Sunday 16 November 2014

rindu

bimillahirrahmanirrahim. musim hujan telah tiba =='


dengar kata di urdun sana, syita' juga hampir menjengah,
ya Allah sampaikanlah salamku pada bumi Anbiya itu semuanya. 


harini rasa amacam xsihat sangat. auchumm, banyak sangat mandi hujan 2 3 hari nie.
 moga setiap sakit itu menjadi kaffarah bagi dosa-dosa kita.


blogwalking again.
dan kali nie terbaca entry yang sangat menyenangkan dari ukhtyku, beliau seorang yang sangat hebat, tokoh pemimpin pelajar di zaman persekolahannya dulu, dan tidak asing lagi sekarang juga menjadi pimpinan pelajar di bumi permusafiran ilmunya.


dia bercerita tentang abah dan ibunya. dan aku yakin sekali bahawa itu tanda rindunya yang tak bertepi. 
kasih mereka membuat aku bungkam sendiri. ya tuhan, kau lebih mengetahui isi hati ini.


aku tahu barakah itu wujudnya pada kasih abawain, tapi.


dan masih ada tapi. bagiku..


cukuplah dengan nikmat yang Kau kurniakan sehingga hari ini, sampai saat aku mampu bangkit berdiri, dengan rahmat dan kasih sayangMu, Allah. 






aku sampaikan angin membawa salam kerinduan yang tidak pernah bertepi, dan moga angin itu membawa segala kesakitan pergi, dengan izin tuhan.