Wednesday 28 May 2014

nihaie; its now or never ;')

salam 'alaik. salam maghrib <3 <3

two papers more.  hohoho.
*lompat-lompat*


my semester III journey,,
rasa nak mengimbau balik semester ni,, bermula semester III memang sangat excited nak masuk. yela nak belajar bende baru kan.. *huff*
dan bermulalah 10 subjek yang mencabar, hari-hari kulalui dengan gumbira sedih dan tawa. haiyakk.



a. Fiqh Sirah
b. Balaghah
c. Fiqh Munakahat
d. Kosmologi Perbandingan
e. Muhadathah II
f. Tafsir
g. Hadis
h. Mustalah Hadis
i. Individu dan Komuniti
j. Kitabah wa Ta'bir


okai. ni senarai subjek untuk semester III, dan hampir semuanya dalam bahasa Arab. wink wink.
dan akhirnya, sekarang berbaki dalam 2 papers lagi nak habis semester ni. rasa sayu dan sedih. waaa. macam la dah final diploma. T.T


sepanjang perjalanan semester III ni banyak banyak banyak sangat perkara baharu yang aku belajar. ijn fact mungkin sebab pertambahan umur kot menyebabkan rasa lebih dewasa dan lebih banyak tanggungjawab berbanding sebelumnya. hohoho.



dalam perjalanan kehidupan,
banyak yang ku lalui,
segala tangis dan tawa bersama sahabat seperjuangan,
mahupun bersendirian mendamba tuhan..



i.m gonna miss this semester. oh., wuwuwuwu.



since that, mungkin ini study week a.k.a exam week yang ohsem sangat kot. bukan selalu aku study dengan kawan-kawan nie. :3
so, rasa terharu haru haru sangat. sobs sobs. sebab ada kengkawan yang sudi jugak bertandang ke teratakku ini walaupun di tingkat empat. hohoho.
my promise,
insyaAllah aku akan cuba tingkatkan lagi hubungan dengan korang, walaupun waktu sangat-sangat mencemburui diriku yang lemah ini. :'(



ganbatte !



next,
love uolls,
uhibbukum fillah.


pss: walaupun dalam mood hekzem, jangan lupe Allah. 
fa iza azamta, fa tawakkal 'ala Allah. 
pen off.. =]


Tuesday 27 May 2014

^^,

Alkisah lobak merah, telur dan biji kopi.


Jamil datang ke rumah ustaz Ibrahim dan menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil telah memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan... Setelah satu masalah selesai, satu masalah baru timbul pula. Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur. Jamil pun mengikut tanya bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak. Semasa air mendidih, ustaz Ibrahim memasukkan lobak merak ke peruk yang pertama, telur ke periuk yang kedua dan biji kopi ke periuk yang ketiga. Jamil bertanya, " apa yang ustaz nak buat? Nak masak apa tu? " ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk. " Jamil, apa yang enta nampak? " " Lobak merah, telur dan biji kopi," jawab Jamil. Ustaz Ibrahim menuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut. Jamil terasa lembut. Kemudian ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Setelah mengupas kulitnya, Jamil mendapat satu telur yang masak penuh. Kemudian, Ustaz Ibarahim menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk yang ketiga. Jamil berasa rasanya penuh aroma kopi. " Ustaz, apa makud semua ini?, " Jamil bertanya. " setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama iait air yang mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan. Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah. Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis, akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih, ia bertukar menjadi keras. Bagi biji kopi pula, ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air yang mendidih, mereka menukar seluruh air yang mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi, terang Ustaz Ibrahim sambil tesenyum. Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan ustaz Ibrahim. " Jadi Jamil adalah yang mana satu?  Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi? " tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu. Wahai anakku, semasa ujian Allah datang mengetuk pintu kamu, bagaimana engkau harus menghadapinya? Adakah engkau seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan sedikit ujian dan kesusahan, kamu bertukar mnjadi lembik dan hilang segala kekuatan? Ataupun kamu seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang muda dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran kamu nampak tidak berubah akan tetapi hati kamu dah bertukar menjadi keras, tidak gembira dan tidak beransur? Ataupun kamu ialah biji kopi, makin didih kamu semakin mampu mengubah keadaan situasi kamu sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan. Jadi, siapakah kamu wahai anak kesayangan ku? Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji kamu, dan aku berharap kamu bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling kepada suasana positif. Waktu yang paling sukar ialah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain. 

:: selesai sudah kisah Jamil, yang diuji. begitu jugalah kita dalam kehidupan seharian kita, diuji berkali-kali, kadangkala jatuh dan lemah, tapi yakinlah bahawa Allah ada untuk kita.. ::

salam sayang, 
imtihan nihaie,
tembak !

Friday 23 May 2014

imtihan semester iii !

bismillahirahmanirrahim.

alhamdulillah.

exam mood.
ya Allah, kebelakangan aku merasakan diri terlalu sibuk. sibuk sekali. ya Allah jauhkah hati ini dari-Mu ?
merasakan tiada keberkatan dalam waktuku, merasa taklifan yang bertambah-tambah di atas bahu.
aku lemah. jatuh tersungkur. longlai tanpa bantuan dan ihsan dari-Mu, Allah.

kata orang, dengan banyaknya taklifan, itu tanda Allah sayang kerana mahu kita dekat denganNya,
aku tidak inginkan taklifan, aku tidak inginkan nama, harta, pangkat mahupun kekayaan, cukuplah hanya ketenangan hati yang tulus kepada-Mu.


antara dua kewajipan,
tiada yang utama dan lebih utama.
keduanya sekata pada timbangan.
semoga Allah meredai segala usaha.
dan memberkati dengan redhaNya.



bilamana terasa lemah, ingatlah firmanNya yang bermaksud,,

"jangan kamu merasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, sesungguhnya kamu adalah otang yang tinggi darjatnya sekiranya kamu beriman"


Allah sebut, sekiranya kamu beriman. Iman. Deep.
jauh ke dalam hati, ada sudut kecil yang inginkan kemanisan iman itu,


sabda Nabiy,
' antara cara untuk merasai kemanisan iman ada 3:- 
1) kamu mencintai Allah dan Rasulnya melebihi cinta kepada segalanya,
 2) kamu mencintai saudara kamu melebihi diri kamu sendiri, 
3) benci kepada kemungkaran sebagaimana kamu benci untuk di campakkan ke dalaam neraka.'


Allah sentiasa ada. ^_^


akhir kalam, cintailah, beribadatlah sepenuh hati mu hanya kepada Allah. ada kemanisan di situ :')

salam intihan nihaie. bittaufiq wa najah. <3