Wednesday 27 February 2013

sunnah berjuang

bismillahirrahmanirrahiim.
 terpesona melihat kehidupan alam yg teratur. cuaca cerah dan agak mendung. burung2 berkicauan, terbang, melabuhkan sayap di lopak air dan membersihkan dirinya. angin bertiup manja. indah rasanya. bersastera sebentar. kejap. ini bukan cubaan ini betul betull. senyuuum
credit:inche google


berjuang. ramai orang berjuang dalam hidup yg sementara ini kan. si ketua keluarga berjuang mencari sesuap nasi buat anak2 dan isteri. si ibu berjuang menyediakan hidangan, kelengkapan yg terbekk buat suami dan anak2. anak2 pula berjuang, belajar dn bekerja bersungguh2 demi membanggakan ibubapa. setiap orang mempunyai jalan juangnya yang tersendiri. setuju? :D

bahkan bukan setakat manusia, makhluk lain turut berjuang dalam dunia mereka. haiwan berjuang, untuk mencari makana, tempat tinggal, pasangan hidup. tumbuh-tumbuhan juga berjuang mendptkn cahaya matahari, air, udara. alamak. masuk siri national geografic le pulak. >.<

jadi, salahkah andai kita sebut disini bahawa berjuang itu fitrah?
lebih kukuh lagi bahawa berjuang itu adalah sunnah. kenapa.xpercaya. angkat kening

ingatkah kita sirah zaman Rasulullah dahulu, sirah2 perjuangan Rasulullah. berjuang untuk menegakkan akidah yg sebenar-benarnya. ke arah pengabdian semata-mata kepada yg Ahad,.
beberapa siri perjuangan Rasulullah, peperangan yg berlaku, semata-mata untuk menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi dan melaksanakan al-amru bil ma'ruf wa nahyi anil mungkar (menyeru kpd kebaikan & mencegah kpd kemungkran),.

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(Al-Nahl 16:36) 


justeru, wahai saudara/ri yg beriman, sejauh mana juang kita menuju ALLAH. ke arah mengikuti sunnah Rasulullah. melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar.
benar. kita berjuang utk hidup ini. makanya dalam berjuang itu seharusnya sewajarnya semestinye kita meletakkan matlamat juang kita lillahi taala.

namun, jangan kekurangan diri kita dijadikan asbab untuk tidak turut sama berjuang fi sabilillah. kerana sememangnya kita ini tidak sempurna. jika hendak menunggu diri layak utk mperjuangkan agam ALLAH, jawabnya sampai ke sudah kita tak berjuang. betul tak. tak yah nak nafi2 lagi le. gelakjahat

mengapa kita perlu berjuang?

islam datang sempurna sampainya kepada kita pada hari ini kerana apa? kerana perjuangan itulah.
perjuangan Rasulullah dan para sahabatnya beribu2 tahun yg lampau. andai kata Rasulullah dahulu tidak mahu berjuang, pastinya agama islam tidak akan sampai kepada kita pada hari ini.

dan kemudian, apabila kita sudah merasakan nikmatnya islam ini, kita hendak simpan sensorang?? dush.amek kau kedekut sangat.kita pula yg perlu meneruskan susur perjuangan Rasulullah itu. sampai bila. sampailah ke hujung hayat bahkan perjuangan yg kita terapkan kpd pewaris2 kita akan berkekalan hingga ke Yaumul Hisab. insya ALLAH. sedarkan diri anda, kalau perlu. siram dengan air. hehe. kitalah mata rantai perjuangan islam. yg bergerak, bergerak, dan akan terus bergerak. samada menang dalam islam (mujahid), atau mati dalam perjuangan (syahid). itulah cita2 tertinggi. syahid fi sabilillah.

"dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki;

(dan juga) mereka bersukacita Dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) Yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira Dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam Yang sedang berjuang), Yang masih tinggal di belakang, Yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.


171. mereka bergembira Dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), Bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Yang beriman". 

AALI IMRAN=169-171

ayuhlah sahabat kita turun berjuang. utk menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi ini. kerana itulah yg
selayaknya dilaksanakn. salam perjuangan.





ukhuwah kimia

bismillahirrahmanirrahiim.. alhamdulillahi rabbil 'alamiin.
pernah tak rasa nak mesej kawan kita, n then tetibe je mesej kawan kita ni masuk inbox kita?
ajaib.kan. macam ada ikatan yg x nampak.garu kepala. kimia silibus SPM la pulak. lebih mesra kita panggil Chemistry kn. doubledeckersmile.



sejak ada kemudahan ber'internet' ni., laptop kecik ni dah jadi macam best frend nombor 2 pulak. (best frend nom 1 mestilah yg ukhuwah fillah ea) >.<
alkisahnya, tengah mengalamun dalam dunia maya.erk., terpandang televisyen sedabang di depan mata yg menayangkan siaran Reflections oleh Imam Suhaib Webb, dkt saluran al-Hijrah.

tajuk yg simpe.menarik.agak produktif, actually mgkin sngt produktif. pasal ukhuwah. ye. ukhuwah. haa? x jelas k.. emm,. ukhuwah ni persaudaraan..senyum simpul
yess. persaudaraan. antara awak dan saya. eh. ye la. persaudaraan tuh bukan dengan adik beradik je tau. kite juga umpama adik beradik biarpun, mak bapak kita tak sama. tpi nenek moyang kita sama. jgn lupe tuh. kita berasal dari keturunan Nabi Adam & isterinya Hawa. :)


A010
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
[alhujuurat:10]

 ikwah (brsaudara) disini merangkumi : bersama ketika SUKA & DUKA.
mudah kan. ala~senang nya nk bersaudara. erk
sebenarnya, susah. agak susah. senyuum

nak berukhuwah, perlu tahu perihal dirinya, kesukaannya, kebenciannya, paling koman, mesti tahu segala-galanya tentang dia. kerana apa? kerana kita hendak menjalankan ukhuwah fillah, ukhuwah kerana ALLAH
ukhuwah yg pengakhirannye untuk ALLAH, kembali kpd ALLAH, ukhuwah yg dinilai oleh ALLAH. masakan ukhuwah itu harus biasa2 sahaja? cukupkah sekadar bertanya khabar tanpa pengisian rohaniah bt saudara kita agar diri sama2 terislah menuju jannah,.

dalam ayat yang sama, ALLAH kisahkan pula mengenai kewajipan mendamaikan 2 orang yg bertelingkah,. penggunaan huruf ف yg pada awal pkataan itu membawa erti perlu dilakukan segera!. soalannya mengapa ALLAH menyebut 'fa ashhlihu bai na akhowaikum'? mengapa tidak ALLAH katakan sahaja 'fa ashhlihu bai na kum'? mengapa ALLAH mengulang perkataan ikhwah itu??

bukan mahu mempersoalkan mukjizat agung itu. mahu kita mengambil ibrah dari segi balagahnya. ^_^
kerana ianya menunjukkan penegasan. 1 taukid. mengenai ukhuwah. mengenai kepentingan ukhuwah itu sendiri.

ayuh,tingkatkn ukhuwah utk mgapai mardhotillah.pandang kanan pandang kiri.xde org.jom senyum sensorang. #senyum itu sedekah#


Tuesday 26 February 2013

sedar atau tidak

bismillahirrahmanirrahiim.
tengok jam. sebut dlm hati, sempat lagi mengpost walau diganggu si kurus ni.senyum.
entah mgapa hari ini si kurus ini begitu seronok mganggu keasyikan di alam maya.

ghazwah. perang.. neuron otak sambung menyambung,cube menterjemahkan data. double smile. subhanallah

kredit: inche google

terbayang saudara2 yg gigih berjuang menentang golongan kuffar. palestin berdarah, syiria bergolak. tersentuh. cemburu dgn kemuliaan yg ALLAH berikan kepada mereka..

kerana mereka mengerti susah, mereka tidak ingin kesenangan.
kerana kita dihiasi kesenangan, kita takut utk susah. ^^"

betapa jauh mereka dan kita.
penderitaan yg mereka alami xkn sama dgn kita.


namun, mereka bertuah. beruntung. bahkan sangat2 beruntung.

mereka diserang secara fizikal. terlihat dek mata kasar. kita juga hakikatnya diserang. diserang oleh cara pemikiran. ghazwatul fikr.

kita, umat islam di sini, dilalaikan dengan kesenangan.
hiburan.
dunia tanpa sempadan.


benar, sebenarnya ini adalah kemudahan. suatu nikmat. namun, nikmat ini berbahaya apabila disalah gunakan.

ada facebook, digunakan utk kemaksiatan.
ada twitter, digunakan utk iklankan dosa.

nikmat makan misalnya. ALLAH memberi kita nikmat utk makan. jika nikmat itu disalah gunakan contohnya dengan makan dalam kadar yg berlebihan, hasilnya = mendapat penyakit.. betol tak?

nikmat itu tidak salah. cara nikmat itu digunakan salah @ sebaliknya,.


A013
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
(Ar-Rahmaan 55:13

hargai nikmat, guna nikmat,maka bersyukurlah selalu :')




Monday 25 February 2013

paksaan menuju keikhlasan

bismillahirrahmanirrahiim,.
pernahkan anda rasa dipaksa? pernah. justeru apa yg anda rasa. pastinya sakit & sukar utk mlakukan sesuatu dgn paksaan kn? double smile

so macam mana anda belajar solat? jika sejak lahir sememangnya anda sudah pndai solat dn tidak perlu dipaksa oleh ibubapa anda maka anda ialah org yg hebat.! org yg hebat jarang2 dijumpai kan,.hehe.. jdi, mgikut kebiasaannya kita sememangnya akan dipaksa utk solat kn? setelah dipaksa secara berterusan, kita akan merasa biasa utk solat. hasilnya, kita akan solat tanpa dipaksa.

ngee,. apa yg kau menceceh ni?

nak bgitaunyer kt sini, nak datangkan kebiasaan kpd sesuatu perkara tuh perlukan paksaan. setuju? kalau x setuju sila teruskn pembacaan anda =.=

jadi manusia ni perlu dipaksa utk mlakukan sesuatu,. contohnya seorang tabien memaksa dirinya utk bangun solat malam selama 20 tahun pertama,. hasilnya, pada 20 tahun berikutnya, tabien tersebut bangun mengerjakan solat malam tanpa perlu dipaksa.mknenya, beliau bangun solat malam selama 40 tahun berturut2. wow.! credit to sini

setelah menjadi kebiasaan, hilanglah kemalasan tuh,. konklusinye,: nak buat kebaikan ni perlu dipaksa terlebih dahulu dan insya ALLAH keikhlasan tuh akn menyusul! double triple senyumm

joOm check sirah ~
sewaktu kedatangan malaikat jibril membawa wahyu yg pertama,.
Rasulullah disuruh oleh malaikat jibril supaya membaca. berulang kali disuruh menbaca sekalipun Rasulullah menjawab 'aku tidak tahu membaca'

lantas di ajarkn malaikat jibril kpd rasulullah wahyu yang pertama,.


"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia (Allah) mencipta manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Rabb engkau itu amat mulia. Yang mengajar dengan pena. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." 
[al-'Alaq, 96:1-5]


suatu suruhan. lebih berbentuk paksaan kpd rasulullah supaya membaca. nah, sirah yg berulang2 di ceritakan di hadapan kita,. yg sudah kita hadam jalan ceritanya. hatta jikalau disuruh menceritakan kembali sirah ini pasti semudah memetik jari..

cerita tentang paksaan ini sudah ada beribu tahun yg lalu, bahkan berlaku kpd junjungan yg mulia,. jadi, siapakah kita utk menidakkn paksaan ke arah kebaikan?

mata merah. pipi basah. ayuhlah. paksa dirimu kpd kebaikan,.

beruntunglah kpd sesiapa yg dikurniakan chenta kpd kbaikan,. tidak perlu di paksa,. namun, buat si futur ini, chenta itu perlu dipaksa, disemai, dn dipacakkan dalam nurani,.


mungkin kalian boleh berhujah, 'tidak ada paksaan dalam agama'
sewajarnya, paksaan yg dimaksudkn dlm ayat surah ali-imran tersebut merupakan paksaan dalam memilih agama.

namun, apabila kau sudah memilih islam,. maka kau perlu 'dipaksa' utk mlakukan perintah2 yg termaktub dalam agama islam..

wajarkah, seorang pekerja, melanggar arahan majikannya?. dush.patut disepak

beruntunglah apabila memilih islam, menjauhi taghut, ayuhlah 'memaksa' diri ke arah mardhotillah.. :)




Wednesday 20 February 2013

mEgA sAlEs,.

bismillahirrahmanirrahiim..

A111


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.                                                                               [at-taubah:111]

jom kite explore ayt ni sesame ea,.
ayt ni menerangkan suatu jual beli. bak kata org, MeGa SaleS.
ye lah. berjual beli dengan ALLAH, Rabbul 'Alamin kn.. :)
ok. klau berjual beli, mesti ad penjual, pembeli, modal & keuntungan.
jadikk, apa yg kita dapat dalam warkah cinta dr pencipta nie,.
1- penjual, yakni ALLAH
2- pembeli, org2 yg beriman semestinya
3- modal, jiwa & harta kita
4- keuntungan, ganjaran syurga!

agak2nya, kalau kita pergi kt seluruh mall d dunia nie, ada tak yang jual syurga?
definitely, no and never!
jadi, jangan lepaskan peluang,. rebut tawaran hebat ini..
ayuh menjadi jundullah utk merebut tempat di syurga,.!





first thing first

bismillahirrahmanirrahim,. alhamdulillah, summa alhamdulillah,.ahlan wasahlan wa marhaban bikum.. selamat berziarah. :)
matlamat.
setiap manusia mempunyai matlamat dalam hidupnya. am i right?
bezanya matlamat kita jarang2 sama. mengapa?
kerana setiap org mahukan yang berbeza dalam hidupnya.
ada org, matlmatnya hendak berjaya dalam peperiksaan.
ada yang hendak mendapat anugerah kekayaan.
tapi, sedarkah kita akan matlamat hidup kita yang sebenar.?
jawapannya sudah ada lebih 1400 tahun yang lalu.
tersisip dalam warkah cinta dari Pencipta,.

A056
" dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah padaku" [  al-zaariyat:56 ]

sebuah mesej yang jelas.
untuk beribadah kepadaku.
namun, hitunglah diri,.
sejauh mana ubudiyyahmu kpd illahi.

wallahu'alam :)