Sunday 20 December 2015

Perancangan

Bismillahirrahmanirrahim.

Apa habaq semuaa ? Semoga semuanya sihat² belake ye..


Hari ni aku nak mention beberapa target yang aku baru je pikiaq beberapa hari ni.


Sebab apa aku letak sini ? sebab aku takut aku bakal hilngkan kalau letak kat mana². hehehe.


Okayh. In 3 years, aku berharap...

✔ Berjaya jadi si hamalatul Quran
✔ Jadi designer yang berjaya
✔ Sedia untuk peringkat seterusnya
✔ Sedia untuk ambil master
✔ Ada income yang tersendiri
✔ Make my parents proud of me

Jadinya, wahai diri, jangan cepat berputus asa, dan jangan cepat mengalah. Teruskan menambah amal ibadat setiap detik. 😘

3ala kulli hal, setiap hari dan detik, kena sentiasa persiapkan diri untuk kematian. Semoga pengakhiran yang baik buat kita semua.


~ Mardhotillah striver ~

Sunday 6 December 2015

Kematian

Tangan ligat menulis di sini, sambil ak cuba merangka-rangka isi yang hendak diluah. Namun jemariku bergetar, takut dengan tajuk yang aku sendiri bawakan.


Kematian.


Hari ini penuh status baik di muka buku mahupun di instagram berkenaan pemergian Allahyarham
Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil. Aku turut merasa pahitnya. He was a great fighter.


Ajal maut semuanya budak menurut kehendak dan kemampuan manusia. Aku sendiri pernah merasakan peritnya kehilangan insan yang tersayang. Di saat usianya hanya sebaya sahaja denganku, dia pergi menyahut panggilan illahi.


Mengingati kematian membuat aku sering berdoa semoga Allah mematikan aku dalam keadaan aku bersedia untukNya. Dalam keadaan bekalanku melayakkan aku mendapat seceduk rahmatNya.Aku ingin pergi dalam keadaan rindu dan cinta pada Kekasih agungku..


Damailah wahai insan-insan yang ku sayangi. Selamar menunaikan janji pada Illahi. Doakan kami yang masih hidup ini, agar sentiasa bersiap sedia untuk kembali.


Menanti lamaran kematian. Hingga waktunya.


sekalung maaf aku hulurkan, buat sahabat-sahabat yang pernah mengenaliku. andai tiba saatnya aku pergi, moga keampunan dari kalian aku bawa sekali.

Monday 23 November 2015

..

Hatiku tertinggal di suatu tempat,

Lantas kaki melangkah tanpa arah,

Air mata mengalir tanpa dipinta,

Laju tanpa mampu ditahan lagi.



Shoutul Harakah - Hadapilah


Aku cuba, :'(

hari demi hari ~

salam alayk..

thingking about something new..

Rabbuna Yusahhil..

Sunday 11 October 2015

Kembara Jeli 3.0

Salam 'alayk.

Alhamdulillah. Hari kedua menetap di Perkampungan Sungai Rual ini. Setakat hari ini pelbagai aktiviti menarik yang kami sertai. Yang paling menyentuh hati ialah sewaktu mendengar laungan azan yang dilaungkan oleh si cilik daripada penduduk orang Asli ini. Sangat mendayu dan menyentuh hati. Betapa sinar Islam itu sendiri sedang mencetus tunasnya disini.

Anak² Orang Asli sedang melakukan praktikal bacaan dalam solat 


Setiap detik aku cuba merapati mana-mana kanak² yang aku jumpai. Bagiku mereka umpama mutiara yang berkilauan sinarnya. Perlu digilap sentiasa agar cahayanya tidak luntur dan kelam. Antara kanak-kanak yangku ingati namanya ialah Azram, Mustafa, Paie, AlHadi, Mie, Taufiq, Fatanah dan lain-lain. Penduduk disini 100% ialah Muslim akan tetapi masih baru dalam pengamalannya. Ada segelintir rumah yang kami temui masih lagi memelihara anjing namun anjing-anjing itu tidak menggangu masyarakat sekeliling.

Aku senang dengan suasana disini. Di sini, masyarakatnya tidak hanyut dek teknologi namun cuma masih jahil dalam Islam yang sebenar itu sendiri. Surau kecil yang berjasa ini masih lagi mempunyai jemaahnya tersendiri, azan jyga dilaungkan secara lantang disini. Bagi aku, kita dan mereka tidak berbeza. Hanya skop kejahilan sahaja yang memisahkan. Hakikatnya, kita semua masih hanyut dek ujian dunia. Masih belum sempurna pengamalan agama, cuma sedikit maju selangkah ke hadapan sahaja.

" Sesungguhnya agama disisi Allah taala itu hanyalah Islam "

Alhamdulillah, atas nikmat Islam yang kammil ini, ayuh kita lengkapkan diri bagi membantu insan yang lain, agar kenikmatan meraih cinta Allah taala itu dapat kita rasai dan kongsi bersama. Sebarkan bahagia.

091015 | 05.15 PM
Kehujanan,
Pos Kg Sungai Rual, Kelantan
- Allahumma Soiban Naafia -

Kembara Jeli 2.0

Alhamdulillah, kira-kira dalam lingkungan pukul 2 akhirnya geng kembara kami sampai ke Kampung Sungai Rual. Panorama berlatar blakang bukit bukau memenuhi ruang mata. Jalan tanah berdebu, jalan tar yang separuh siap dan sempit, menggambarkan watak kampung yang bakal aku jelajahi. Bas yang kami naiki terhuyung hayang dek jalan yang berbukit dan  bersimpang siur persis ular yang kena palu. Akhirnya bas berhenti dan kami berjalan sekitar 300 meter memasuki kampung tersebut.

Baru sampaii hehehe


Bangunan pertama yang menyapa mataku ialah sekolah rendah Sungai Rual ini. Sekolah yang kecil sahaja bangunannya ini mempunyai kira-kira dua ke tiga blok pembelajaran. Kanak-kanak Tahun 2 yang sedang belajar melambaikan tangan ke arah kumpulan kami yang kelihatan asing bagi mereka. Akan ku cuba untuk meneroka pelusuk sekolah itu pabila waktu mengizinkan.

Suasana kampung ini kelihatan sederhana pada pandanganku. Rumah-rumah yang didiami juga kebanyakannya rumah batu yang dibina oleh kerajaan. Beberapa orang penduduk kampung yang melintasi kami tersenyum dan ada yang melambaikan tangan. Lega, mungkin ini satu petanda kehadiran kami akan diterima secara baik oleh mereka. :D

Jauh di sudut hati, aku cuma berharap sinar Islam itu masih wujud dan subur di hati mereka. Tidak sabar rasanya mahu berbual dan bertukar buah fikiran dengan penduduk kampung ini. Moga-moga ada hikmah yang dapat dikutip sepanjang perjalanan ini.

" Sesungguhnya Kami menciptakan kalian daripada lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kalian berbangsa² dan bersuku² supaya kalian bertaarufan. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian disisi Allah taala ialah yang paling bertaqwa " - AlHujurat : 13 -



081015 | 0301 PM
Surau Kg Sungai Rual
Kelantan Darul Naim

Thursday 8 October 2015

Kembara Jeli 1.0

Bismillah. Langkah kembara dimula dengan nama Allah yang Maha Penyayang.


Kali ini hamba berkesempatan bersama-sama ahli Kelab Perkim Unisza untuk bertandang ke bumi Kelantan. Bumi yang dijolok sebagai Serambi Mekah ini amat damai dengan suasananya yang tersendiri. Entah mengapa, setiap kali aku menapak ke Kelantan, ada satu perasaan aneh yang sukar dimertikan hadir dalam Qalb ini.


Kelantan, sebuah bumi yang subur dengan hasil tani. Bumi yang hampir setahun yang lalu dilanda dengan Bah Kuning sehingga mengakibatkan bencana yang besar.


Kelantan, bumi yang padanya termaqam jasad seorang Murabbi Ummah.


Masih basah diingatanku pada malam kembalinya sosok ulama itu menemui Illahi.

Usai menunaikan solat maghrib, aku membuka akaun whatsapp ku untuk mengetahui perkembangan semasa sementelahan lagi pada malam itu aku perlu menghadiri suatu mesyuarat. Tiba-tiba mataku dikejutkan dengan berita kesihatan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang merudum. Lantas sedikit doa dan AlFatihah aku hadiahkan baginya, moga-moga terbias secebis pahala bagi mengurangkan derita kesakitan beliau. Sesudah itu aku bersiap dan menunggang terus kuda biruku menuju ke tempat mesyuarat. Tempat mesyuarat yang masih gelap gelita memberi isyarat bahawa akulah yang pertama sampai di situ. Sambil menunggu sahabat-sahabat yang lain sampai, aku manfaatkan masa untuk membuka satu persatu mesej whatsapp ku yang menimbun itu.

Tiba-tiba..

Mataku terpaku pada berita kematian TGNA. Adrenalin mengalir laju dalam jasadku membuatkan nafasku sedikit termengah. Sayu, namun kantung mata masih mampu bertahan. Daripada berdiri, aku duduk sebentar di anak tangga. Skrin smartphone ku telah aku scroll berkali-kali, berita yang sama ku baca berulang kali. 
Alfatihah. Alfatihah. Alfatihah. 
Lantas, mutiara yang aku tahan itu mengalir jua. Turun membawa duka-duka dalam jiwa. Mengalirlah duhai air mata, saksikanlah, roh ulama itu sudah kembali menemui Tuhannya..

" Wahai jiwa yang tenang, Pulanglah ke pangkuan Rabmu dengan kegembiraan..."

Kembalinya beliau ke Rahmatullah ditangisi oleh alam. Berkerumun manusia dari pelusuk negara datang sebagai penghormatan terakhir kepada beliau. Beliaulah sosok yang disegani teman dan digeruni lawan. Beliau kembali dengan jiwa yang tenang. 

Berehatlah duhai Murabbi Ummah, sesungguhnya kami menjadi saksi perjuanganmu selama ini.

---
Perjalanan ke Jeli masih berbaki 55 Km lagi. Perasaanku melonjak mahu bertemu dengan kumpulan Orang Asli di Pos Sungai Rual, Jeli. InsyaAllah, dalam hayat yang berbaki ini akan aku infak seluruhnya fi sabilillah. Mengambil semangat bumi Kelantan yang barakah dengan kepimpinan ulama. Kuatlah hati kerana di hadapan ini masih ramai yang perlu kepadamu. Teruskan perjuangan !


Istiqamah Hingga Kemenangan.

081015 | 12:17 PM
Dalam Bas Unisza,
Petronas Kemahang 1, Kelantan.

ps : Alhamdulillah internet sedang berbaik dengan saya.

Wednesday 7 October 2015

sempoi petangg ~

Bismillahirrahmanirrahim.


Suatu petang yang indah, ditemani burung-burung berterbangan. Alhamdulillah, suatu nikmat yang sangat besar untuk diungkapkan.

Dah lama rasanya tidak mencoret nukilan kat sini. hehehe. buat-buat sibuk le katekan.


*silent reminder*

dear Diary,
hahaha. diary bagaii. lol. actually there is something that comes up in my mind these days. wait a minute. maybe not something. maybe it is EVERYTHING. huhuhuhu. 


about future.

about past things.

about world.

about urm...

umm.. what else..?

ummm



yes. about UMMAH.


its be like, oh God, macam-macam benda bermain dalam kepala aku sampei dah tak tahu nak fikir apa. arghh. split identity kah..?


ok. stop. macam dah mengarut je. 


so that's how my life now. typically unarranged.


the, my new mission is..... GET CHANGED!!


obviously, nilah yang perlu ada dalam diri setiap muslim. indeed. but, sometimes we forget about it. Human is Nisyan which means the forgetful. 


finally, its the conclusion that I can make today. whoaaa. Get Changed. :)



ps: Tomorrow i will join a trip to Jeli, Kelantan. For a programme under Perkim with Orang Asli. wish me luck keyh. :*


Wednesday 3 June 2015

perhentian sementara ~

bismillahi ala baraktillah ~


3 Jun 2013 - 3 Jun 2015

dua tahun, pejam celik pejam celik cepatnya masa berlalu.
 - tamat diploma -


perasaan bercampur baur, bermacam deria menghimpum dalam satu batang tubuh yang lemah ini.


ya Allah, kami bermohon keampunanMu atas perpisahan ini, dan kami bermohon untuk bertemu kembali dalam naungan kasih sayangMu,


dua tahun, suatu jangka masa yang singkat tetapi penuh memori dan kenangan tercipta. dua tahun ini aku belajar bergelar pelajar universiti, belajar berdikari dengan kaki sendiri, belajar menghadapi karenah sahabat-sahabat yang kucintai, Subhanallah, betapa indah perasaan ini.


tiada kata mampu ku ungkap untuk mensyukuri persahabatan ini.. terlalu manis untuk dilupakan (:


moga aku tetap hidup dalam doa kalian,


moga walau aku pergi dulu kalian akan masih mendoakan aku,


moga Allah sentiasa menjaga kalian.


last pic of full big family of usul ~ okei 3 orang takdek keyhh (pypa,mim,k.eyrah)
with ayahanda ust Kuheirm



my little family <3
dahlia, kenanga, cempaka, melati, melur, kemboja, teratai, dik tanjung
terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup oja :D



sekian.

ps: jika dipanjangkan umur dan diberi kelapangan masa InsyaAllah akan kunukilkan coretan ringkas bergelar pelajar diploma :D

diploma usuluddin
usuluddin harriyah
[2013-2015]

Sunday 12 April 2015

ke Selangor ke kite ?

salam alayk  :)



Alhamdulillah, apa khabar semua ? semoga sentiasa membesar dan bernafas dalam keimanan dan ketaqwaan kepada Allah taala.


Alhamdulillah, baru pulang dari kembara ke Selangor Darul Ehsan semalam.


melepas rindu pada bumi IIUM yang ditinggalkan 4 tahun yang lalu >.<


Kembara yang banyak mengajar erti kesabaran, ketabahan dan kekuatan. banyak mengajar jiwa untuk lebih kuat dan lebih pandai membuat keputusan, Alhamdulillah atas nikmatMu ya Allah..


dan mungkin ini adalah kembara terakhir bersama Family Usuluddin Sem 6 kot.. T.T



special thanks to IIUM coz sudi menerima kami semua,


Prof Kamar Oniah bt Kamruzaman, yang banyak membuatkan kami 'sentap' seketika,



Tan Sri Prof Kamal Hassan, atas curahan ilmu yang banyak walau hanya 2 jam bertemu muka,



and ofkoss, our beloved father, Dr Muhammad Muneer'deen Olodo Asshafii,


sebab banyak sangat bantu kami sepanjang proses kembara ni, dan selalu ada bersama kami, yang mendamaikan suasana tegang, yang sentiasa berlawak jenaka..

and ofkos with de families also, wifey, mubarakah, mubarak, muneer, muneerah, we enjoy having uolls with us :)


Alhamdulillah, pengalaman yang berharga, yang bermakna, moga padanya nikmat dan ganjaran dari Allah Azza Wajalla..





Dr Muneer'deen


usul le family


Tan Sri Prof Kamal Hassan


Monday 6 April 2015

gian menulis

salam alayk :)


lamenya tak hapdate blog sampai jari dah terketar-ketar sebab gian sangat nak menulis..


ok ini tipu semata-mata


sedang teringin nak kembangkan penulisan, sesiapa yang ada tips tu boleh la ye kongsi-kongsi :')

update life setakat ni#

s.i.b.u.k

tu je satu perkataan yang boleh aku describe-kan diri aku. takut sibuk membuat dosa sahaja :'(


panjang lagii nak hapdate sebenaqnya. tapi tapii tapiii, nak settle kerja dulu yang bertangguh ni -_-

Thursday 12 March 2015

bm ? bahasa malaysia kah?

salam alayk ;)

post tadi mukaddimah je. he he he.

peace.

akhir-akhir ni topik yang sangat hangat kali ni ialah topik kahwin.

biase kot bila dah nak habis belajar ni. ohoi. ijazah tak habiss lagi laa.

and a friend of mine, some nice day, ask about getting married. sound interesting somehow.

cuma, lepas 'short conversation' tu,
aku terfikir sat lepas tu,

adalah aku akan betul-betul bersedia ?

untuk menghadapi fasa kedua kehidupan sebagai seorang muslim ?


well said, right ?



macam mana persediaan untuk lahirkan insan sehebat Imam Al-Ghazali, bagaimana mujaddid ummah seagung Imam Hassan al-Banna dilahirkan, itu yang perlu difikirkan sebenarnya. 
yelah, nikah kahwin ni bukannya seronok je semuanya (bak kata Ustazah SI dulu)

kahwin ni soal tanggungjawab, soal peranan.

bukannya seperti 'farytales' semata-mata. wakes up dear self !


so nasihat aku, 

bagi sesiapa yang rasa dah macam nak kahwin tu atau untuk semua lah,
pastikan anda semua well-preapared untuk menghadapi fasa sebelum, semasa dan selepas alam perkahwinan.

we love our husband/wifes as we want to stay with he/she till jannah, right ?

hurm dah macam pakar rumahtangga pula rasa hari ni.


stay aside till jannah


ok. pen off. salam asar =]

hari-hariku berlalu~

Salam Alayk :)



cantik. dia wanita bertudung labuh dan berpurdah,
manis, semanis akhlaknya.

Subhanallah :D


bicaranya telus tanpa kalam dusta,
terpancar raut keikhlasan dari wajahnya,

AllahuAkbar :D

ya, mungkin dia tidak sempurna, 
tapi sekurangnya dia cuba mencapai,
kesempurnaan itu,
moga Allah meredai dia dan menerima amalannya.

siapakah dia ?

dia mungkin kita,

dia mungkin dia.


^^refleksi diri

Wednesday 4 March 2015

M.U.J.A.H.A.D.A.H

salam alayk, sunny days ahead..


lame tak update blog >.<
Alhamdulillah, hanya beberapa bulan sahaja lagi nak habiskan diploma.
after this ? wallahualam.

perancangan banyak.. tapi... biarlah Allah yang menentukan yang sebaiknya (:

mujahadah.

perkara ni yang menghantui diri sekarang. aku perlu mujahadah ! -jerit batin-

bercakap senang ork, pasal mujahadah, tapi nak laksanakan.. Allahurabbi..

moga-moga Allah bagi kita nikmat yang terbaik. :*

Saturday 31 January 2015

akhir januari yang suram.

salam alayk ;)


Alhamdulillah ya Allah.

untuk nyawa ini, untuk nafas ini, untuk nikmat berada dalam perjuangan ini ya Allah..

semester baharu pun bermula. dan ini maknenya, hanya tinggal satu semester ini sahaje sebelum aku melepaskan title sebagai pelajar diploma. koffkofffkohh.


awal 2015 banyak memberi khabar-khabar baharu buat diri ini, sebagai iktibar & pengajaran, sebagai peringatan buat hamba yang lemah ini. Allahu.



2015 menyaksikan pemergian seorang sepupuku yang tersayang, arwah Farah Ezzati bt Zol, di awal usia dua puluhan, meninggalkan kami, sanak saudara dan sahabat handai nya.

.Al-Fatihah.



sesungguhnya benarlah pada Kematian itu peringatan bagi yang masih bernyawa. Allah tidak akan sekali-kali mempercepatkan atau melewatkan ajal seseorang itu. sayu aku melihat sekujur tubuh jenazah yang dahulunya riang, ceria, kini senyap tidak bernyawa, dimatikan oleh Allah di sisi manusia namun dibangkitkan kembali di barzakh untuk di hitung amalannya. Allahu.

masih terbayang dimata, andai aku yang berada di tempatnya ketika ituu..



semoga kesihatan dan 'afiat buat kita semua, khususnya kita doakan buat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, moga dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menyumbang buat ummah.



wahai pemuda, selagi masih hidup, berjuanglah, selagi nyawa belum dicabut, teruskanlah berjuang. kerana kita tak tahu bilakah perjuangan itu akan berakhir dan kita tidak mampu untk menjamin bahawa kita akan mati dalam perjuangan.

moga akhir kita dalam perjuangan Islam dan rahmat Allah taala.



salam Isyak.

Monday 5 January 2015

Alhamdulillah for the blessings~

bismilalhi ala barakatillah.


Alhamdulillah,masih bernyawa di awal 2015 ini.


and ofkos, first post for 2015 :')


taktahuu nak cakap apa sebenarnya nyaa.. yang penting mesti bersyukur untuk hidup aku hari ini ya Allah.,


lets get started, apa nak tulis yaa, hurm, okei mungkin kita boleh cerita about the past 2014 maybe ?


the past year, buat aku rasa macam nak bersyukur, mungkin tu je kot.
banyak yang aku alami for the past year, jatuh bangun, ceria duka lara n etc yang banyak mencorakkan hidup aku harini, and for that, thanks Allah !


definitely, aku bukan sedang berada di tahap yang boleh aku banggakan nanti dihadapan Allah, but i'm struggling for it now. doa doakan ya >.<

nak cerita sikit pasal memories yang aku ingat pasal tahun lepas ( coz i'm really not good in remembering )


1. Awal tahun aku masih lagi di Asrama baru dan lepas bulan  6 terpaksa pindah ke asrama lama. at first, sedih sangat, but who knows Allah have the best plan ever ? :)


2. Tahun ni dah masuk era puluhan. sarkastik. makanya perlu lebih matang sekarang.


3. Tahun lepas macam-macam bala dan kebesaran Allah yang Allah tunjukkan kepada semua manusia, dan aku tertanya-tanya mungkinkah ini permulaan bagi yang namanya kiamat ? Allahurabbi. namun apa yang penting perlu tingkatkan Iman dan Amal serta Taqwa, moga-moga kita semua termasuk dalam golongan yang diselamatkan oleh Allah dari murkaNya. ameen.


4. I'm going to finish my diploma in this year, huff, apa yang bakal aku bawa sebagai bekal ? bercakap pasal bekal, teringat akan suatu alam yang bakal kulalui, alam barzakh, my next destination. soalannya bersediakah aku ?


5. and last year I got a new SIL, orang dungun, comey molek, dan aku harap dengan hadirnya dia dapat mengubah perangai abang aku tuhh.


overall, syukur syukur dan banyyakkan bersyukuuuuurrrr.





azam 2015 ?  

still working on it. ahahha. takdelah. masih tengah pikiaq apa yang bekal aku nak bawak sampai mati nanti. tu je. :)


ohyee, tolong doakan aku untuk final nie yer. terima kasih ^^,


pen off dulu.
Assalamualaikum.