Wednesday 27 February 2013

sunnah berjuang

bismillahirrahmanirrahiim.
 terpesona melihat kehidupan alam yg teratur. cuaca cerah dan agak mendung. burung2 berkicauan, terbang, melabuhkan sayap di lopak air dan membersihkan dirinya. angin bertiup manja. indah rasanya. bersastera sebentar. kejap. ini bukan cubaan ini betul betull. senyuuum
credit:inche google


berjuang. ramai orang berjuang dalam hidup yg sementara ini kan. si ketua keluarga berjuang mencari sesuap nasi buat anak2 dan isteri. si ibu berjuang menyediakan hidangan, kelengkapan yg terbekk buat suami dan anak2. anak2 pula berjuang, belajar dn bekerja bersungguh2 demi membanggakan ibubapa. setiap orang mempunyai jalan juangnya yang tersendiri. setuju? :D

bahkan bukan setakat manusia, makhluk lain turut berjuang dalam dunia mereka. haiwan berjuang, untuk mencari makana, tempat tinggal, pasangan hidup. tumbuh-tumbuhan juga berjuang mendptkn cahaya matahari, air, udara. alamak. masuk siri national geografic le pulak. >.<

jadi, salahkah andai kita sebut disini bahawa berjuang itu fitrah?
lebih kukuh lagi bahawa berjuang itu adalah sunnah. kenapa.xpercaya. angkat kening

ingatkah kita sirah zaman Rasulullah dahulu, sirah2 perjuangan Rasulullah. berjuang untuk menegakkan akidah yg sebenar-benarnya. ke arah pengabdian semata-mata kepada yg Ahad,.
beberapa siri perjuangan Rasulullah, peperangan yg berlaku, semata-mata untuk menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi dan melaksanakan al-amru bil ma'ruf wa nahyi anil mungkar (menyeru kpd kebaikan & mencegah kpd kemungkran),.

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(Al-Nahl 16:36) 


justeru, wahai saudara/ri yg beriman, sejauh mana juang kita menuju ALLAH. ke arah mengikuti sunnah Rasulullah. melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar.
benar. kita berjuang utk hidup ini. makanya dalam berjuang itu seharusnya sewajarnya semestinye kita meletakkan matlamat juang kita lillahi taala.

namun, jangan kekurangan diri kita dijadikan asbab untuk tidak turut sama berjuang fi sabilillah. kerana sememangnya kita ini tidak sempurna. jika hendak menunggu diri layak utk mperjuangkan agam ALLAH, jawabnya sampai ke sudah kita tak berjuang. betul tak. tak yah nak nafi2 lagi le. gelakjahat

mengapa kita perlu berjuang?

islam datang sempurna sampainya kepada kita pada hari ini kerana apa? kerana perjuangan itulah.
perjuangan Rasulullah dan para sahabatnya beribu2 tahun yg lampau. andai kata Rasulullah dahulu tidak mahu berjuang, pastinya agama islam tidak akan sampai kepada kita pada hari ini.

dan kemudian, apabila kita sudah merasakan nikmatnya islam ini, kita hendak simpan sensorang?? dush.amek kau kedekut sangat.kita pula yg perlu meneruskan susur perjuangan Rasulullah itu. sampai bila. sampailah ke hujung hayat bahkan perjuangan yg kita terapkan kpd pewaris2 kita akan berkekalan hingga ke Yaumul Hisab. insya ALLAH. sedarkan diri anda, kalau perlu. siram dengan air. hehe. kitalah mata rantai perjuangan islam. yg bergerak, bergerak, dan akan terus bergerak. samada menang dalam islam (mujahid), atau mati dalam perjuangan (syahid). itulah cita2 tertinggi. syahid fi sabilillah.

"dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki;

(dan juga) mereka bersukacita Dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) Yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira Dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam Yang sedang berjuang), Yang masih tinggal di belakang, Yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.


171. mereka bergembira Dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), Bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Yang beriman". 

AALI IMRAN=169-171

ayuhlah sahabat kita turun berjuang. utk menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi ini. kerana itulah yg
selayaknya dilaksanakn. salam perjuangan.