Wednesday 23 July 2014

suatu malam sambungan. huff

salam alaik,
after the disscussion, alhamdulilah. ok sambung balik.


selepas kejadian tu, si hamba Allah ni terfikir balik..
rupa rupanya,
ada sesuatu yang masih tak sempurna,
ada sesuatu yang tak lengkap,
perlakuan dia masih tak cukup baik sebenarnya,
tingkah laku dia tak menggambarkan dia muslim sepenuhnya,
akhlak dia tak sempurna sebenarnya. Allah !


selama ini, dia fikir, dengan bertudung labuh,berstokin, berjubah,
dia telah menepati 'akhlak baik' tersebut.
tetapi tidak.
sesekali tidak.
memang dia muslimah yang tidak sempurna.
namun sejauh mana dia cuba mencapai tahap kesempurnaan itu ?


terduduk dia memikirkan perkara tersebut.
berjuraian air mata.
sayu hati,
betapa selama ini dia hanya bertopengkan kepura-puraan.
segalanya tidak realistik !


dia menyeru kepada kebaikan untuk orang lain,
tetapi dia melupakan dirinya sendiri,
kalam Allah menusuk tajam hatinya,



"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"



dia merasakan kata-kata Allah itu tepat, ditujukan kepadanya. mendalam.



sampai di bilik, lantas dia membuka lembaran Quran.
cuba menenangkan hati dengan alunan indah itu,
cuba berinteraksi dengan Allah melalui al Quran.



----------------
sejam kemudian. (^^,)



dia tenang.
damai dengan bicara Illahi.
memutuskan untuk beristikharah dengan cinta hatinya,
cinta yang lebih agung daripada mana-mana cinta yang pernah wujud,
cinta sang pencipta .


~tamat~
-------------------


cerita yang ringkas dan padat. yang penting, tidak berkaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. eheh. :3


main point nak sentuh sini, berkaitan AKHLAK.


bunyi macam senang kan, 6 aksara je pun, tapi ia melambangkan siapa kita.
*sigh*


Rasulullah S.A.W sendiri diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.Sesungguhnya akhlak rasulullah itu adalah al Quran. kita tak mampu untuk bersama Rasulullah pada hari ini, tapi betapa  hatta sayangnya Allah pada kita, Allah kekalkan al Quran itu bersama kita hatta Rasulullah tiada bersama kita.


i'm not a good person, seriously, aku sendiri masih nak belajar.
apa yang aku pegang, kongsilah apa sahaja yang kita tahu, hatta kita sendiri masih nak belajar sebab apabila kita nak tunggu pandai baru nak ajar orang, alamatnya macam tunggu musang berjanggut la. :3


hidup ni singkat dan sekejap. sebabnya hidup ni umpama rumah persinggahan je.
kita datang dan kemudia pergi, dan yang paling penting, kita tak bawa semua barang daripada rumah persinggahan, tapi kita hanya bawa kita punya bekalan.


begitu juga kalau nak balik ke kampung akhirat kelak, kita ni tak bawa apa-apa bekal melainkan hanya amalan dan taqwa kita kepada Allah. andai kata di sana nanti, amal-amal kita hanya umpama habaan mansura, maka merugilah kita selamanya sebab kita tidak akan mampu untuk pulang ke dunia kembali. nauzubillai min dzalik..








sementara masih ada waktu,
beramallah.


sementara masih punya ruang,
berbekallah.


kerana hidup ini singkatnya,
umpama kerlipan mata sahaja,
dan seakan esok sudah tiada bagimu.


-musafir-


habaan mansura = debu-debu berterbangan