Sunday 6 December 2015

Kematian

Tangan ligat menulis di sini, sambil ak cuba merangka-rangka isi yang hendak diluah. Namun jemariku bergetar, takut dengan tajuk yang aku sendiri bawakan.


Kematian.


Hari ini penuh status baik di muka buku mahupun di instagram berkenaan pemergian Allahyarham
Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil. Aku turut merasa pahitnya. He was a great fighter.


Ajal maut semuanya budak menurut kehendak dan kemampuan manusia. Aku sendiri pernah merasakan peritnya kehilangan insan yang tersayang. Di saat usianya hanya sebaya sahaja denganku, dia pergi menyahut panggilan illahi.


Mengingati kematian membuat aku sering berdoa semoga Allah mematikan aku dalam keadaan aku bersedia untukNya. Dalam keadaan bekalanku melayakkan aku mendapat seceduk rahmatNya.Aku ingin pergi dalam keadaan rindu dan cinta pada Kekasih agungku..


Damailah wahai insan-insan yang ku sayangi. Selamar menunaikan janji pada Illahi. Doakan kami yang masih hidup ini, agar sentiasa bersiap sedia untuk kembali.


Menanti lamaran kematian. Hingga waktunya.


sekalung maaf aku hulurkan, buat sahabat-sahabat yang pernah mengenaliku. andai tiba saatnya aku pergi, moga keampunan dari kalian aku bawa sekali.