jadi pedoman. eheh. rasanya dah tak tersirat pun ayat ni, dah straight to the point kan.
menurut jumhur ulama', hikmah ni lebih kepada tindakan yang tepat pada masa dan ketikanya demi mempertahankan kebenaran serta menidakkan kebatilan.


namun, ramai yg menyangka, hikmah ni maksudnya wajib lemah lembut. kan? kan?
sebenarnya, bukan wajib lemah lembut tapi yang pasti wajibnya keberkesanan tindakan tuh.
hikmah=mesti berkesan.

misalnya jikalau kita nak menegur orang kn, ada orang boleh ditegur dengan cara lemah lembut, ada yang kena tegur tahap raksasa gorgon baru berubah,. berbeza mengikut diri manusia. kan kita ni lain-ii,. *senyum senget*

jadinya, maafkan andai ana tidak soft tongue from teeth (baca: lembut lidah) ketika menegur, menulis, menaip n etc.. semoga semua teguran dan tindakan kita berhikmah yerp.
bersyukurlah andai ditegur, ditarbiyah,. says alhamdulillah. masih ada yg care pasal kite,. hehe,.

sumber: tumblr



teringat pula kisah sahabat nabi yang dilantik menjadi murabbi, naqib, penyeru kepada masyarakat madinah sebelom Rasulullah berhijrah ke madinah. cuba teka siapakh insan bertuah itu??


jengjengjeng,. teruskan meneka yerp. sekurang-iinya  korang akan berusaha untuk cari siapakah gerangan sahabat itu,. *_*
diriwayatkn bahawa, hampir setiap rumah di madinah itu diketuknya untuk menyebarkan ajaran islam. memang betul2 superb la. kalau kita camna agaknya yerp. nak pergi ketuk sebuah rumah pun duk fikir dekat dua jam. tu tak ajak pergi berperang lagi. uhukuhuk. *nanges*


jika kita selami balik sirah-ii Rasulullah, kenapa agaknya para sahabat ini berjuang bermati-matian, bergadai nyawa, demi mempertahankan aqidah yg benar ini.?
jawabnya kerana tarbiyyah itu sendiri.
tarbiyyah mengajar kita erti hidup, mengapa kenapa bagaimana.
bukan hanya secara penerangan semata-mata bahkan secara praktika jua. *kenyit mata*


untuk mendapat tarbiyah, perlu bersedia ditarbiyah, perlu dalami bulatan gumbira, perlu banyak mujahadah, yang paling penting perlu buka hati untuk ditarbiyah, beruntunglah mereka, yang ditarbiyyah sempurna.


sebenarnya, ada kaitan tak hikmah dengan tarbiyyah? eheh. mcm xde je. huhuhu. actually, in my opinion, untuk berhikmah itu skillsnya perlu melalui tarbiyah.kita belajar untuk jadi tough, utk lebih bijaks dalm menegur,.eh betul ke? amcam ni? kalau mahu diskusi, ruang komen ana sentiasa terbuka, ^_^



pen off. ilalliqo'. btw, nak tahu siapakah sahabat bertuah itu? (our hero)


Tuesday 9 April 2013

anda saya kamu awak ohsem? menakjubkan?

bismillahirrahmanirrahiim,.

saat ni ana nk bawak korang semua melalui mesin masa. ok. ketatkn tali pinggang korang n baca doa banyak2. tarik nafas, ucapkanlah 'auzubillahiminassyaitonirrajiim', semoga syaitan-ii yg berkeliaran berpangku dan parking kt badan kita semua terkinja-ii melarikan diri. dah berguling bergolek semuanya. eheh. siap masuk longkang lagi tuh. woow.

pejam mata.fuhh.bismillah.ayo kembali ke angkasa. eheh. oke.dah mengarut.


'ting-tong. perhatian kepada semua penumpang pesawat airline XX, sebentar lagi kita akan sampai ke destinasi,.. yaitu kembali kira-ii 1400 tahun yg lalu'  hooyeah!

*kredit tumblr*



-----------------------------------------------

situasi: Rasulullah dan para sahabat,.

bertanya rasulullah kepada sahabat, "siapakah yg paling menakjubkan imannya?"


"para malaikat", jawab sahabat.

"tentu sahaja keimanan para malaikat dikagumi kerana mereka paling hampir dengan ALLAH" jelas Rasulullah menyatakan jawapan sahabat kurang tepat.

para sahabat terdiam seketika. kemudian mereka menjawab lagi, "para nabi"

"tentu sahaja para nabi itu hebat imannya, bukankah wahyu diturunkan kepada mereka?" baginda mempersoalkan jawapan sahabat.

"mungkin kami (para sahabat nabi)" celah seorang sahabat.

"masakan tidak sedangkan kamu berada bersamaku" pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya.

"jika begitu hanya ALLAH & Rasulnya yg lebih mengetahui" jawab seorang sahabat lagi, mengakui jawapan mereka tidak menepati kehendak Rasulullah.

"kalau kamu ingin tahu siapa mereka, mereka ialah umatku yang hidup selepasku. mereka membenarkan kandungan al-quran dan beriman (melaksanakan) semua isi kandungannya (berjihad dengan harta dan nyawa). merekalah orang yg paling menakjubkan imannya" jelas Rasulullah s.a.w

[riwayat al-bazzar]

---------------------------


amacam? terpesona, tergoda? allahu rabbi.
 mampukah kita. sedarkah kita. adakah kita begitu. tanya diri dan kenang-kenangkn yerp..


#note to me & u, who read this.. jom jadi osemm,.!