Monday 25 February 2013

paksaan menuju keikhlasan

bismillahirrahmanirrahiim,.
pernahkan anda rasa dipaksa? pernah. justeru apa yg anda rasa. pastinya sakit & sukar utk mlakukan sesuatu dgn paksaan kn? double smile

so macam mana anda belajar solat? jika sejak lahir sememangnya anda sudah pndai solat dn tidak perlu dipaksa oleh ibubapa anda maka anda ialah org yg hebat.! org yg hebat jarang2 dijumpai kan,.hehe.. jdi, mgikut kebiasaannya kita sememangnya akan dipaksa utk solat kn? setelah dipaksa secara berterusan, kita akan merasa biasa utk solat. hasilnya, kita akan solat tanpa dipaksa.

ngee,. apa yg kau menceceh ni?

nak bgitaunyer kt sini, nak datangkan kebiasaan kpd sesuatu perkara tuh perlukan paksaan. setuju? kalau x setuju sila teruskn pembacaan anda =.=

jadi manusia ni perlu dipaksa utk mlakukan sesuatu,. contohnya seorang tabien memaksa dirinya utk bangun solat malam selama 20 tahun pertama,. hasilnya, pada 20 tahun berikutnya, tabien tersebut bangun mengerjakan solat malam tanpa perlu dipaksa.mknenya, beliau bangun solat malam selama 40 tahun berturut2. wow.! credit to sini

setelah menjadi kebiasaan, hilanglah kemalasan tuh,. konklusinye,: nak buat kebaikan ni perlu dipaksa terlebih dahulu dan insya ALLAH keikhlasan tuh akn menyusul! double triple senyumm

joOm check sirah ~
sewaktu kedatangan malaikat jibril membawa wahyu yg pertama,.
Rasulullah disuruh oleh malaikat jibril supaya membaca. berulang kali disuruh menbaca sekalipun Rasulullah menjawab 'aku tidak tahu membaca'

lantas di ajarkn malaikat jibril kpd rasulullah wahyu yang pertama,.


"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia (Allah) mencipta manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Rabb engkau itu amat mulia. Yang mengajar dengan pena. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." 
[al-'Alaq, 96:1-5]


suatu suruhan. lebih berbentuk paksaan kpd rasulullah supaya membaca. nah, sirah yg berulang2 di ceritakan di hadapan kita,. yg sudah kita hadam jalan ceritanya. hatta jikalau disuruh menceritakan kembali sirah ini pasti semudah memetik jari..

cerita tentang paksaan ini sudah ada beribu tahun yg lalu, bahkan berlaku kpd junjungan yg mulia,. jadi, siapakah kita utk menidakkn paksaan ke arah kebaikan?

mata merah. pipi basah. ayuhlah. paksa dirimu kpd kebaikan,.

beruntunglah kpd sesiapa yg dikurniakan chenta kpd kbaikan,. tidak perlu di paksa,. namun, buat si futur ini, chenta itu perlu dipaksa, disemai, dn dipacakkan dalam nurani,.


mungkin kalian boleh berhujah, 'tidak ada paksaan dalam agama'
sewajarnya, paksaan yg dimaksudkn dlm ayat surah ali-imran tersebut merupakan paksaan dalam memilih agama.

namun, apabila kau sudah memilih islam,. maka kau perlu 'dipaksa' utk mlakukan perintah2 yg termaktub dalam agama islam..

wajarkah, seorang pekerja, melanggar arahan majikannya?. dush.patut disepak

beruntunglah apabila memilih islam, menjauhi taghut, ayuhlah 'memaksa' diri ke arah mardhotillah.. :)