Alkisah lobak merah,
telur dan biji kopi.
Jamil datang ke
rumah ustaz Ibrahim dan menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh
kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin
berputus asa. Jamil telah memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk
meneruskan perjuangan dan berlawan... Setelah satu masalah selesai, satu
masalah baru timbul pula. Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata
apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur. Jamil pun mengikut tanya
bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam periuk kecil dan mendidih
ketiga-tiganya serentak. Semasa air mendidih, ustaz Ibrahim memasukkan lobak
merak ke peruk yang pertama, telur ke periuk yang kedua dan biji kopi ke periuk
yang ketiga. Jamil bertanya, " apa yang ustaz nak buat? Nak masak apa tu?
" ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama
20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan
biji kopi ke dalam sebuah mangkuk. " Jamil, apa yang enta nampak? "
" Lobak merah, telur dan biji kopi," jawab Jamil. Ustaz Ibrahim
menuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut. Jamil terasa lembut.
Kemudian ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Setelah
mengupas kulitnya, Jamil mendapat satu telur yang masak penuh. Kemudian, Ustaz
Ibarahim menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk yang ketiga. Jamil berasa
rasanya penuh aroma kopi. " Ustaz, apa makud semua ini?, " Jamil
bertanya. " setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah
melalui kesusahan yang sama iait air yang mendidih. Tapi setiap satunya
memberikan reaksi berlainan. Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan
kasar akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan
lemah. Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya
dilindungi satu kulit yang nipis, akan tetapi setelah melalui ujian air
mendidih, ia bertukar menjadi keras. Bagi biji kopi pula, ini lebih menarik.
Semasa mereka dalam air yang mendidih, mereka menukar seluruh air yang mendidih
kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi, terang Ustaz
Ibrahim sambil tesenyum. Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan
ustaz Ibrahim. " Jadi Jamil adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil
menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi? " tanya Ustaz Ibrahim
kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu. Wahai anakku, semasa ujian
Allah datang mengetuk pintu kamu, bagaimana engkau harus menghadapinya? Adakah
engkau seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan sedikit ujian dan
kesusahan, kamu bertukar mnjadi lembik dan hilang segala kekuatan? Ataupun kamu
seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang muda dipengaruhi haba dan
setelah melalui musibah, luaran kamu nampak tidak berubah akan tetapi hati kamu
dah bertukar menjadi keras, tidak gembira dan tidak beransur? Ataupun kamu
ialah biji kopi, makin didih kamu semakin mampu mengubah keadaan situasi kamu
sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan. Jadi, siapakah
kamu wahai anak kesayangan ku? Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang
melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang
menguji kamu, dan aku berharap kamu bertindak seperti biji kopi, bertambah baik
dan mengubah keadaan sekeliling kepada suasana positif. Waktu yang paling sukar
ialah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.
:: selesai sudah kisah Jamil, yang diuji. begitu jugalah kita dalam kehidupan seharian kita, diuji berkali-kali, kadangkala jatuh dan lemah, tapi yakinlah bahawa Allah ada untuk kita.. ::
salam sayang,
imtihan nihaie,
tembak !