Wednesday 27 March 2013

c.h.o.i.c.e.s

bismillahirrahmanirrahiim. allahu allah. terasa singkat hidup ni. ya rabb..

semakin dekat dgn pilihanraya umum PRU13 ini, semakin hangat atmosphere rakyat malaysia terchenta ini. media bertungkus lumus, mnyebar berita2 tentang politikus di malaysia,. kerajaan, pembangkang,. semua saling berjuang, demi mempertahankn parti masing2. pelbagai aib, hujah mahupun fitnah tersebar luas,. menunggu dan cume menunggu saat keramat---> PRU13

aku bukanlah seorang penganalisis politik, mahupun menteri2, atau para pejuang. aku hanya mentafsirkn dr apa yg aku lihat, apa yg aku dengar, apa yg aku cari,. harapku cume satu, smoge tertegaklah daulah islamiyah di bumi malaysia yg terchenta ini,.dan termakbullah hasrat mendirikan 'baldatun toyyibatun wa rabbun ghafuur' allahu rabbi,. aamiin,.

-----------------------------------------------------

sekilas PRU. bercakap tentang pilihan. choices.
we made choices. right? hehe. dalam hidup ni kite sentiasa akan buat pilihan. always. kankan?



kita lapar. kita akn buat pilhan samada utk makan atau tidak.
mahu berjaya, buat pilihan samaada mahu stadi atau tidak.
hatta ketika mahu mati,. pun kita buat pilihan untuknya,. samaada kubur kita dr taman2 sorga atau dr lubang2 neraka. allahu allah..

yes. there is a choices. not believe it? qada' n qadar? yep. there is qada; n qadar, but some thing in our life that we can choose it.


A007
demi jiwa manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dgn kelengkapan yg sesuai dgn keadaannya)

A008
serta mengilhamkannya (utk mengenal) jalan yg membawanya kpd KEJAHATAN dan yg menbawanya kpd KETAQWAAN

#assyam:7-8#

ALLAH membentangkan dua jalan kepada kita, manusia, dalam hidup kita. samaada jalan ketaqwaan atau jalan kejahatan. samaada memilih syurga atau neraka sebagai jalan pengakhiran kita. masih ragu2 untuk memilih?

justeru, kita hisab, kita nilai, kita koreksi diri kita. sejauh mana kita melangkah ke arah jalan ketaqwaan atau sebenarnya kita sudah terbenam dalam ke lubuk jalan kejahatan. nauzubillahi min zalik.
memilih jalan ketaqwaan itu, bukan senang, bukan jalan yg dihampari karpet merah mahupun jalan yg ditaburi mawar yg harum semerbak. cewaah.
jalan ini, jalan salafus-sholih, jalan para anbiya, jalan para muttaqin, muqarrabiin. jalan mereka x pernah mengenal kesenangan, tiada y mudah..

rasulullah sendiri, habibullah y ma'sum itu teruji dgn tomahan, hinaan, caci maki, hatta cubaan pembunuhan, namun baginda salallahu 'alaihi wassalam tetap tegar dan sabar di jalan ini. kita?? sesiapa yg pernah terima ugutan bunuh kerana memilih jalan ini sila angkat tangan. pfftt.

dilempar batu oleh penduduk thaif, hingga berdarah kepalanya. berperang dalam peperangan uhud, hingga tercabut giginya. cubaan membunuh yg x pernah segan silu menjengah kepadanya. beliau tetap sabar. beliau tetap maju. beliau tetap berjuang. tanpanya. tidak akn smpai islam ini kepada kita. x kan kita menghirup udara persaudaraan ini. beliaulah yg mulia, khatamul anbiya, muhammad ibn abdullah salallahu 'alaihi wassalam..

namun,. wahai sahabat yg dichentai, jangan berputus asa pada jalan ini. biar susah di dunya, hakikatnya, insya ALLAH senang di akhirat sana..

senang.
senang...
senang. . .


mahupun hakikat berjuang itu susah, kita ada tarbiyah yg mengajarkan sabar, kita ada sahabat fillah yg mendamaikan, y lebih penting,, kita ada janji ALLAH & rasul yg dipertaruhkan.. usah bersedih hati. la tahzan.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan. [almaidah:35]



dalam semua umat islam,
tak ramai yg berjuang,
dalam yg berjuang,
tak ramai yg istiqamah,
dalam yg istiqamah,
tak ramai yg akan sampai ke akhir perjuangan.

salam perjuangan.!