Saturday 22 February 2014

believing . .

bismillahirrahmanirrahim.
salam 'alaik.

.believe.
.yakin.
.percaya.





Allah. banyak yang berlaku dalam hidup ini, setiap detik berlalu pantas meninggalkan diri manusia yang kelalaian. merasa tenang dengan kemaksiatan, keasyikan dunia yang sementara. itulah aku, sang manusia. yang mulai lupa asal usul diri, dari mana datangnya, kemana dia akan pergi dan mengapa dia ada. aneh. aneh terasa melihat jiwa-jiwa yang tergoda dengan mainan dunia sehingga terlalu asyik tanpa memikirkan tuhannya. adakah dia ini hidup sendiri dan tiada tempat kembali nanti ? merungkai persoalan yang berselirat, melepas dengusan nafas yang berat, aku semakin aneh melihat dunia. ya. dunia ini yang sedang sakit jiwa dan hatinya. 



bertambah hari yang berlalu, seakan mahu mengundur kembali waktu dulu.
namun aku yakin dan pasti bahawa inilah aturanNya untuk aku dan kita semua.


aku yang dulu bukanlah yang sekarang !


Alhamdulillah, dengan kasih dan sayang Mu Allah, kutemui cinta hakiki walau untuk mendapatkannya meminta diriku sebagai galang ganti.
aku bersyukur ditemukan dengan cahaya kasihMu yang tidak pernah padam.


إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْداً عَلَيْهِ حَقّاً فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.  [ Attaubah :111 ]


jadilah cahaya yg menyinari bak mentari
 

carilah cahaya selagi mana kasihNya ada,
jangan menepis hidayah yang mendatang,
kerana itu mungkin terakhir kalinya hati kita diketuk,
terimalah dan sabarlah dalam beramal,
berjuang itu pahit kerana syurga itu manis.



yakin dan pastilah bahawa Allah ada dan sentiasa ada. sebelum buat apa2 make sure fikir dulu masak2 kerana setiap apa yang kita buat akan diberi balasan samaada balasan syurga atau neraka. Allahu mustaan. wallahualam.