salam n hi bloggers !
Ramadan Kareem. :)
Meh nak share satu entry yang dah lama taip tapi bru ada chance nak post :p
Petang itu aku bercadang untuk
duduk bersantai sahaja selepas asar di bilikku. Sambil mengangkat kain di
ampaian belakang, Kak Ain merangkap jiran bilikku masuk sambil membawa senaskah
mushaf Al-Quran.
“Akak nak tumpang baca Quran kat bilik awak. Bilik awak sejuk sikit.
Hehehe. Bilik akak panas la.”, Ujar Kak Ain sambil tersenyum. Aku mengiyakan sahaja. Beberapa minggu ini
memang keadaan agak panas di Kuala Terengganu, penangan El nino barangkali dan
mungkin sahaja ini ujian dari Allah, ujian akhir zaman, monologku sendiri.
Usai melipat kain aku memerhatikan Kak Ain dalam diam. Dia betul-betu
bersungguh membaca Quran, istiqamah aku lihat dia membaca Quran. Paling tidak
dalam sehari mesti ada sekali aku mendengar dia mengalunkan bacaan Quran.
Dengan keadaan dirinya yang sedang mengandung lima bulan, tambahan lagi bilik
kami di tingkat tiga pula tu. Dalam diam aku mengagumi ibadah fardi (individu)
yang dia amalkan. Sangat memberi inspirasi terutama kepada kami, generasi
adik-adik yang masih bujang trang trang trang lagi ni. emojisenyumsumbing.
“Akak.. nak tanya sikit ni.. hahaha.. jangan marah pula ya.. nak tanya,
ermm,, best ke kahwin muda a.k.a kahwin masa belajar ni?”, secara tiba-tiba soalan tu muncul dari
mulutku. Hahaha. Rasa macam silap pula istilah kahwin muda itu sebab kalau
melihat pada umurnya memang sesuai dah untuk berkahwin. Dah 23 tahun kot.
Lainlah macam aku kan. Masih sweet twenty kata orang. Hahahaha. Masih sempat
memuji diri dalam hati.
Kak Ain menutup mushaf yang dibacanya. Sebenarnya dah habis dah bacaannya,
sebab tu aku berani menanyakan soalan cepumas itu. Aku mengagak soalan ini soalan tipikal yang
ditanyakan orang padanya. Kak Ain pun jenis selamber orangnya. Aku jamin
sesiapa yang baru bertemu dengannya mesti tidak akan kekok, sebab dia pandai
sangat sembang. Hihihi. Peramah ye kawan-kawan. Salah satu contoh teladan yang
baik. Bangga pula jadi jirannya. Hehehe.
“ Hurm, sebenarnya kahwin ni kan, benda pertama yang awak perlu ingat, it
is not like what we read or watch in televisions. Takdenye yang sweet memanjang
24 hours tuh. Yang ada ialah a lot of responsibilities..” balas Kak Ain yang membuatkan aku terdiam
sekejap. Wah, speaking ye. Aku masih mencerna bait-bait jawapan Kak Ain tadi,
short dan concise. Tapi penuh makna kot.
Be responsible. Tu antara intipati yang aku dapat sepanjang perbualan aku
dengan Kak Ain. Dalam mana-mana bahtera perkahwinan, itulah resipi yang paling
utama. Mesti ada tanggungjawab dan toleransi. Kadang-kadang bila terfikirkan
urusan perkahwinan dan bina keluarga ni, timbul juga perasaan yang aku masih
belum bersedia untuk belajar semua ni. Yelah, perjalanan masih jauh kot. Ijazah
sarjana muda pun baru masuk tahun satu.
Cumanya, salah satu alasan yang membuatkan aku berminat dengan isu ini
ialah kerana melihatkan generasi muda zaman sekarang. Zaman aku. Ya, zaman
generasi Y (atau mungkin dah gen Z ye ? hahaha. Sila google sendiri). Melihat
kepada isu yang berlaku, dengan ketagihan gadjetnya, isu gejala sosialnya,
membuatkan aku terfikir, bagaimana aku nak membina generasi yang berbeza dari
generasi sekarang ini untuk akan datang ? Macam mana aku nak lahirkan generasi
Al-fateh mahupun paling rendah sekalipun, generasi yang memahami Islam secara
keseluruhannya ?
Benda ni buat aku terfikir banyak kali. Yang sebenarnya kita semua bakal
lalui suatu hari nanti. Melainkan jika Allah ambil nyawa kita sebelum kita
berkeluarga. Jadi, kita tetap perlukan persediaan. Ini bukan main-main macam
main pondok-pondok atau kahwin-kahwin masa zaman hingus meleleh dulu. Ini
masanya bila seseorang yang ditakdirkan oleh Allah menjadi jodoh engkau, dan
kalian pula akan membina generasi yang bakal mewarisi nama dan keturunan
daripada kalian. It is a big thing guys.
Sebahagian dari kawan-kawan aku (i’m not sure if they r reading this. lulz)
bagitahu terlalu awal untuk kita bincang isu ni. Tapi bagi aku, Ibu Imam
Syafiee juga telah mempersiapkan dirinya terlebih awal untuk melahirkan
keturunan yang hebat. Begitu juga Ibu Imam Ghazali. So, kita macam mana ? Wahh
rasa macam terlebih semangat dah ni. hehehe. Jangan risau ye kawan-kawan, aku
bukan nak minta kalian kahwin awal, aku cuma nak sarankan kita buat persediaan
sebagai seorang ibu yang hebat mulai dari awal. Okeyh ? *tanda aman*
Setiap orang ada pandangan tersendiri tentang isu ni. Setiap orang boleh
berfikir dengan baik kan. Hehehe. Jadi kesimpulannya, kalau kahwin nanti jangan
lupa jemput. Eh eh eh. Tersilap pula, kesimpulannya, persiapkan diri anda wahai
muslimah, tidak kiralah jodoh anda bakal sampai awal atau lambat kerana
tertinggal tren, yang penting kita mesti menjaga diri sebagai seorang muslimah
dan memperbanyakkan amalan sebagai bekalan hidup kita. Zaman muda ini bukannya
zaman untuk berfoya-foya tapi ianya adalah zaman pembentukan peribadi kita yang
terpenting. Jika kita tidak menjaga peribadi kita pada saat ini, bimbang kita
sukar untuk mengubahnya saat kita tua nanti.
Last but not least, ingat ni ye kawan-kawan, bagaimana acuan begitulah
kuihnya. Winkwink. Selamat mempersiapkan diri menjadi madrasah ummah. Btw
jangan la pula sampai lupakan tanggungjawab sebenar kita sebagai pelajar
ye (:
Terima kasih kerana sudi membaca
bebelan ini. Pen off :]