Saturday 30 March 2013

ambition?

bismillahirrahmanirrahiim.

aura selepas dapat result spm. sibukk semacam jerr berfesbukk dan berkicau. 'haa, kau macam mana minah, nak apply U mane?'
'tipah, kau x isi mana2 borang ke?' 'mail, dah kau nak jadi apa sebenarnya ni?'

mak bapakk, datuk nenek, sepupu, sepapat, mak2 sdare, bapak2 sedare, hatta jiran sebelah rumah pasti riuh sakan menanyakan hala tuju lepasan spm. mahu ambil  bidang apa? Universiti mana? soalan paling glamor, cita-cita nak jadi apa.. lucu kan..


inche google


actually, aku pun pernah teruji. sehingga saat selepas menerima result itu mahu sahaja aku sorok mukaku yg hancus ni buat selama-lamanya.. bukan malu mngenai resultku, tapi malas melayan pertanyaan cepu cemas dari keluarga, sahabat, akhawat, sedara mara dan sewaktu dengannya. jawapan paling bernas, saya x pasti lagi. mudah kan menjawab. huk3. seakan hidup ini hanya mainan. *adush*

buat saat ini, nasihat santai kpd lepasan2 spm, chewaaah, pilihlah yg terbaikk ntok agama, bangsa, negara, maruah diri, dakwah, tarbiyah n etc.
bidang yang kita pilih, menentukan siapa kita.
beristikharahlah, mohonlah petunjuk drNYA, kerna hanya DIA yg mengetahui liku-lekok hidup kita.
yang terbekk, hanya DIA yg tahu,. (:
*solat hajat, doa*

---------------------------------------------------------------------------


actually, korang pernah ada cita2 tak? mesti ada kan,. nak2 masa kecik2 dulu. jawapan paling dominan, saya nak jadi cikgu.. hua3,. sebabnya, kbanyakan lekok hidup kita sewaktu membesar, kita melihat kerjaya cikgu tersebut. sehingga terdetik, kita juga mahu menjadi cikgu. learn from surroundings. (:


so, cita-cita ni dah jadi macam 1 keperluan, chewaah. dah jadi macam matlamat hidup pulak. aikk.
matlamat hidup = apa yg kita mahu capai dalam hidup.

tak salah bercita2 namun, x payah la sehingga betol2 struggle sampai separuh suku mati utk mencapai cita2 kita. setakat cita2 duniawi ini, x kekal ke mana. contoh, jadi doktor, sampai masanya kita akan bersara. so, not last longer ambition la,.


dalam hidup yg singkat ( padan duk pejam celik, pejam celik je), kita kena ada 1 ambition yg tertinggi. aduhai. strive for ----> mardhotillah,.
tanpa redha ALLAH, x merasa la sorgaNYA, hatta bau pun mungkin tak tercium kot,. padahal diriwayatkn bahawa bau sorga itu dapat dikesan walau dalam jarak yg jauh. sobsobsob*

tak kesah apa pun cita2 anda, asal jangan cita2 itu menjauhkan anda dari chenta ALLAH (:
segalanya wasilah (alat), ALLAH lah matlamat tertinggi kita,.allahu allah

ALLAH adalah tujuan kami,
rasulullah ikutan kami,
alquran pedoman hidup kami,
jihad adalah jalan juang kami,
mati di jalan ALLAH adalah,
cita2 tertinggi kami,.!

#layak ke aku nak nyanyi lagu nih *_*


nak jadi arkitek? doktor? dentist? pakar makanan? pakar kimia/fizik/biologi? akauntan?
boooleeeh saja,.
asalkan jadi yg beriman,.smilesenget,. ;')


p/s: andai antunna pemegang ijazah pengajian islam, beruntunglah, kefahaman yg mendalam,. asal jangan jadi musuh ALLAH  yg berijazah syariah.! nauzubillahimin zalik..


A077
dan tidakkah manusia memerhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setetes mani, ternyata dia menjadi musuh yang nyata! [yaasin:77]

wallahu a'lam,.


Wednesday 27 March 2013

c.h.o.i.c.e.s

bismillahirrahmanirrahiim. allahu allah. terasa singkat hidup ni. ya rabb..

semakin dekat dgn pilihanraya umum PRU13 ini, semakin hangat atmosphere rakyat malaysia terchenta ini. media bertungkus lumus, mnyebar berita2 tentang politikus di malaysia,. kerajaan, pembangkang,. semua saling berjuang, demi mempertahankn parti masing2. pelbagai aib, hujah mahupun fitnah tersebar luas,. menunggu dan cume menunggu saat keramat---> PRU13

aku bukanlah seorang penganalisis politik, mahupun menteri2, atau para pejuang. aku hanya mentafsirkn dr apa yg aku lihat, apa yg aku dengar, apa yg aku cari,. harapku cume satu, smoge tertegaklah daulah islamiyah di bumi malaysia yg terchenta ini,.dan termakbullah hasrat mendirikan 'baldatun toyyibatun wa rabbun ghafuur' allahu rabbi,. aamiin,.

-----------------------------------------------------

sekilas PRU. bercakap tentang pilihan. choices.
we made choices. right? hehe. dalam hidup ni kite sentiasa akan buat pilihan. always. kankan?



kita lapar. kita akn buat pilhan samada utk makan atau tidak.
mahu berjaya, buat pilihan samaada mahu stadi atau tidak.
hatta ketika mahu mati,. pun kita buat pilihan untuknya,. samaada kubur kita dr taman2 sorga atau dr lubang2 neraka. allahu allah..

yes. there is a choices. not believe it? qada' n qadar? yep. there is qada; n qadar, but some thing in our life that we can choose it.


A007
demi jiwa manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dgn kelengkapan yg sesuai dgn keadaannya)

A008
serta mengilhamkannya (utk mengenal) jalan yg membawanya kpd KEJAHATAN dan yg menbawanya kpd KETAQWAAN

#assyam:7-8#

ALLAH membentangkan dua jalan kepada kita, manusia, dalam hidup kita. samaada jalan ketaqwaan atau jalan kejahatan. samaada memilih syurga atau neraka sebagai jalan pengakhiran kita. masih ragu2 untuk memilih?

justeru, kita hisab, kita nilai, kita koreksi diri kita. sejauh mana kita melangkah ke arah jalan ketaqwaan atau sebenarnya kita sudah terbenam dalam ke lubuk jalan kejahatan. nauzubillahi min zalik.
memilih jalan ketaqwaan itu, bukan senang, bukan jalan yg dihampari karpet merah mahupun jalan yg ditaburi mawar yg harum semerbak. cewaah.
jalan ini, jalan salafus-sholih, jalan para anbiya, jalan para muttaqin, muqarrabiin. jalan mereka x pernah mengenal kesenangan, tiada y mudah..

rasulullah sendiri, habibullah y ma'sum itu teruji dgn tomahan, hinaan, caci maki, hatta cubaan pembunuhan, namun baginda salallahu 'alaihi wassalam tetap tegar dan sabar di jalan ini. kita?? sesiapa yg pernah terima ugutan bunuh kerana memilih jalan ini sila angkat tangan. pfftt.

dilempar batu oleh penduduk thaif, hingga berdarah kepalanya. berperang dalam peperangan uhud, hingga tercabut giginya. cubaan membunuh yg x pernah segan silu menjengah kepadanya. beliau tetap sabar. beliau tetap maju. beliau tetap berjuang. tanpanya. tidak akn smpai islam ini kepada kita. x kan kita menghirup udara persaudaraan ini. beliaulah yg mulia, khatamul anbiya, muhammad ibn abdullah salallahu 'alaihi wassalam..

namun,. wahai sahabat yg dichentai, jangan berputus asa pada jalan ini. biar susah di dunya, hakikatnya, insya ALLAH senang di akhirat sana..

senang.
senang...
senang. . .


mahupun hakikat berjuang itu susah, kita ada tarbiyah yg mengajarkan sabar, kita ada sahabat fillah yg mendamaikan, y lebih penting,, kita ada janji ALLAH & rasul yg dipertaruhkan.. usah bersedih hati. la tahzan.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan. [almaidah:35]



dalam semua umat islam,
tak ramai yg berjuang,
dalam yg berjuang,
tak ramai yg istiqamah,
dalam yg istiqamah,
tak ramai yg akan sampai ke akhir perjuangan.

salam perjuangan.!








Tuesday 26 March 2013

akhir kita

soksek soksek.. rancak cik kiah dan cik bedah duduk menganyam ketupat a.k.a gosip tentang jiran sebelah rumah mereka. hatta, burung2 berterbangan pun x mghiraukan keletah mereka di bawah pokok mempelam itu.'kau tahu kiah, si rumah sebelah tu tuttt,. pastu suke pulak tuttt' begitu haibat cik kiah & cik bedah ni sehingga bertepuk tampar, bergelak sakan.. semut hitam yg lalu kt depan dorang menggeleng2 lagi tgok aksi dramati dorang ni. *eksyen*
azan asar berkumandang,. namun mereka masih rancak menbuka, menyingkap, mengkorek, membedah siasat aib jiran2 dorang. tanpa rasa bersalah. pffft.

emm. intro mengarut mngabang.okeyh.

------------------------------------------------

A.I.B..
okeyh. semua orang ada aib masing2, kankankan? aib ni stand for perkara yg memalukan. macam dosa, maksiat yg kita buat or pengalaman2 yanggg----> memalukan..ok.
takde orang/manusia/human yg suke aibnya dibuka. right?
just kenape kenape dan kenape ramai yg suke membuka aib orang lain. astaghfirullah. nanges.

dosa dengan ALLAH ---> minta ampun dengan ALLAH
dosa dengan manusia ---> mintak maaf dengan manusia,.

antara manusia dengan ALLAH, yg lebih penyayang, lebih pemurah, lebih pemaaf ialah ALLAH,.
ada manusia yg sukar utk memaafkan dan meminta maaf. just like having a golden stone in mouth. ahaks.
ada manusia yg mudah memaafkn dan meminta maaf. thanks ALLAH. :)
dosa mengumpat, menbuka aib, membuat fitnah perlu diminta maafkan kepada si mangsa tersebut,.
chill. tak jatuh pun standard, tak hilang pon kehenseman, tak lokek pon kecantikan, kekayaan kalau kite meminta maaf,. :)

okeyh. baru nak masuk poin. hahaha. -.-
di dunia ni, ada aib yg kita dapat simpan. kunci kemas2 dalam peti besi, lempar dalam laut.pfftt.
senang cite. teros x dapat dijumpai..
tapi di akhirat nanti??

"(ingatlah) hari (yg pada waktu itu) ALLAH mengumpulkan kamu pada hari perhimpunan (utk dihisab), itulah hari (waktu itu) diperlihatkan segala kesalahan, dan barangsiapa yg beriman kepada ALLAH dan mengerjakan amal soleh nescaya ALLAH akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan memasukkannya ke dalam syurga yg mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. itulah keuntungan yg besar"  ~attaghabun:9~


impress.shock.yeay.terlompat2 sakan dengar janji ALLAH ini.nyaris kena sakit jantung sebab gembira.hua3.dramatik sikit.hua3.ALLAH menjanjikan kpd orang2 yg beriman dan beramal soleh, satu anugerah yg tidak dapat dijual beli, tidak terhingga, hadiah tertinggi yakni sorgaNYA..wah,. subhanallah,. eik,.kejap2. ce hitung diri,. termasukkah kita dalam golongan ni? atauu...


"dan orang-orang kafir dan mendustakan ayat2 kami, mereka itulah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. dan itulah seburuk-buruk tempat kembali"~attaghabun:10~

nauzubillahi min zalik. moga kita tidak termasuk dalam golongan dalam ayat ke 10 ini.
antara orang yg kafir dan mendustakan ayat2 ALLAH. balasannya neraka, ditambah pula kekal selamanya di sana. allahurabbi. sedangkan api dunia yg kecil ini pun tak tertahan panasnya,. dengan berani kita mahu mencampakkan diri ke neraka yg berpuluh2 kali ganda besar apinya.?


wahai tuhan, ku tak layak ke syurgamu, namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...

dimana pengakhiran kita?
sorga yg indah.
atau.
neraka y pedih.
ALLAHu rabbi.

semoga ALLAH melindungi, merahmati kita dengan kasih sayangNYA,.




.

bismillahirrahmanirrahiim,. alhamdulillah.
the times get over all my days~ terasa cepat hari y berlalu. o dear ALLAH,.
kadang kita x sedar bila waktu dah berlalu..
sungguh sadis apabila mgenangkan khilaf diri.
hanya berharap agar ALLAH sentiasa menghadirkan rasa sesal itu.
berharap pintu taubatNYA terbuka luas bagiku.
berharap agar diundurkan seceping waktu *xmngkin kot*
berharap dan terus berharap. . .

--------------------------




Tuesday 12 March 2013

ayah ustaz


bismillahirrahmanirrahiim.

Petang itu, aku menjejakkan kaki ke teratak ayah ustaz. Ayah ustaz nampaknya sibuk memotong tebu tanamannya untuk dijual. Sudah lama nampaknya aku tidak menjenguk ayah ustaz. Sebenarnya ayah ustaz merupakan ustaz yang mengajar aku mengaji sewaktu kecil dan sehingga kini kukira. Aku senang dengan perwatakan ayah ustaz. Seorang yang tenang, peramah membuatkan aku tidak segan silu untuk berbual dengannya. Namun ketegasannya ketika mengajar mengaji memang tidak dinafikan lagi. Aku rindu saat itu.

"ustaz sihat?" aku memulakan bicara.

"alhamdulillah, haa mu guane cite?"

"gini la ustaz. Hehehe. Tunggu result spm. Dekat doh nie"

"sementara ada masa ni baiklah belajar. Mak ayah mampu lagi nak tanggung. Kekgi kan tetibe je kabo ke ustaz mu nak kawen dah" gelak ayah ustaz

"mana ada ustaz eh. Kite nok belajo dulu. Hehe. Lambat lagi berasenye nak kawen. Hihihi"

"mana tahu kan. Yelah kita merancang hidup kite,ALLAH merancang jugok. ALLAH la hok tahu belakenye" sengih ayah ustaz

"betol doh oe ustaz. Doh ustaz doa2 ke kite etek" senyum mewek

"hor lah. Bukan ustaz suh mu kawen lalu. Baik mu belajo la. Tapi gtu la maknenye, rancangan ALLAH tetap dah. Qadak dan qadar."


Tu la antara dialog aku & ayah ustaz. Opss. Bukan berkisar tentang perkahwinan yerp. Tapi berkisar tentang aturan ALLAH. :)
Petang itu aku mendapat modal baharu, bahawa aku merancang, dan ALLAH jua telah merancang, namun rancangan ALLAH lah yg paling terbaik utkku.
Bukan bererti bahawa kita tidak perlu merancang, tapi konsep USAHA, DOA & TAWAKAL yg diutarakan.
*ala macam budak sekolah je dengarnye*hua3 actually konsep ini perlu selagi diri bernama hamba kepadaNYA. :)


Untuk cemerlang, kita berusaha. Diiringi dengan doa yg berpanjangan. Akhirnya berkisarkan tawakal kepada pncipta. Mengapa?
Kerana DIAlah pemilik hati, DIAlah empunya dunia bahkan seluruh kuasa tertakluk kepadaNYA. Wajarkah untuk meminta selain dariNYA?

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." surah Ghaafir:60

Itu janjinya, cepat atau lambat itu urusanNYA. Mungkin doa itu lambat dimakbulkan kerana tertangguh ke hari peghabisan. atau mungkin DIA masih mahu kita meminta kepadaNYA kerana DIA ingin kita mendengarkan rintihan kita kepadaNYA.

'ALLAH rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan'

 #segala story mory adalah tidak berkaitan dengan yg hidup ataupun yg telah meninggal dunia :)

Sunday 3 March 2013

kek batik osem

bismillahirrahmanirrahiim. alhamdulillahi Rabbil 'alamiin.
*in mood of memasak. :) tetibe je. mungkin memikirkan juadah untuk dibawa ke taman ilmu bersama sahabiah terchenta. sambil melewo-lewo ( baca=blogwalking) terjumpa resepi kek batiik. auch. so touching. lame xmakan. miss it.

ok.go on memasak. agak meletihkan. stress. finally, i did it. hua3.

my first impression sblom kek batiik tuh dilanyak2kan.,
pesal kek batik ni berketul2, mesti susah nak adjust, xkn nk susun satu2, makan masa, haii. x macam bentuk kek yg ak tgok kat pasar malam pun..

and then, kputusan diambil, lets 'lanyak' comel2 kek nih,. agak berdebar juga pada awalnya, takut tidak menjadi seperti yg diharapkan, atau lebih teruk, tidak menjadi langsung.! adush.

dan,.. jengjengjeng,.! tadaa.. kek 2 jadik rapat2, kukuh, rata n........macam KEK. hua3. congrats to my self. masuk lif tekan sendiri =.=


actually, kenapa inche penulis membazirkan masa menulis tentang kek batiik yg perasan osem tuh? ^^'
salah satu cubaan membanggakan diri? dush.! takde maknenye tuh.

manusia ni sebenarnye macam tu la kan. kena pressure, tekan kuat2, rapat2, guna method yg betul, baru menjdi spt yg diharapkan (walau xspenuhnya)..
ingin melahirkan golongan generasi yg berIMAN, berILMU, berTAQWA, dn segala 'ber' yg menjurus kearah modal insan cemerlang, gemilang, tak terbilang n etc memerlukan tekanan @ bahasa mudahnya tunjuk ajar/tarbiyah/pendidikan.. barulah mereka akn tersedar & terarah ke jalan yg betul.. kita perlu pegang mereka, tunjuk mereka, dorong mereka.

analoginya, umpama layang2. layang yg putus talinya, akan bebas. mengikut laluan ciptaannya sendiri. tidak terkawal. manakala layang2 yg kekal pada talinya, akan terikat, dengan laluan yg menggerakkannya. dikawal sempurna. maaf., dikawal, bukan dikongkong ye. #take note

fenomena hari ini, begitulah rentaknya. golongan remaja alias pemimpin pada masa hadapan, tidak terkawal, umpama layang2 yg putus talinya. terbang mengikut haluan sendiri, tatkala angin meniup ke arah barat, maka kebaratlah ia terbang, jika ke timur, ke timurlah ia terbang. tiada hala tuju. tiada pedoman hidup. khuatir rasanya. awas. jangan sakit jantung lagi, remaja dalam kalangan ini mungkin hanya segelintir cuma. (:

hakikatnya begitulah. mungkin dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku. kun fayakun >.<


ubat kepada masalah ini ialah pendidikan alias tarbiyah. untuk menegakkan tarbiyah, perlu kepada bulatan gembira. perlu kepada penambahan ilmu. perlu kpd munaqasyah ( perbincangan). perlu kepada perasaan besar hati. yg paling utama perlu kepada IKHLAS. betulkan niat, betulkan hati. insya ALLAH dimudahkan segalanya. (:

inche google


ubat = pahit. jarang2 ubat itu manis. kepahitan tarbiyah pasti mendatangkan hasil yg cukup super sukses, insya ALLAH. payah pasti mengajar syukur, mengajar ikhlas, mengajar sabar :)
btw, doktor = murobbi, untuk memberikan ubat perlulah ubat yg bersesuaian dengan penyakit yg dihidapi pesakit kan? x kn pesakit diabetes diberi ubat darah tinggi. alamaknya balik awal la. hihihi.

doktor perlu mencari uslub terbaik utk menasihati pesakit utk makan ubat,. hehe..
ada masa mungkin kita yg menjadi doktor, ada masa kita yg menjadi pesakit,.'give n take' so sweet.. (:

#andai rasa jiwa 'sakit', berusahalah mencari doktor, *doktor ummah* yg selalunya sibuk on call di bulatan gembira,. (:
#wahai tuan duktur, ikhlaslah dalam memberi, cubalah juga utk menerima, awasilah amanah yg diberi (: