Saturday 31 January 2015

akhir januari yang suram.

salam alayk ;)


Alhamdulillah ya Allah.

untuk nyawa ini, untuk nafas ini, untuk nikmat berada dalam perjuangan ini ya Allah..

semester baharu pun bermula. dan ini maknenya, hanya tinggal satu semester ini sahaje sebelum aku melepaskan title sebagai pelajar diploma. koffkofffkohh.


awal 2015 banyak memberi khabar-khabar baharu buat diri ini, sebagai iktibar & pengajaran, sebagai peringatan buat hamba yang lemah ini. Allahu.



2015 menyaksikan pemergian seorang sepupuku yang tersayang, arwah Farah Ezzati bt Zol, di awal usia dua puluhan, meninggalkan kami, sanak saudara dan sahabat handai nya.

.Al-Fatihah.



sesungguhnya benarlah pada Kematian itu peringatan bagi yang masih bernyawa. Allah tidak akan sekali-kali mempercepatkan atau melewatkan ajal seseorang itu. sayu aku melihat sekujur tubuh jenazah yang dahulunya riang, ceria, kini senyap tidak bernyawa, dimatikan oleh Allah di sisi manusia namun dibangkitkan kembali di barzakh untuk di hitung amalannya. Allahu.

masih terbayang dimata, andai aku yang berada di tempatnya ketika ituu..



semoga kesihatan dan 'afiat buat kita semua, khususnya kita doakan buat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, moga dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menyumbang buat ummah.



wahai pemuda, selagi masih hidup, berjuanglah, selagi nyawa belum dicabut, teruskanlah berjuang. kerana kita tak tahu bilakah perjuangan itu akan berakhir dan kita tidak mampu untk menjamin bahawa kita akan mati dalam perjuangan.

moga akhir kita dalam perjuangan Islam dan rahmat Allah taala.



salam Isyak.