[tajuk
tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun entry ini. hohoho XD]
bismillahirrahmanirrahiim.
alhamdulillah. summa alhamdulillah. now its syawal. hohoho. =='
ramadan
berlalu pergi, seakan melambai dan memberitahu yang ianya takkan kembali. sadis
rasanya. moga ramadan kali ini bawa perubahan besar untuk kita semua.
insyaALLAH.
banyak
yang kita dapat belajar sepanjang perkara yang berlaku dalam hidup kita. bak
kata omputih, whether you realise it or not je. jadi, sepanjang ramadan yang
berlalu, hmm.. banyak yang hendak dikongsi. aish. dah bertukar jadi diari la
pulak. hahaha. stop it. focus focus.
moga
kita semua bisa mendapat rahmatNYA untuk berubah. menjadi lebih baik dari
sekarang. menjadi lebih berguna untuk ummah. aku, kau, awak, kamu dan kita
semua sedang melalui proses perubahan itu. hidup ini tidak akan pernah sunyi
dari mehnah dan tribulasi. tak akan. fulsetop. kerana dengan ujian itulah kita
akan semakin mengenali hakikat diri kita. seorang hamba yang hina.
justeru
dalam menghadapi ujian, kita memerlukan kepakaran untuk mengatasi ujian
tersebut. namun, adakah semudah dengan mengandaikan anda ialah monsheter yang
ganas super haibat dan masalah ituu adalah hanya seperti burger yang paling
lazat di dunia dan sedia untuk dimakan oleh anda dengan lahapnya. err. klise.
suatu
perkara yang kita perlu pegang ialah, segalanya yang ada di dunia ini adalah
ciptaan ALLAH yg Maha Agung lagi Perkasa. kan kan.? jadi... pabila kita
menghadapi masalah dengan apa-ii sahaja didunia ini, ingatlah bahawa ALLAH
adalah sebaik-baik tempat mengadu dan sebaik-baik penyelesai masalah.
- ALLAHU la
ilaha illa huwal hayyun qayyun.-
pokok
pangkalnya, perlunya akidah yang kukuh diterapkan dalam diri semua umat manusia
agar manusia itu tidak mudah goyah, tidak lemah. dengan akidah yang kukuh lagi
sejahtera juga, manusia mampu hidup aman damai harmoni dan sentosa, insyaALLAH.
masakan orang yang betul-ii menyedari hakikat dosa pahala syurga dan neraka
akan tergerak untuk melakukan dosa yang hanya merugikan dan mengundang
kemurkaan ALLAH azza wa jalla? bahkan tidak mungkin.
dalam
proses untuk mendapatkan akidah yang sejahtera perlu pada pembelajaran,
penerapan dan pengamalan dalam diri setiap individu muslim. muslim itu bukan
hanya sekadar pada namanya atau adatnya, muslim itu melambangkan agamanya
sendiri. biar siapapun kita, hatta guru, engineer, doktor pakar vyang terhaibat
sekalipun, selagi kita bernama muslim dan beriman, kita perlu melaksanakan
tuntutan-ii sebagai seorang muslim dengan sesempurna mungkin. kita semua ialah
cerminan bagi agama kita. penjuru-ii islam itu sendiri. biar kita menjadi
engineer, menjadi engineer yang beriman. biar kita menjadi kontraktor,
kontraktor yang beriman. kerana sesungguhnya, tanpa iman, we are nothing.
zero.
-kamu
mulia dengan islam, apabila kamu mencari kemuliaan selain dengan islam, kamu
akan menjadi hina- (tokoh islam)
-musafir
illahi-
p/s:
ada sape2 nak teka tuu kata-ii dari tokoh islam yang mane? yang cepat dapat
duet raye. :D
p/ss: ni post lame, tpi baru post. hmm.