Wednesday 23 July 2014

suatu malam sambungan. huff

salam alaik,
after the disscussion, alhamdulilah. ok sambung balik.


selepas kejadian tu, si hamba Allah ni terfikir balik..
rupa rupanya,
ada sesuatu yang masih tak sempurna,
ada sesuatu yang tak lengkap,
perlakuan dia masih tak cukup baik sebenarnya,
tingkah laku dia tak menggambarkan dia muslim sepenuhnya,
akhlak dia tak sempurna sebenarnya. Allah !


selama ini, dia fikir, dengan bertudung labuh,berstokin, berjubah,
dia telah menepati 'akhlak baik' tersebut.
tetapi tidak.
sesekali tidak.
memang dia muslimah yang tidak sempurna.
namun sejauh mana dia cuba mencapai tahap kesempurnaan itu ?


terduduk dia memikirkan perkara tersebut.
berjuraian air mata.
sayu hati,
betapa selama ini dia hanya bertopengkan kepura-puraan.
segalanya tidak realistik !


dia menyeru kepada kebaikan untuk orang lain,
tetapi dia melupakan dirinya sendiri,
kalam Allah menusuk tajam hatinya,



"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"



dia merasakan kata-kata Allah itu tepat, ditujukan kepadanya. mendalam.



sampai di bilik, lantas dia membuka lembaran Quran.
cuba menenangkan hati dengan alunan indah itu,
cuba berinteraksi dengan Allah melalui al Quran.



----------------
sejam kemudian. (^^,)



dia tenang.
damai dengan bicara Illahi.
memutuskan untuk beristikharah dengan cinta hatinya,
cinta yang lebih agung daripada mana-mana cinta yang pernah wujud,
cinta sang pencipta .


~tamat~
-------------------


cerita yang ringkas dan padat. yang penting, tidak berkaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. eheh. :3


main point nak sentuh sini, berkaitan AKHLAK.


bunyi macam senang kan, 6 aksara je pun, tapi ia melambangkan siapa kita.
*sigh*


Rasulullah S.A.W sendiri diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.Sesungguhnya akhlak rasulullah itu adalah al Quran. kita tak mampu untuk bersama Rasulullah pada hari ini, tapi betapa  hatta sayangnya Allah pada kita, Allah kekalkan al Quran itu bersama kita hatta Rasulullah tiada bersama kita.


i'm not a good person, seriously, aku sendiri masih nak belajar.
apa yang aku pegang, kongsilah apa sahaja yang kita tahu, hatta kita sendiri masih nak belajar sebab apabila kita nak tunggu pandai baru nak ajar orang, alamatnya macam tunggu musang berjanggut la. :3


hidup ni singkat dan sekejap. sebabnya hidup ni umpama rumah persinggahan je.
kita datang dan kemudia pergi, dan yang paling penting, kita tak bawa semua barang daripada rumah persinggahan, tapi kita hanya bawa kita punya bekalan.


begitu juga kalau nak balik ke kampung akhirat kelak, kita ni tak bawa apa-apa bekal melainkan hanya amalan dan taqwa kita kepada Allah. andai kata di sana nanti, amal-amal kita hanya umpama habaan mansura, maka merugilah kita selamanya sebab kita tidak akan mampu untuk pulang ke dunia kembali. nauzubillai min dzalik..








sementara masih ada waktu,
beramallah.


sementara masih punya ruang,
berbekallah.


kerana hidup ini singkatnya,
umpama kerlipan mata sahaja,
dan seakan esok sudah tiada bagimu.


-musafir-


habaan mansura = debu-debu berterbangan




Tuesday 22 July 2014

suatu malam.

salam alaik.
hi semua. anyeong.
perkara peliks pasal blogging ialah, apabila sudah start buat satu post, akan teras nak post lagi. huhuhu.

mode : tengah tunggu discussion. T_T

bloggers,
*entah ade ke tidakk nie*
tadi berlaku suatu perkara dekat hamba Allah nie yang menyebabkan terasa nak kongsi kat sini.

kisahnya bermula begini..
seorang hamba Allah nie tengah cube try nak menggayakan purdah..
tetibe datang seorang bestfriend nye dan berkata,
 ' wow, kau pakai purdah nampak ayu dan terjaga sket. memang patut kau pakai, boleh cover attitude kau.'

dan arakian nya,
terkejut monyet la si pemakai tu. sambil dalam hatinya berkata,
' agaknya teruk sangat attitude aku selama ini, sampaikan best friend aku cakap cenggitu T.T'
* dengan sedihnya dia bermonolog. hukhukhuk*

the end.

haha. ahli group yang lain da sampai. to be continued..

ramadan.. may it last ? T_T

salam alaik,

huhuhu. its near to eid fitri.
dah semakin dekat nak raye. T_T
dan ramadan semakin meninggalkan kita.
 lah Allah.
akhir-ii nie asaimeng + ghoje banyak sangat, rasa macam lack of energy jer. dan rasa macam taknak tido je berhari-ii. gosh.
tapi tapi tapi. Allah itu maha penyayang sangat dekat hambaNya. buktinya, kadang-ii sambil buat kerja pun sempat lagi terlelap. hihihi.

oh ye. sekarang ramadan dah nak pergi tinggalkan kita. dan suatu yang tidak pasti, masih sempatkah kita untuk ramadan yang seterusnya ? :(

may Allah ease semua ya.
moga-ii dapat jugak manfaat yang sedikit daripada blog yang entah papenie.

currently in mode of making short stories. may Allah ease. mohon doa ya semua. :)

salam ramadan yang penuh barakah. Allahu Akram. :]



rindu my heroes !!! 


Thursday 10 July 2014

perasaan itu.

Langit Gaza kembali kelam ,
dipenuhi asap bergumpalan ,
syahid bagimu wahai pejuang ,
berbahagialah engkau di sisi tuhan..