bismillahirrahmanirrahiim.
Petang
itu, aku menjejakkan kaki ke teratak ayah ustaz. Ayah ustaz nampaknya sibuk
memotong tebu tanamannya untuk dijual. Sudah lama nampaknya aku tidak menjenguk
ayah ustaz. Sebenarnya ayah ustaz merupakan ustaz yang mengajar aku mengaji
sewaktu kecil dan sehingga kini kukira. Aku senang dengan perwatakan ayah
ustaz. Seorang yang tenang, peramah membuatkan aku tidak segan silu untuk
berbual dengannya. Namun ketegasannya ketika mengajar mengaji memang tidak
dinafikan lagi. Aku rindu saat itu.
"ustaz sihat?" aku memulakan bicara.
"alhamdulillah, haa mu guane cite?"
"gini la ustaz. Hehehe. Tunggu result spm. Dekat
doh nie"
"sementara ada masa ni baiklah belajar. Mak ayah
mampu lagi nak tanggung. Kekgi kan tetibe je kabo ke ustaz mu nak kawen
dah" gelak ayah ustaz
"mana ada ustaz eh. Kite nok belajo dulu. Hehe.
Lambat lagi berasenye nak kawen. Hihihi"
"mana tahu kan. Yelah kita merancang hidup
kite,ALLAH merancang jugok. ALLAH la hok tahu belakenye" sengih ayah ustaz
"betol doh oe ustaz. Doh ustaz doa2 ke kite
etek" senyum mewek
"hor lah. Bukan ustaz suh mu kawen lalu. Baik mu
belajo la. Tapi gtu la maknenye, rancangan ALLAH tetap dah. Qadak dan
qadar."
Tu la
antara dialog aku & ayah ustaz. Opss. Bukan berkisar tentang perkahwinan
yerp. Tapi berkisar tentang aturan ALLAH. :)
Petang
itu aku mendapat modal baharu, bahawa aku merancang, dan ALLAH jua telah
merancang, namun rancangan ALLAH lah yg paling terbaik utkku.
Bukan
bererti bahawa kita tidak perlu merancang, tapi konsep USAHA, DOA & TAWAKAL
yg diutarakan.
*ala
macam budak sekolah je dengarnye*hua3 actually konsep ini perlu selagi diri
bernama hamba kepadaNYA. :)
Untuk
cemerlang, kita berusaha. Diiringi dengan doa yg berpanjangan. Akhirnya
berkisarkan tawakal kepada pncipta. Mengapa?
Kerana
DIAlah pemilik hati, DIAlah empunya dunia bahkan seluruh kuasa tertakluk
kepadaNYA. Wajarkah untuk meminta selain dariNYA?
"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." surah Ghaafir:60
Itu
janjinya, cepat atau lambat itu urusanNYA. Mungkin doa itu lambat dimakbulkan
kerana tertangguh ke hari peghabisan. atau mungkin DIA masih mahu kita meminta
kepadaNYA kerana DIA ingin kita mendengarkan rintihan kita kepadaNYA.
'ALLAH
rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan'
#segala story mory adalah tidak berkaitan dengan yg hidup ataupun yg telah meninggal dunia :)