Showing posts with label curhat. Show all posts
Showing posts with label curhat. Show all posts

Wednesday, 28 May 2014

nihaie; its now or never ;')

salam 'alaik. salam maghrib <3 <3

two papers more.  hohoho.
*lompat-lompat*


my semester III journey,,
rasa nak mengimbau balik semester ni,, bermula semester III memang sangat excited nak masuk. yela nak belajar bende baru kan.. *huff*
dan bermulalah 10 subjek yang mencabar, hari-hari kulalui dengan gumbira sedih dan tawa. haiyakk.



a. Fiqh Sirah
b. Balaghah
c. Fiqh Munakahat
d. Kosmologi Perbandingan
e. Muhadathah II
f. Tafsir
g. Hadis
h. Mustalah Hadis
i. Individu dan Komuniti
j. Kitabah wa Ta'bir


okai. ni senarai subjek untuk semester III, dan hampir semuanya dalam bahasa Arab. wink wink.
dan akhirnya, sekarang berbaki dalam 2 papers lagi nak habis semester ni. rasa sayu dan sedih. waaa. macam la dah final diploma. T.T


sepanjang perjalanan semester III ni banyak banyak banyak sangat perkara baharu yang aku belajar. ijn fact mungkin sebab pertambahan umur kot menyebabkan rasa lebih dewasa dan lebih banyak tanggungjawab berbanding sebelumnya. hohoho.



dalam perjalanan kehidupan,
banyak yang ku lalui,
segala tangis dan tawa bersama sahabat seperjuangan,
mahupun bersendirian mendamba tuhan..



i.m gonna miss this semester. oh., wuwuwuwu.



since that, mungkin ini study week a.k.a exam week yang ohsem sangat kot. bukan selalu aku study dengan kawan-kawan nie. :3
so, rasa terharu haru haru sangat. sobs sobs. sebab ada kengkawan yang sudi jugak bertandang ke teratakku ini walaupun di tingkat empat. hohoho.
my promise,
insyaAllah aku akan cuba tingkatkan lagi hubungan dengan korang, walaupun waktu sangat-sangat mencemburui diriku yang lemah ini. :'(



ganbatte !



next,
love uolls,
uhibbukum fillah.


pss: walaupun dalam mood hekzem, jangan lupe Allah. 
fa iza azamta, fa tawakkal 'ala Allah. 
pen off.. =]


Tuesday, 8 April 2014

:: di aNtara 2 chEnta ::

bernafas dalam jiwa hamba~

Bismilllahi ala barakatilah ^_^
lama tak blogg-ing , rasa macam dah kena vakuum dah blog ni = ='

chenta.
hari ni terdetik nak sembang pasal chenta.
dan aku sedang dilamun chenta. h0hO. *curios*

ya. sungguh terpesona antara dua chenta, yang manakah harus dipilih ?
Allah.
sungguh chentaMu lebih kusenangi, dan ku tersepit antara
chenta si anak dan chenta sang hamba.
kuatkanlah mana yang lemah, dan thabatkanlah mana yg tetap ,
wahai pemilik segala chenta..

'apabila kita mencintai sang Pencipta cinta, maka kita akan mencintai sesiapa sahaja yang mencintaiNya'



moga Allah menumbuhkan rasa cinta dan sayang antara kita sekeluarga, agar di akhirat kelak, kita dapat berhimpun dengan penuh rasa chenta kepadaNya.

 missing them T.T

~Allah jagakan mereka~

with lots of Love,
ur Family. <3

Monday, 3 March 2014

coret malam =='

kata orang, 
asal susah di dunia, biar senang di akhirat sana. _deep_


kehidupan. berkembang biak. peralihan daripada kecil ke besar.
this is life. ye. seperti yang umumnya yang difahami manusia.
tapi.
 pernah tak kita fikir, kenapa aku hidup sebenarnya, what should i do, where shall i go after live n so on. . .
the truth was,
ak pun pernah fikir camtuu. dan sampaikan satu tahap dah siap2 buat timeline hidup masa hadapan lagi. giler semangat >.<
tapi.
buat satu ketika, aku terlupa bahawa ada yang berhak atas kehidupan aku ni. ya. ^_^
Dia yang memberikan aku nyawa, jasad dan segalanya. ALLAH. (:
menyedari suatu hakikat bahawa diri ini dimiliki, membuatkan aku tergerak untuk memanfaatkan seluruh keringat dan kudrat diri ini untuk Dia, Rabbul Jalil yang memberikan nyawa dan chentaNya.

ketahuilah,
aku hanya insan lemah,
alangkah baiknya jika aku tidak dihidupkan,
alangkah syukurnya jika aku hanya seekor burung,
tapi.
Dia mengaturkan takdirNya buat aku, kamu dan kita.
aku dijadikan sebagai seorang manusia. 'ahsanu taqwim'
sebaik-baik ciptaan. dikurniakan dengan akal dan iman,
justeru dimana lagi bahagianku untuk tidak bersyukur ?


aku malu denganMu tuhan,
aku malu padamu Rasulullah,
alangkah dangkalnya diri menjadi hamba yg tidak bersyukur,
menjadi ummat yang melebur!




Sunday, 7 July 2013

luahan. bukan dari penulis yerp :p

bismillahirahmanirrahiim. rajin pulak mengepost. *senyum senget*

alhamdulillah. ini ada kisah dari seorang sahabat.

'sukarnya menjaga hati. terutama apabila hati itu terpaut pada insan berlainan jantina. terpaut pada kehensemannya, kesolehannya dan segala-galanya lah. apabila hati sudah terpaut, setiap perkara yang dilakukan pun nampak indah belaka. bak kata org, kentut pun wangi. err.


tapi yang membezakan ialah, alhamdulillah ALLAH kuatkan hati kau agar tak goyah dengan lembutku sebagai seorang wanita. dan ALLAH juga maha bijaksana dengan tidak membiarkan aku terkinja-ii meraih perhatian darimu. aku cuba menjaga perasaan ini. lebih tepat, aku cuba menghindarkan perasaan ini. mahu aku lempar perasaan ini jauh-ii dari sudut hatiku. kerna aku takut, aku mungkin tak dapat menanggung perit perasaan ini.


kadangkala aku mahu kau mengerti, bahawa aku meminatimu. tapi maluku membentengi diri. aku cuba menjauhi mu, menghindarkan dari melihat susuk tubuhmu, agar aku tak jatuh ke perangkap syaitan yang durjana. hari demi hari. aku cuba melazimi zikir-ii indah, agar aku lebih mengingatiNYA darimu. agar aku tenggelam dalam cinta kepadaNYA dari pada mu.


dan alhamdulillah. semakin aku mendekatiNYA, semakin aku yakin bahawa DIAlah yang maha menggerakkan hati-hati, yang maha mencetuskan kasih suci, yang maha mengatur segala sesuatu. dan aku mulai berasa rugi, kerana aku tidak mendekatiNYA dari dahulu lagi.


aku cuba menebarkan sayap. memohon ampunan tuhan. mendamba cinta yang abadi. cinta Rabbku yang suci. dan untukmu, aku juga harap begitu, agar kau mampu menjaga hatimu. andai kau bukan milikku, aku pasrah kerana ALLAH tahu yang terbaik untukku. kerna takdir ALLAH itu tak siapa yang tahu. insyaALLAH, cukuplah ALLAH bagiku.~


nukilan : anonymous :D

Saturday, 6 April 2013

dekat


A016

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
(Qaaf 50:16) 


wahai sang pemilik nyawaku,
lindungi ku dari putus asa..

Dia lebih dekat,
lebih lebih lebih dekat.

maka kpd siapa lagi yg kau mahu
harapkan,..


to be continued,. in shaa ALLAH,.

Saturday, 30 March 2013

ambition?

bismillahirrahmanirrahiim.

aura selepas dapat result spm. sibukk semacam jerr berfesbukk dan berkicau. 'haa, kau macam mana minah, nak apply U mane?'
'tipah, kau x isi mana2 borang ke?' 'mail, dah kau nak jadi apa sebenarnya ni?'

mak bapakk, datuk nenek, sepupu, sepapat, mak2 sdare, bapak2 sedare, hatta jiran sebelah rumah pasti riuh sakan menanyakan hala tuju lepasan spm. mahu ambil  bidang apa? Universiti mana? soalan paling glamor, cita-cita nak jadi apa.. lucu kan..


inche google


actually, aku pun pernah teruji. sehingga saat selepas menerima result itu mahu sahaja aku sorok mukaku yg hancus ni buat selama-lamanya.. bukan malu mngenai resultku, tapi malas melayan pertanyaan cepu cemas dari keluarga, sahabat, akhawat, sedara mara dan sewaktu dengannya. jawapan paling bernas, saya x pasti lagi. mudah kan menjawab. huk3. seakan hidup ini hanya mainan. *adush*

buat saat ini, nasihat santai kpd lepasan2 spm, chewaaah, pilihlah yg terbaikk ntok agama, bangsa, negara, maruah diri, dakwah, tarbiyah n etc.
bidang yang kita pilih, menentukan siapa kita.
beristikharahlah, mohonlah petunjuk drNYA, kerna hanya DIA yg mengetahui liku-lekok hidup kita.
yang terbekk, hanya DIA yg tahu,. (:
*solat hajat, doa*

---------------------------------------------------------------------------


actually, korang pernah ada cita2 tak? mesti ada kan,. nak2 masa kecik2 dulu. jawapan paling dominan, saya nak jadi cikgu.. hua3,. sebabnya, kbanyakan lekok hidup kita sewaktu membesar, kita melihat kerjaya cikgu tersebut. sehingga terdetik, kita juga mahu menjadi cikgu. learn from surroundings. (:


so, cita-cita ni dah jadi macam 1 keperluan, chewaah. dah jadi macam matlamat hidup pulak. aikk.
matlamat hidup = apa yg kita mahu capai dalam hidup.

tak salah bercita2 namun, x payah la sehingga betol2 struggle sampai separuh suku mati utk mencapai cita2 kita. setakat cita2 duniawi ini, x kekal ke mana. contoh, jadi doktor, sampai masanya kita akan bersara. so, not last longer ambition la,.


dalam hidup yg singkat ( padan duk pejam celik, pejam celik je), kita kena ada 1 ambition yg tertinggi. aduhai. strive for ----> mardhotillah,.
tanpa redha ALLAH, x merasa la sorgaNYA, hatta bau pun mungkin tak tercium kot,. padahal diriwayatkn bahawa bau sorga itu dapat dikesan walau dalam jarak yg jauh. sobsobsob*

tak kesah apa pun cita2 anda, asal jangan cita2 itu menjauhkan anda dari chenta ALLAH (:
segalanya wasilah (alat), ALLAH lah matlamat tertinggi kita,.allahu allah

ALLAH adalah tujuan kami,
rasulullah ikutan kami,
alquran pedoman hidup kami,
jihad adalah jalan juang kami,
mati di jalan ALLAH adalah,
cita2 tertinggi kami,.!

#layak ke aku nak nyanyi lagu nih *_*


nak jadi arkitek? doktor? dentist? pakar makanan? pakar kimia/fizik/biologi? akauntan?
boooleeeh saja,.
asalkan jadi yg beriman,.smilesenget,. ;')


p/s: andai antunna pemegang ijazah pengajian islam, beruntunglah, kefahaman yg mendalam,. asal jangan jadi musuh ALLAH  yg berijazah syariah.! nauzubillahimin zalik..


A077
dan tidakkah manusia memerhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setetes mani, ternyata dia menjadi musuh yang nyata! [yaasin:77]

wallahu a'lam,.


Tuesday, 26 March 2013

.

bismillahirrahmanirrahiim,. alhamdulillah.
the times get over all my days~ terasa cepat hari y berlalu. o dear ALLAH,.
kadang kita x sedar bila waktu dah berlalu..
sungguh sadis apabila mgenangkan khilaf diri.
hanya berharap agar ALLAH sentiasa menghadirkan rasa sesal itu.
berharap pintu taubatNYA terbuka luas bagiku.
berharap agar diundurkan seceping waktu *xmngkin kot*
berharap dan terus berharap. . .

--------------------------