Wednesday 26 November 2014

techno-logy

salam alayk,

akhir-akhir nie dah macam hilang diri sendiri. hidup pun macam zombie rasenya. ya Allah, kuatkan langkah aku dalam perjalanan yang panjang ini.

----

tekno-logi


satu perkara yang aku agak anti sekarang (mungkin buat masa nie je kot : 2 sec)


sebab aper ?



sebab.. ia boleh buat manusia jadi macam-macam =='


eg:

1- sebelum ambik wudhu tengok fon (telefon), lepas ambik wudhu tengok lagi, sebelum solat tengok lagi, selepas solat terus capai fon,
agak-agak nie ke yang dikatakan sebagai hamba kepada pencipta ?

shame myself. >.<


2- tengok movie boleh je sampai berjam-jam tapi nak bangun solat subuh pun berat macam nak pergi daki gunung Everest =='



3- dalam whatsapp , telegram , wechat n etc bukan main lagi mesra dan friendly orangnya tapi di dunia realiti, langgar bahu pun tak layan derr



dan
banyak banyak banyak lagi keburukan yang wujud disebabkan tekno-logi ini.



so guys,

beware of your technologies.

sincerely,
me.


Tuesday 18 November 2014

titis air

salam alayk,

what a cold day,

hujan lagi hujan lagi dan masih lagi hujan.


Monday 17 November 2014

hujan hati

salam alayk,

akhir-ii nie rajin mengepost. sebab rindu jiwa hijau semangat merah sebenarnya =='



hujan.
selalu sangat rasa deep dalam hati akhir-akhir ni. ada yang rindu barangkali. ya, semestinya. aku rindu kepada diriku yang beriman, susuk tubuhku yang kuat beribadat, yang tinggi akhlaknya, yang menyinar sebagai muslim yang sebenar ( okayy agak ada sedikit  krisis di situ samaada rindu atau angan-angan )


dan semestinya


aku rindu keluarga ninja ku.


sangat.






dan sangat sekali.

>.<





terutama bila aku rasa down. jatuh sejatuhnya.





aku rindu pelukan ukhuwah sahabat,

aku rindu senyuman manis sahabat,

segalanya tentang sahabat, mampu menyenangkan.

kerana orang beriman itu cerminan kepada sikap sahabatnya.

dan aku merindukan cerminan diriku, 

yang mampu membetulkan tika aku salah

mampu menyatakan yang haq tika aku khilaf

mampu menarik dengan penuh sayang takut-takut aku jatuh ke jahanam,

dan sungguh aku masih rindu !





jika kau jatuh ke dalam neraka, aku akan pergi dan tarik tangan kau kembali untuk sama-sama kita beriringan ke syurga - quoted







Sunday 16 November 2014

kasih pencinta. # part 1

ku menarik lengan sweater hitamku untuk menutupi jemari yang kejur kesejukan.
memandang ke luar tingkap, melihat sayugia reaksi dan pergerakan manusia sehari harian.
huff. aku mengeluh kecil. udara sejuk benar sehingga terasa mencengkam ke tulang hitamku.
bas ke kuala terengganu itu menuju terus tanpa henti, membiarkan aku tenggelam dalam lamunan diri..

wahai Terengganu, bumi Tarbiah, aku kembali !

----------

jadual seharian hidupku sebagai pelajar universiti dilalui seperti biasa. assignment, tugasan, perbentangan seakan akan menjadi makanan harianku. ditambah lagi dengan penglibatan ku di dalam persatuan-persatuan yang ku ikuti di situ, membuatkan hari-hari ku sebagai pelajar terasa begitu pantas berlalu. argh. aku hampir menamatkan diploma tahun dua aku di sini. hampir kurang setahun lagi, aku akan menamatkan sijil diploma ku di sini.

suatu hari, seperti hari-hari biasaku di perpustakaan, sambil menelaah buku-buka akademik yang memberatkan, aku berhenti seketika dan bangun ke berjalan bagi meregangkan urat-urat ku yang berseliratan. sambil itu aku mellihat ke sekeliling perpustakaan, ramai manusia yang sibuk mengulangkaji pelajaran. maklumlah, hampir seminggu sahaja lagi peperiksaan akhir akan dijalankan. semua sedang sibuk berkejar menghabiskan pelajaran. begitu juga diriku.


sedang asyik aku memerhati gelagat manusia, tiba-tiba seseorang menepuk belakang bahuku lantas aku berpaling dan melihat seniorku, kak ajah, tersenyum memandangku. Lantas aku balas senyuman manisnya itu dan mengajaknya duduk bersamaku. suasana diam seketika, terasa adrenalin dalam badanku mengalir dengan lajunya. penat  huh.


" dik, menungkan apa tu ? menung si dia yang kejauhan ea.. " tebak kak Ajah.
" Ish, takde la akak. Tiada siapa yang hendak dimenungkan. hehe. saje je Jay tengok gelagat manusia ni. seronok tau. " balasku bersahaja.

Tanda kerutan di dahi kak ajah jelas menunjukkan bahawa kata-kata ku kedengaran aneh di cuping telinganya. aku tertawa halus lantas aku perjelaskan maksudku dengan lebih mendalam.

" manusia ni makhluk yang kompleks kan akak ?

kenapa Jay cakap macam tu ? tanya Kak Ajah sambil tersenyum manis.

sebab.
.
.
.
.
.
.
jeda.
.
.
.
.
.
.
.
" takpe lah akak. panjang pula kalau nak cerita nie. hehe. btw, akak sihat ? "
ujarku ringkas sambil meraih lembut tangan ukhti kesayangan ku dan kusalami kemas.

" Alhamdulillah, akak sihat je sayang, ada-ada je la adik akak nie. sudahlah, jangan duk berangan sangat, jom kita pi lunch, akak belanja makan nasi ayam nak ? "

" ala akak nie, segan Jay, asyik akak je yang belanja, kali nie Jay belanja akak ya,? "

Kak Ajah mengganguk lantas kami bangun beriringin menuju keluar dari 'mesin ais beku' itu dan pergi menikmati makan tengahari kami. seronoknya, getus hati kecilku.


ya. aku sangat seronok apabila keluar dengan Kak Ajah. bahkan rasa lebih enjoy berbanding apabila keluar dengan gengs aku. sebab ? sebab yang pertama Kak Ajah tak pernah malu untuk keluar dengan aku, yeah, basically i am being me with her = ( long sleeves shirt + jeans ), and she never complained about that, dan yang kedua sebab Kak Ajah ni chill sangat sampai boleh borak perkara agama dengan aku sedangkan aku nie sangatlah jahil tahap gaban dalam agama. fuhh, tahap super woman akak nie.


dan kenkadang sampai satu tahap gengs pun pelik dengan aku, macam mana aku boleh jadik rapat sangat dengan Kak Ajah, naib presiden Persatuan Islam di Univ Alami ni.  yelah, aku ngan Kak Ajah jauh panggang dari api kott, tapi apa aku kesah orang kata, yang penting aku suka.


bersambung..
p/s: masih di proses pembelajaran menulis cerpen, mohon tunjuk ajar sahabat2 ya


rindu

bimillahirrahmanirrahim. musim hujan telah tiba =='


dengar kata di urdun sana, syita' juga hampir menjengah,
ya Allah sampaikanlah salamku pada bumi Anbiya itu semuanya. 


harini rasa amacam xsihat sangat. auchumm, banyak sangat mandi hujan 2 3 hari nie.
 moga setiap sakit itu menjadi kaffarah bagi dosa-dosa kita.


blogwalking again.
dan kali nie terbaca entry yang sangat menyenangkan dari ukhtyku, beliau seorang yang sangat hebat, tokoh pemimpin pelajar di zaman persekolahannya dulu, dan tidak asing lagi sekarang juga menjadi pimpinan pelajar di bumi permusafiran ilmunya.


dia bercerita tentang abah dan ibunya. dan aku yakin sekali bahawa itu tanda rindunya yang tak bertepi. 
kasih mereka membuat aku bungkam sendiri. ya tuhan, kau lebih mengetahui isi hati ini.


aku tahu barakah itu wujudnya pada kasih abawain, tapi.


dan masih ada tapi. bagiku..


cukuplah dengan nikmat yang Kau kurniakan sehingga hari ini, sampai saat aku mampu bangkit berdiri, dengan rahmat dan kasih sayangMu, Allah. 






aku sampaikan angin membawa salam kerinduan yang tidak pernah bertepi, dan moga angin itu membawa segala kesakitan pergi, dengan izin tuhan.

Saturday 8 November 2014

hikmah di sebalik setiap kejadian ~ Hikmah pasti ada ^^,

salam alayk.

get started with nice saturday morning, Alhamdulillah everything going fine from the started, then proceed with my MUET for today. may the best from Him to us. dont have any stories to be told actually, indeed just one to share about one thing. what it is ? its about what we called HIKMAH;

yes. deep down insde urself, when something bad get happened to us, we would felt down, heart-broken, flying spirits and many moore lah, but indeed we forget the HIkmAh of the things. know what buddies ? Allah love us so much as among those single things we do in lifetime whether good or bad will be recount but with His love and mercy we could enter the Jannah. Allahu Akbar.

one wors to say,

instead,

be thankful =]


*broken english*