Sunday 16 November 2014

kasih pencinta. # part 1

ku menarik lengan sweater hitamku untuk menutupi jemari yang kejur kesejukan.
memandang ke luar tingkap, melihat sayugia reaksi dan pergerakan manusia sehari harian.
huff. aku mengeluh kecil. udara sejuk benar sehingga terasa mencengkam ke tulang hitamku.
bas ke kuala terengganu itu menuju terus tanpa henti, membiarkan aku tenggelam dalam lamunan diri..

wahai Terengganu, bumi Tarbiah, aku kembali !

----------

jadual seharian hidupku sebagai pelajar universiti dilalui seperti biasa. assignment, tugasan, perbentangan seakan akan menjadi makanan harianku. ditambah lagi dengan penglibatan ku di dalam persatuan-persatuan yang ku ikuti di situ, membuatkan hari-hari ku sebagai pelajar terasa begitu pantas berlalu. argh. aku hampir menamatkan diploma tahun dua aku di sini. hampir kurang setahun lagi, aku akan menamatkan sijil diploma ku di sini.

suatu hari, seperti hari-hari biasaku di perpustakaan, sambil menelaah buku-buka akademik yang memberatkan, aku berhenti seketika dan bangun ke berjalan bagi meregangkan urat-urat ku yang berseliratan. sambil itu aku mellihat ke sekeliling perpustakaan, ramai manusia yang sibuk mengulangkaji pelajaran. maklumlah, hampir seminggu sahaja lagi peperiksaan akhir akan dijalankan. semua sedang sibuk berkejar menghabiskan pelajaran. begitu juga diriku.


sedang asyik aku memerhati gelagat manusia, tiba-tiba seseorang menepuk belakang bahuku lantas aku berpaling dan melihat seniorku, kak ajah, tersenyum memandangku. Lantas aku balas senyuman manisnya itu dan mengajaknya duduk bersamaku. suasana diam seketika, terasa adrenalin dalam badanku mengalir dengan lajunya. penat  huh.


" dik, menungkan apa tu ? menung si dia yang kejauhan ea.. " tebak kak Ajah.
" Ish, takde la akak. Tiada siapa yang hendak dimenungkan. hehe. saje je Jay tengok gelagat manusia ni. seronok tau. " balasku bersahaja.

Tanda kerutan di dahi kak ajah jelas menunjukkan bahawa kata-kata ku kedengaran aneh di cuping telinganya. aku tertawa halus lantas aku perjelaskan maksudku dengan lebih mendalam.

" manusia ni makhluk yang kompleks kan akak ?

kenapa Jay cakap macam tu ? tanya Kak Ajah sambil tersenyum manis.

sebab.
.
.
.
.
.
.
jeda.
.
.
.
.
.
.
.
" takpe lah akak. panjang pula kalau nak cerita nie. hehe. btw, akak sihat ? "
ujarku ringkas sambil meraih lembut tangan ukhti kesayangan ku dan kusalami kemas.

" Alhamdulillah, akak sihat je sayang, ada-ada je la adik akak nie. sudahlah, jangan duk berangan sangat, jom kita pi lunch, akak belanja makan nasi ayam nak ? "

" ala akak nie, segan Jay, asyik akak je yang belanja, kali nie Jay belanja akak ya,? "

Kak Ajah mengganguk lantas kami bangun beriringin menuju keluar dari 'mesin ais beku' itu dan pergi menikmati makan tengahari kami. seronoknya, getus hati kecilku.


ya. aku sangat seronok apabila keluar dengan Kak Ajah. bahkan rasa lebih enjoy berbanding apabila keluar dengan gengs aku. sebab ? sebab yang pertama Kak Ajah tak pernah malu untuk keluar dengan aku, yeah, basically i am being me with her = ( long sleeves shirt + jeans ), and she never complained about that, dan yang kedua sebab Kak Ajah ni chill sangat sampai boleh borak perkara agama dengan aku sedangkan aku nie sangatlah jahil tahap gaban dalam agama. fuhh, tahap super woman akak nie.


dan kenkadang sampai satu tahap gengs pun pelik dengan aku, macam mana aku boleh jadik rapat sangat dengan Kak Ajah, naib presiden Persatuan Islam di Univ Alami ni.  yelah, aku ngan Kak Ajah jauh panggang dari api kott, tapi apa aku kesah orang kata, yang penting aku suka.


bersambung..
p/s: masih di proses pembelajaran menulis cerpen, mohon tunjuk ajar sahabat2 ya