Sunday 11 October 2015

Kembara Jeli 3.0

Salam 'alayk.

Alhamdulillah. Hari kedua menetap di Perkampungan Sungai Rual ini. Setakat hari ini pelbagai aktiviti menarik yang kami sertai. Yang paling menyentuh hati ialah sewaktu mendengar laungan azan yang dilaungkan oleh si cilik daripada penduduk orang Asli ini. Sangat mendayu dan menyentuh hati. Betapa sinar Islam itu sendiri sedang mencetus tunasnya disini.

Anak² Orang Asli sedang melakukan praktikal bacaan dalam solat 


Setiap detik aku cuba merapati mana-mana kanak² yang aku jumpai. Bagiku mereka umpama mutiara yang berkilauan sinarnya. Perlu digilap sentiasa agar cahayanya tidak luntur dan kelam. Antara kanak-kanak yangku ingati namanya ialah Azram, Mustafa, Paie, AlHadi, Mie, Taufiq, Fatanah dan lain-lain. Penduduk disini 100% ialah Muslim akan tetapi masih baru dalam pengamalannya. Ada segelintir rumah yang kami temui masih lagi memelihara anjing namun anjing-anjing itu tidak menggangu masyarakat sekeliling.

Aku senang dengan suasana disini. Di sini, masyarakatnya tidak hanyut dek teknologi namun cuma masih jahil dalam Islam yang sebenar itu sendiri. Surau kecil yang berjasa ini masih lagi mempunyai jemaahnya tersendiri, azan jyga dilaungkan secara lantang disini. Bagi aku, kita dan mereka tidak berbeza. Hanya skop kejahilan sahaja yang memisahkan. Hakikatnya, kita semua masih hanyut dek ujian dunia. Masih belum sempurna pengamalan agama, cuma sedikit maju selangkah ke hadapan sahaja.

" Sesungguhnya agama disisi Allah taala itu hanyalah Islam "

Alhamdulillah, atas nikmat Islam yang kammil ini, ayuh kita lengkapkan diri bagi membantu insan yang lain, agar kenikmatan meraih cinta Allah taala itu dapat kita rasai dan kongsi bersama. Sebarkan bahagia.

091015 | 05.15 PM
Kehujanan,
Pos Kg Sungai Rual, Kelantan
- Allahumma Soiban Naafia -