Friday 23 May 2014

imtihan semester iii !

bismillahirahmanirrahim.

alhamdulillah.

exam mood.
ya Allah, kebelakangan aku merasakan diri terlalu sibuk. sibuk sekali. ya Allah jauhkah hati ini dari-Mu ?
merasakan tiada keberkatan dalam waktuku, merasa taklifan yang bertambah-tambah di atas bahu.
aku lemah. jatuh tersungkur. longlai tanpa bantuan dan ihsan dari-Mu, Allah.

kata orang, dengan banyaknya taklifan, itu tanda Allah sayang kerana mahu kita dekat denganNya,
aku tidak inginkan taklifan, aku tidak inginkan nama, harta, pangkat mahupun kekayaan, cukuplah hanya ketenangan hati yang tulus kepada-Mu.


antara dua kewajipan,
tiada yang utama dan lebih utama.
keduanya sekata pada timbangan.
semoga Allah meredai segala usaha.
dan memberkati dengan redhaNya.



bilamana terasa lemah, ingatlah firmanNya yang bermaksud,,

"jangan kamu merasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, sesungguhnya kamu adalah otang yang tinggi darjatnya sekiranya kamu beriman"


Allah sebut, sekiranya kamu beriman. Iman. Deep.
jauh ke dalam hati, ada sudut kecil yang inginkan kemanisan iman itu,


sabda Nabiy,
' antara cara untuk merasai kemanisan iman ada 3:- 
1) kamu mencintai Allah dan Rasulnya melebihi cinta kepada segalanya,
 2) kamu mencintai saudara kamu melebihi diri kamu sendiri, 
3) benci kepada kemungkaran sebagaimana kamu benci untuk di campakkan ke dalaam neraka.'


Allah sentiasa ada. ^_^


akhir kalam, cintailah, beribadatlah sepenuh hati mu hanya kepada Allah. ada kemanisan di situ :')

salam intihan nihaie. bittaufiq wa najah. <3