Saturday, 22 June 2019

SETAHUN YANG PANJANG

Assalamualaikum wbt 


Hola,
it is actually dah 2019. yang sebenarnya dah menghampiri separuh tahun 2019. Alhamdullillah thumma alhamdulillah atas kurniaan umur yang bersisa ini ya Rabb. 
Dah lama rasanya tak menoktahkan kata di blog ni. Tak sangka, dah hampir setahun aku meninggalkan alam pembelajaran dan melangkah ke alam pekerjaan.


 Ramadan 1439 H - Ramadan 1440 H


A year.
Totally a great time for changes to happen.

Dari bergelar pelajar yang tiada komitmen selain daripada belajar, ku mulakan langkah sebagai pekerja. Berbekal kelulusan pengajian Islam, guru al-Quran kerja yang pertama aku mencuba. 24 Jun 2018, tarikh aku mulakan langkah kecil sebagai guru al-Quran di Kafa Ar-Ridhwah Taman Banggol Indah, Kemaman. Hari pertama bekerja, hampir sahaja aku terkejut. Balik dengan kepenatan. Begini rupanya alam pekerjaan. 


Alhamdulillah, setelah hampir enam bulan bekerja aku semakin menyesuaikan diri. Tidak putus juga ku mohon dalam doa semoga diberikan peluang yang lebih baik. Bergelar graduan bukanlah satu perkara yang mudah tapi cukup sukar. Tiada lagi alasan untuk tidak berkerja. Segala perbelanjaan diri jatuh pada diri sendiri. Ditambah dengan persepsi orang sekeliling apabila kau belum mendapatkan kerja yang lebih baik atau yang layak dengan kelulusan. Mungkin inilah saat diri teruji dengan segalanya (bagi aku la setakat ni). Dunia aku berubah 360 darjah. Tiada jadual kuliah, tiada kawan-kawan. Yang ada cuma aku dan hidupku yang sunyi sekali. Tidak aku nafi hari-hari yang dimana aku sangat bencikan diriku sendiri. Terasa useless dan down. 



Permohonan kerja sudah banyak yang aku hantar. Begitu juga sesi interview yang aku hadiri. Tapi jauh di sudut hati, jiwa aku meronta untuk belajar kembali. Demi sebuah ijazah yang diidamkan. Namun jalannya bukan sebarang. Perlu pengorbanan dan ketabahan. 

Awal 2019, aku diberi taklifan sebagai guru Kafa pula di pusat pengajian tu. Bertambah waktu kerja bermakna bertambah gaji harianku. Alhamdulillah. Namun komitmen juga bertambah. Mengajar, menelaah, bersabar dan cuba bersabar. Rindu pada jami'ah bukan kepalang. 8 April 2019, aku melaporkan diri sebagai guru ganti Bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan Seri Geliga, sekolah lamaku. Selama dua bulan mengharungi dunia sebagai seorang 'muallimah' (gelaran bagi guru bahasa Arab) sangat mengubah perspektif aku kepada guru. 



Berulang kali aku tanya pada diri, betul ke aku nak jadi cikgu ni? 



Dan berulang kali aku mohon dalam doa, 

Ya Rabb, tunjukkan aku pada jalan yang sebaiknya bagiku dan bagi agamaku. 


Sebenarnya dah lama aku bercadang nak sambung pengajian Sarjana. Ever since aku belum graduated lagi. Sebab bagi aku benda tu yang aku suka, Alhamdulillah. Tapi bila makin hari berlalu, aku makin ragu, betul ke benda ni yang aku minat? 
Orang selalu cakap kalau kita buat benda yang kita minat, benda yang susah pun jadi mudah. Ayat ni aku pegang masa buat tesis degree dulu. Sampai la tesis tu siap dengan jayanya Alhamdulillah. Cuma adakah ayat ni akan kekal relevan untuk akan datang?


--------------

eh, sebenarnya post ni sekadar nak catch up sebab dah lama blog ni bersawang. Tiberr jadi macam panjang pulak. Overall, nak cakapnya yang setahun lepas aku habis belajar ni, adalah setahun yang sangat-sangat panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaang bagi aku. And literally, aku belajar banyak perkara baru, Alhamdulillah. 



Gonna write much more after this insyaALLAH 



Till then, 

With Love 
xOja.

Monday, 8 October 2018

Tentang Cinta dan Kehidupan


Mereka bertanya tentang cinta. Aku khabarkan bahawa cinta itu rela memberi apa sahaja, merasai segenap kehidupan orang yang kita cinta, walau sejauh mana jarak yang ada. Cinta adalah nadi kehidupan. Dari cinta sepasang manusia, lahir generasi yang berkekalan lamanya. Dari sebenih cinta ibu, tumbuh anak-anak yang perkasa jiwa dan cekal hatinya. Kekuatan cinta mampu menandingi segenap rasa di dunia. Dan kerana cinta, insan yang telah dijanjikan syurga masih sujud hingga bengkak kakinya di pertiga hening malam. Begitu kuat rasa cinta. Begitu aneh namanya cinta.

Bercakap mengenai kehidupan pula, pandanglah ke pelusuk dunia, kau kan temui beribu jawapan kehidupan. Lihatlah si miskin untuk kau kenal rasa kaya, pandanglah yang terbelenggu di penjara untuk kau hidu nyamannya angin kebebasan yang kau ada. Memandang segenap dunia, beribu tona manusia, padanya ada jutaan cerita kehidupan. Yang menariknya, semua cerita itu pusatnya pada satu pencipta. Ehwal hidupnya dalam pengetahuan pencipta yang Maha Esa itu. Bahkan sedetik masanya manusia itu jua tidak kan pernah terlepas dari ilmu-Nya.

Meramu cinta dalam kehidupan bukan semudah menguli tepung dalam masakan. Padanya perlu ada kesedaran yang maha dalam, perlu pada petunjuk yang membawakan. Kerana aroma cinta dalam kehidupan begitu manis untuk disiakan begitu sahaja tanpa cakna dan usaha. Begitu kata Jalaluddin ar-Rumi mengenai percintaan, 

“Hati yang tak mencinta akan gagal dalam perhitunganNya.”

Demikian tanpa cinta yang kita pasak pada hari ini, kelak segalanya akan berantakan. Rumah yang tidak dipandu dengan cinta, akan hancur dimakan masa. Hati yang tidak dipagut dengan cinta, lama kelamaan kebosanan melanda. Jemu untuk bertemu, malas untuk bersua. Akhirnya lembaran cinta terlerai tanpa kata. Bagaimana untuk mengecap bahagia sebenarnya tanpa isi cinta?

Begitulah untuk bertemu Tuhan, perlu ada rasa cinta. Cukup dengan cinta, alam kan terasa lapang bagi kita. Dunia kan dilihat biasa sebagai tempat persinggahan sementara, bukan lagi tujuan utama. Hati meronta untuk mempercepat perjalanan menuju cinta. Dunia diambil secukup rasa sebagai perhentian menuju Dia. Namun dalam asyik bercinta dan mengenali-Nya, perlulah ada pengetahuan dan bimbingan. Agar cinta terarah pada yang selayaknya, bukan mensyirikkan Dia. Pusat seluruh kecintaan adalah Allah azza wa jalla, pemilik alam semesta. Maka cukup dengan mencintai-Nya, seluruh anggota alam kan turut mencintaimu, kerana cinta itu adalah kehidupan.  

Tinta Istisyhad,
07102018

Sunday, 15 October 2017

Menulis

Bismillah.


Senja menjelang azan mula berkumandang. Sela waktu yang ada aku manfaatkan seketika bagi menjenguk laman yang sudah lama terbiar ini. Usang dan kusam. Almaklumlah zaman sekarang semua orang sudah menggunakan medium sosial lain yang lebih canggih seperti facebook, whatsapp dan instagram. Aku sendiri juga begitu. Namun sesekali rasa rindu bertandang lalu aku gerakkan jemari kurniaan Tuhan ini untuk menukil sedikit sebanyak kata, untuk simpanan di hari tua.


Janganlah engkau terhenyak dengan musibah semalam yang terjadi. Kerana musibah di dunia ini tak satu pun yang bertahan abadi (musibah tersebut pasti akan berakhir). 

Asy-Syafie r.a




Masa seakan begitu laju berlalu meninggalkan manusia yang terkapai-kapai dalam kejahilan. Beruntung bagi yang sentiasa memanfaatkan masanya demi ummah dan agama. Sungguh, aku cemburu pada kalian. Bagiku, menulis sesaat seakan satu terapi yang mengurangkan beban di bahu. Kehidupan sebagai seorang anak, pelajar, kawan, sahabat dan khalifah terlalu memerlukanku untuk fokus sehingga kadangkala aku terleka dek kesibukan. 


Untuk setahun yang berbaki bergelar pelajar sarjana muda ini (insyaAllah), akan aku cuba manfaatkan sebaik mungkin dengan persediaan-persediaan untuk menghadapi ummah kelak. Bukan jawatan mahupun pangkat yang menjadikan kita seorang Daie, bahkan taklifan itu untuk semua khalifah di muka bumi ini. 


ya Allah, ajarkanlah aku agar sentiasa ikhlas. 


Dengan jumlah waktu yang tidak diketahui bilakah akan terhenti ini, moga-moga Allah kurniakan kita semua kudrat untuk sentiasa menjadi hambaNya yang mukhlisin insyaAllah.


Oktober ini Alhamdulillah dah mencapai umur 22 tahun kehidupan. Matlamat kematian pula masih lagi dalam perancangan. Mohon doa daripada semua agar kita semua diberikan keberkatan waktu sentiasa. InsyaAllah.

yess yaa itu kamuu, Allah rindu tauu >.<

Dan mohon doa juga ya agar dapat istiqamah menjadi penulis (:



Regards,
Istisyhad 


Monday, 23 January 2017

Rindu yang tiada penghujungnya

Usai solat maghrib di bilik hostel, aku terus mencapai naskah al-Quranku. Terasa lama sudah diri tidak menghiburkan hati dengan Kalamullah ini. Ya Allah, aku tenggelam dalam kelalaian dan kesibukan yang aku sendiri cipta. Astaghfirullah..


Aku mencari tanda terakhir yang aku letak pada Quran itu. Lama sudah rupanya aku tidak menyambung bacaan harianku yang aku target untuk dikhatamkan. Aku belek penanda itu, masih pada permulaan Surah Yaasin rupanya.


Basmallah dilafaz dan aku terus memulakan bacaanku secara perlahan..


Tanpa aku paksa tiba-tiba memori empat disember lalu terbayang di kepala..

--------------------

04122016


Rentak kaki aku hayun perlahan menuju ke anak tangga rumahku. Renungan mereka-mereka yang berada di luar seakan menghantar mesej simpati padaku. Abangku yang sedia menyambut aku di muka pintu juga tidak aku endahkan. Hati aku gundah. Aku masih seakan tidak percaya apa yang telah berlaku itu.


Sambil memberi salam, aku terus berjalan ke dapur mencari buah hati kesayanganku, anak-anak buahku. Aku peluk satu persatu. Aku memohon kekuatan untuk aku hadap realiti itu.


Dan akhirnya aku melangkah ke ruang tamu. Sekujur jasad menyapu pandangan mataku. Aku duduk di kakinya. Aku usap kakinya. Sejuk. Keras. Kaku.

dan buat pertama kalinya aku menangis semahu-mahunya disitu.


seakan mimpi. itu yang aku rasa. seakan slot motivasi yang sering dibawa oleh senior-seniorku di sekolah, kini aku sedang merasainya. masyaAllah, aku sudah menjadi seorang yatim wahai Allah.


Usai sempurna bacaan doa di kuburan, semua beransur pulang kecuali ahli keluargaku yang masih tinggal. Aku ambil senaskah yaasin dan aku mulakan bacaanku..

Terbayang pada benakku cerita-cerita alam barzakh yang pernah aku baca, yang pernah aku belajar. Teringat aku pada soalan mungkar nakir, nikmat serta azab kubur yang dijanjikan. Aku takut. Aku takut selepas aku melangkah itu, ayahandaku akan mula disoal oleh pasangan malaikat mungkar nakir itu.


Ya Allah, kasihanilah dia, rahmatilah dia, sayangilah dia Wahai yang Maha Penyayang, Wahai yang Maha Pengampun..


doa itu aku ulang berkali-kali.


--------------------

 Moga ayahanda tenang di sana, kata bonda, orang yang mati hanya mengharap pada doa orang yang hidup. Teruskan doa padanya, hadiahkan pahala buatnya. Orang yang hidup, perlu beramal sebelum mati tiba.



Istisyhad
Yang Mahu Jadi Baik

Tuesday, 7 June 2016

Turki - Part 1

Bismillah.

Sesiapa yang tidak mempelajari sejarah akan mengulanginya..

Turki Uthmaniyah ( 1924 )


Alam menjadi saksi bisu...

Terengganu ( 2016 )


            Usai berwuduk aku menuju ke rak buku di dalam bilikku, mengambil sebuah buku yang belum kubaca. Sejujurnya mindaku sudah menyeru aku untuk berehat tetapi mataku masih berdegil meminta untuk dibuka. Lantas sebuah buku sejarah aku ambil. Nah, rasakan lagi, kalau masih tidak mengantuk juga mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan mataku ini, monologku sendiri. Buku  kerdipan bintang melayu di langit Turki itu aku usap perlahan. Memori di Karangkraf Selangor tempoh hari tergambar di kotak fikiran..


            Ketika pertama kali aku terpandang buku ini, terus aku jatuh cinta padanya. Wah, seakan cinta pandang pertama kata anak muda. Tapi sayang, saat itu dompetku tidak memberi banyak peluang untuk aku berbelanja. Almaklumlah teman, hidup sebagai pelajar yang tanpa bantuan, namun aku gagahi juga demi sebuah cinta. Ehh, kenapa cinta ? Kerana bagiku memiliki buku itu adalah hobi yang sangat aku cintai, umpama menyimpan gudang khazanah ilmu yang sangat berharga. Hahaha. Maafkan aku atas kesasterawaan yang maha dahsyat ini. Jadi secara ringkasnya ia selamat menjadi hak milikku dan selamat aku bawa pulang ke kampung halaman. Cuti semester yang panjang ini bakal kuhabiskan bersamamu wahai buku. Hehehe.


            Panjang pula celotehnya ya. Turki. Aku usap perlahan tulisan itu di kulit buku. Segayut rasa sayu bertamu di hati. Aku sangat menginginkan untuk menjejakkan kaki ke bumi Anbiya’ itu. Sejak aku mempelajari sejarah sewaktu di sekolah menengah, sejarah Turki Uthmaniyah adalah yang paling menarik minatku. Ya, siapakah yang tidak tahu berkenaan kerajaan khalifah Islam yang terakhir itu ? Apakah yang sebenarnya terjadi sehingga sistem khalifah itu terhapus di sana ? Tambahan lagi, guruku terhormat, ayahanda Ustaz Sulaiman sering mendengarkan kisah Turki pada kami. Hagia Sofeanya, Masjid Birunya.. Sehingga aku terbayang-bayang Turki dalam mimpiku walau kaki tidak pernah menjejak ke sana! Aduh, betapa tulus hati anak muda ketika itu. Masih di bangku sekolah dan menerima bulat-bulat apa yang diajarkan oleh guruku.


            InsyaAllah aku bakal memulai kembara ke Turki walau tanpa kaki menjejak ke sana lagi. Impianku, moga Allah izinkan aku untuk bernafas di sana, mengimbau sirah dan hikmah yang ada. Membaca karya 99 Cahaya di langit Eropah membuatkan aku terusik untuk menerokai sisi Eropah yang disembunyikan Barat. Sisi Islam yang berbekas di bumi Eropah. Syiar yang pernah wujud dan menanti untuk kembali dinyalakan oleh generasi jundulullah yang baharu.


Turki, negara yang menjadi saksi kejatuhan khalifah Islam suatu ketika dahulu. Namun sebelumnya ia juga menjadi saksi kemenangan tentera yang hebat pimpinan Sultan Muhammad Al-fateh. Jika kita menganggap masih ada generasi Mustafa Kamal Antartuk di Turki, jangan dilupa darah Al-fateh dan Badiuzzaman Said Nursi juga turut wujud di sana. Tangisan Faqeeh memecah keheningan malam yang kelam ini. Masa sangat mencemburuiku kini. Insyaallah akan ku sambung coretan ini setelah aku menghabiskan bacaanku berkenaan Turki. Selamat bertemu wahai Turki. Ketahuilah ada seorang insan sedang merinduimu di bumi Malaysia ini. Mengambil roh kekuatan Al-fateh dan Said Nursi. Generasi Al-fateh dan Said Nursi bakal kembali. Allah, izinkan aku ke sana suatu hari nanti.

Pen off.
12.31 am

2Jun2016

KAHWIN MUDA – SERONOK KE ?

salam n hi bloggers !

Ramadan Kareem. :)

Meh nak share satu entry yang dah lama taip tapi bru ada chance nak post :p

                Petang itu aku bercadang untuk duduk bersantai sahaja selepas asar di bilikku. Sambil mengangkat kain di ampaian belakang, Kak Ain merangkap jiran bilikku masuk sambil membawa senaskah mushaf Al-Quran.

“Akak nak tumpang baca Quran kat bilik awak. Bilik awak sejuk sikit. Hehehe. Bilik akak panas la.”, Ujar Kak Ain sambil tersenyum. Aku mengiyakan sahaja. Beberapa minggu ini memang keadaan agak panas di Kuala Terengganu, penangan El nino barangkali dan mungkin sahaja ini ujian dari Allah, ujian akhir zaman, monologku sendiri.

Usai melipat kain aku memerhatikan Kak Ain dalam diam. Dia betul-betu bersungguh membaca Quran, istiqamah aku lihat dia membaca Quran. Paling tidak dalam sehari mesti ada sekali aku mendengar dia mengalunkan bacaan Quran. Dengan keadaan dirinya yang sedang mengandung lima bulan, tambahan lagi bilik kami di tingkat tiga pula tu. Dalam diam aku mengagumi ibadah fardi (individu) yang dia amalkan. Sangat memberi inspirasi terutama kepada kami, generasi adik-adik yang masih bujang trang trang trang lagi ni. emojisenyumsumbing.

“Akak.. nak tanya sikit ni.. hahaha.. jangan marah pula ya.. nak tanya, ermm,, best ke kahwin muda a.k.a kahwin masa belajar ni?”, secara tiba-tiba soalan tu muncul dari mulutku. Hahaha. Rasa macam silap pula istilah kahwin muda itu sebab kalau melihat pada umurnya memang sesuai dah untuk berkahwin. Dah 23 tahun kot. Lainlah macam aku kan. Masih sweet twenty kata orang. Hahahaha. Masih sempat memuji diri dalam hati.

Kak Ain menutup mushaf yang dibacanya. Sebenarnya dah habis dah bacaannya, sebab tu aku berani menanyakan soalan cepumas itu.  Aku mengagak soalan ini soalan tipikal yang ditanyakan orang padanya. Kak Ain pun jenis selamber orangnya. Aku jamin sesiapa yang baru bertemu dengannya mesti tidak akan kekok, sebab dia pandai sangat sembang. Hihihi. Peramah ye kawan-kawan. Salah satu contoh teladan yang baik. Bangga pula jadi jirannya. Hehehe.

“ Hurm, sebenarnya kahwin ni kan, benda pertama yang awak perlu ingat, it is not like what we read or watch in televisions. Takdenye yang sweet memanjang 24 hours tuh. Yang ada ialah a lot of responsibilities..” balas Kak Ain yang membuatkan aku terdiam sekejap. Wah, speaking ye. Aku masih mencerna bait-bait jawapan Kak Ain tadi, short dan concise. Tapi penuh makna kot.

Be responsible. Tu antara intipati yang aku dapat sepanjang perbualan aku dengan Kak Ain. Dalam mana-mana bahtera perkahwinan, itulah resipi yang paling utama. Mesti ada tanggungjawab dan toleransi. Kadang-kadang bila terfikirkan urusan perkahwinan dan bina keluarga ni, timbul juga perasaan yang aku masih belum bersedia untuk belajar semua ni. Yelah, perjalanan masih jauh kot. Ijazah sarjana muda pun baru masuk tahun satu.

Cumanya, salah satu alasan yang membuatkan aku berminat dengan isu ini ialah kerana melihatkan generasi muda zaman sekarang. Zaman aku. Ya, zaman generasi Y (atau mungkin dah gen Z ye ? hahaha. Sila google sendiri). Melihat kepada isu yang berlaku, dengan ketagihan gadjetnya, isu gejala sosialnya, membuatkan aku terfikir, bagaimana aku nak membina generasi yang berbeza dari generasi sekarang ini untuk akan datang ? Macam mana aku nak lahirkan generasi Al-fateh mahupun paling rendah sekalipun, generasi yang memahami Islam secara keseluruhannya ?

Benda ni buat aku terfikir banyak kali. Yang sebenarnya kita semua bakal lalui suatu hari nanti. Melainkan jika Allah ambil nyawa kita sebelum kita berkeluarga. Jadi, kita tetap perlukan persediaan. Ini bukan main-main macam main pondok-pondok atau kahwin-kahwin masa zaman hingus meleleh dulu. Ini masanya bila seseorang yang ditakdirkan oleh Allah menjadi jodoh engkau, dan kalian pula akan membina generasi yang bakal mewarisi nama dan keturunan daripada kalian. It is a big thing guys.
Sebahagian dari kawan-kawan aku (i’m not sure if they r reading this. lulz) bagitahu terlalu awal untuk kita bincang isu ni. Tapi bagi aku, Ibu Imam Syafiee juga telah mempersiapkan dirinya terlebih awal untuk melahirkan keturunan yang hebat. Begitu juga Ibu Imam Ghazali. So, kita macam mana ? Wahh rasa macam terlebih semangat dah ni. hehehe. Jangan risau ye kawan-kawan, aku bukan nak minta kalian kahwin awal, aku cuma nak sarankan kita buat persediaan sebagai seorang ibu yang hebat mulai dari awal. Okeyh ? *tanda aman*

Setiap orang ada pandangan tersendiri tentang isu ni. Setiap orang boleh berfikir dengan baik kan. Hehehe. Jadi kesimpulannya, kalau kahwin nanti jangan lupa jemput. Eh eh eh. Tersilap pula, kesimpulannya, persiapkan diri anda wahai muslimah, tidak kiralah jodoh anda bakal sampai awal atau lambat kerana tertinggal tren, yang penting kita mesti menjaga diri sebagai seorang muslimah dan memperbanyakkan amalan sebagai bekalan hidup kita. Zaman muda ini bukannya zaman untuk berfoya-foya tapi ianya adalah zaman pembentukan peribadi kita yang terpenting. Jika kita tidak menjaga peribadi kita pada saat ini, bimbang kita sukar untuk mengubahnya saat kita tua nanti.

Last but not least, ingat ni ye kawan-kawan, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Winkwink. Selamat mempersiapkan diri menjadi madrasah ummah. Btw jangan la pula sampai lupakan tanggungjawab sebenar kita sebagai pelajar ye  (:


 Terima kasih kerana sudi membaca bebelan ini. Pen off :]

Tuesday, 24 May 2016

home

Bismillah.


Alhamdulillah end of semester two of bachelor. Long journey to go, moga Allah jaga selalu. ihfazillaha yahfazka !


Rindu sangat nak balik rumah. tapi tahankan sahaja la. lagi dua hari je kot. sobsobs.


Subhanallah, perkara ni buat aku terfikir, macam mana agaknya jika dah diambil nyawa oleh Allah taala, bagaimanakah rasanya ?


Rindu untuk bertemu dengan mereka-mereka yang masih hidup.


Rindu untuk kembali beribadat secara bersungguh-sungguh.
(Aik jap. Rindu atau keinginan yang sebenar-benarnya ya ?)

----

Allah kisahkan dalam quran, bagaimana rintihan si kafir, untuk kembali ke dunia,


"Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin." (Qs. As Sajdah : 12)


Maha suci Tuhan !


Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan wahai hamba ?



ps : Moga Allah sentiasa hadirkan kekuatan amal dalam diri kita. Jaga lupa lazimi amalan soleh agar ianya menjadi amalan yang mampu membawa kita ke redha Allah.


Saturday, 7 May 2016

Tujuan apakah kamu hidup ?

Bismillah.


Usai pulang dari munaqasyah terakhir semalam, diriku betul-betul kepenatan. Tapi aku sendiri bingung, atas apa yang aku penatkan. Sebenarnya jasadku segar, tetapi rohani aku mati. Puas aku mencari, rupanya diriku yang jauh pada Illahi. Ya Tuhan, ampuni hambamu ini.


Semalam heboh berita mengenai seorang PU yang telah kembali ke rahmatullah. Pada usia 30 tahun, beliau telah kembali ke pangkuan Illahi. Tenang. Sejujurnya aku tidak pernah mengenali beliau. Rupa-rupanya beliau seniorku di Unisza. Takhasus Usuluddin, bahkan pernah menjadi YDP Pmus. Subhanallah !


Aku semakin tertarik apabila ada seorang sahabat fesbukku yang berkongsi berkenaan blog arwah. Segera aku menekan di laman beliau dan aku terus hanyut dalam catatan beliau. Beliau yang aku kenali seputar penulisannya, adalah sangat baik orangnya. Seorang yang disegani dan dihormati. Zaujahnya juga seorang yang tabah bagiku. Alangkah indahnya hidup mereka !


Hingga aku terfikir, wahai Tuhan, apakah rencanaMu yang begitu hebat untuk mereka itu ?


wahai! sesungguhnya jiwa manusia tidak pernah merasa cukup dengan apa yang ada. *nangis laju-laju*


Sesungguhnya Allah telah menguji beliau dengan kesakitan, bahkan bagiku kesakitan yang agak lama yang dihidapi beliau, tetapi beliau tetap tabah dan memperbanyakkan ibadahnya, seakan-akan beliau mengetahui bila waktunya dia kan kembali. Sedangkan aku ? Bertangguhkan ibadat cuma berhari-hari, bermaksiat dan berbuat dosa kemudiannya tidur dengan harapan esok aku kan dibangunnkan kembali.

Wahai diri ! :'(


Masa untuk kembali. Bahkan setiap masa adalah masa untuk kembali, selagi nyawa tidak dijemput Illahi. Tuhan, aku malu pada alam, aku malu pada diri bahkan aku lebih malu padaMu. Sesungguhnya banyak aku meneguk nikmatMu tanpa sedikit syukur pun yang aku ungkapkan.. Ampuni aku Tuhan.

"Ya Allah, Kurniakanlah aku kekuatan amal. Kurniakanlah aku ikhlas dan sabar. Istiqamahkan aku pada agamaMu yang benar.."

--


Maka ayuhlah diri, kembalilah ! 


Kembalilah kepada agama yang benar, atas jalan yang benar, kembalilah kepada fitrah kamu yang kamu dilahirkan dengannya. 


Maka untuk tujuan apakah kamu dihidupkan ?


Tepuk dada, tanya Iman. Jawapannya pada kamu sendiri. 
 



Musafir Illahi,
Kusza.

--
Disini saya sediakan link blog arwah PU Zaid, sayangnya saya hanya sempat mengenali beliau melalui penulisannya semata-mata, moga bermanfaat. Al-Fatihah.

http://zaidad-diya.blogspot.my/

Wednesday, 4 May 2016

desup-desup hati

Bismillah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sepi sunyi dan pilu. Sakitnya yang mencengkam dalam sekeping jiwa. Zahirnya nampak bahagia tetapi dalamannya, hanya Dia yang maha Mengetahui.
.
.
.
.
.
.
Kadang-kala terfikir, saaat jauh aku rasakan aku menjunam ke lubuk hati gelapku sendiri, Munafikkah aku wahai Tuhan ?
.
.
.
.
.
.
.
Layakkah aku untuk syurgaMu wahai Tuhan ?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sehinggalah...
.
.
.
.

........Sesungguhnya Aku mengikut sangkaan hamba-hambaKu........



.
.
.
.
.
dupp. berdesup jatuh dalam hatiku.
.
.
.
.
.
.
.
.

......Maka Nikmat TuhanMU yang manakah yang kamu dustakan ?.......


Sunday, 6 March 2016

hanya aku

bismillah.

akhirnya setelah sekian lama. boleh buka balik blog ni.


entah mengapa. akhir-akhir ni rasa down dengan diri sendiri.. hatta kalau jumpa kucing tepi jalan pun rasa malu.. kucing tu makhluk Allah yang takkan dihisab, berbanding diri aku yang hina ni yang akan dihitung segala amalan.. Allahu..

aku sedang mencari diri, memaknai hakikat insan. kadangkala aku terfikir, sebenarnya semua amal ini untuk aku tunjuk pada siapa? sebenarnya semua kebajikan ni aku nak persembahkan pada siapa ??

kosong.

hatiku kosong.

terasa beban memberati pundakku.

lantas jiwa keliru hati membisu.


bangkitlah !

bangkitlah wahai mujahidah !!

--

aku terpinga, akan seruan yang baharu menyapa halwa telinga..

adakah itu dituju untukku ?

siapakah itu ?

--

ya tuhan,

kasihMu masih banyak aku nafikan,

masih tidak matang aku dalam menilai,

sebuah tarbiyyah yang Kau corakkan.

--

ampuni aku, dalam khilafku,

sesungguhnya aku hanya hamba,

dalam kembara maghfirahMu.

Sunday, 20 December 2015

Perancangan

Bismillahirrahmanirrahim.

Apa habaq semuaa ? Semoga semuanya sihat² belake ye..


Hari ni aku nak mention beberapa target yang aku baru je pikiaq beberapa hari ni.


Sebab apa aku letak sini ? sebab aku takut aku bakal hilngkan kalau letak kat mana². hehehe.


Okayh. In 3 years, aku berharap...

✔ Berjaya jadi si hamalatul Quran
✔ Jadi designer yang berjaya
✔ Sedia untuk peringkat seterusnya
✔ Sedia untuk ambil master
✔ Ada income yang tersendiri
✔ Make my parents proud of me

Jadinya, wahai diri, jangan cepat berputus asa, dan jangan cepat mengalah. Teruskan menambah amal ibadat setiap detik. 😘

3ala kulli hal, setiap hari dan detik, kena sentiasa persiapkan diri untuk kematian. Semoga pengakhiran yang baik buat kita semua.


~ Mardhotillah striver ~

Sunday, 6 December 2015

Kematian

Tangan ligat menulis di sini, sambil ak cuba merangka-rangka isi yang hendak diluah. Namun jemariku bergetar, takut dengan tajuk yang aku sendiri bawakan.


Kematian.


Hari ini penuh status baik di muka buku mahupun di instagram berkenaan pemergian Allahyarham
Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil. Aku turut merasa pahitnya. He was a great fighter.


Ajal maut semuanya budak menurut kehendak dan kemampuan manusia. Aku sendiri pernah merasakan peritnya kehilangan insan yang tersayang. Di saat usianya hanya sebaya sahaja denganku, dia pergi menyahut panggilan illahi.


Mengingati kematian membuat aku sering berdoa semoga Allah mematikan aku dalam keadaan aku bersedia untukNya. Dalam keadaan bekalanku melayakkan aku mendapat seceduk rahmatNya.Aku ingin pergi dalam keadaan rindu dan cinta pada Kekasih agungku..


Damailah wahai insan-insan yang ku sayangi. Selamar menunaikan janji pada Illahi. Doakan kami yang masih hidup ini, agar sentiasa bersiap sedia untuk kembali.


Menanti lamaran kematian. Hingga waktunya.


sekalung maaf aku hulurkan, buat sahabat-sahabat yang pernah mengenaliku. andai tiba saatnya aku pergi, moga keampunan dari kalian aku bawa sekali.

Monday, 23 November 2015

..

Hatiku tertinggal di suatu tempat,

Lantas kaki melangkah tanpa arah,

Air mata mengalir tanpa dipinta,

Laju tanpa mampu ditahan lagi.



Shoutul Harakah - Hadapilah


Aku cuba, :'(

hari demi hari ~

salam alayk..

thingking about something new..

Rabbuna Yusahhil..

Sunday, 11 October 2015

Kembara Jeli 3.0

Salam 'alayk.

Alhamdulillah. Hari kedua menetap di Perkampungan Sungai Rual ini. Setakat hari ini pelbagai aktiviti menarik yang kami sertai. Yang paling menyentuh hati ialah sewaktu mendengar laungan azan yang dilaungkan oleh si cilik daripada penduduk orang Asli ini. Sangat mendayu dan menyentuh hati. Betapa sinar Islam itu sendiri sedang mencetus tunasnya disini.

Anak² Orang Asli sedang melakukan praktikal bacaan dalam solat 


Setiap detik aku cuba merapati mana-mana kanak² yang aku jumpai. Bagiku mereka umpama mutiara yang berkilauan sinarnya. Perlu digilap sentiasa agar cahayanya tidak luntur dan kelam. Antara kanak-kanak yangku ingati namanya ialah Azram, Mustafa, Paie, AlHadi, Mie, Taufiq, Fatanah dan lain-lain. Penduduk disini 100% ialah Muslim akan tetapi masih baru dalam pengamalannya. Ada segelintir rumah yang kami temui masih lagi memelihara anjing namun anjing-anjing itu tidak menggangu masyarakat sekeliling.

Aku senang dengan suasana disini. Di sini, masyarakatnya tidak hanyut dek teknologi namun cuma masih jahil dalam Islam yang sebenar itu sendiri. Surau kecil yang berjasa ini masih lagi mempunyai jemaahnya tersendiri, azan jyga dilaungkan secara lantang disini. Bagi aku, kita dan mereka tidak berbeza. Hanya skop kejahilan sahaja yang memisahkan. Hakikatnya, kita semua masih hanyut dek ujian dunia. Masih belum sempurna pengamalan agama, cuma sedikit maju selangkah ke hadapan sahaja.

" Sesungguhnya agama disisi Allah taala itu hanyalah Islam "

Alhamdulillah, atas nikmat Islam yang kammil ini, ayuh kita lengkapkan diri bagi membantu insan yang lain, agar kenikmatan meraih cinta Allah taala itu dapat kita rasai dan kongsi bersama. Sebarkan bahagia.

091015 | 05.15 PM
Kehujanan,
Pos Kg Sungai Rual, Kelantan
- Allahumma Soiban Naafia -

Kembara Jeli 2.0

Alhamdulillah, kira-kira dalam lingkungan pukul 2 akhirnya geng kembara kami sampai ke Kampung Sungai Rual. Panorama berlatar blakang bukit bukau memenuhi ruang mata. Jalan tanah berdebu, jalan tar yang separuh siap dan sempit, menggambarkan watak kampung yang bakal aku jelajahi. Bas yang kami naiki terhuyung hayang dek jalan yang berbukit dan  bersimpang siur persis ular yang kena palu. Akhirnya bas berhenti dan kami berjalan sekitar 300 meter memasuki kampung tersebut.

Baru sampaii hehehe


Bangunan pertama yang menyapa mataku ialah sekolah rendah Sungai Rual ini. Sekolah yang kecil sahaja bangunannya ini mempunyai kira-kira dua ke tiga blok pembelajaran. Kanak-kanak Tahun 2 yang sedang belajar melambaikan tangan ke arah kumpulan kami yang kelihatan asing bagi mereka. Akan ku cuba untuk meneroka pelusuk sekolah itu pabila waktu mengizinkan.

Suasana kampung ini kelihatan sederhana pada pandanganku. Rumah-rumah yang didiami juga kebanyakannya rumah batu yang dibina oleh kerajaan. Beberapa orang penduduk kampung yang melintasi kami tersenyum dan ada yang melambaikan tangan. Lega, mungkin ini satu petanda kehadiran kami akan diterima secara baik oleh mereka. :D

Jauh di sudut hati, aku cuma berharap sinar Islam itu masih wujud dan subur di hati mereka. Tidak sabar rasanya mahu berbual dan bertukar buah fikiran dengan penduduk kampung ini. Moga-moga ada hikmah yang dapat dikutip sepanjang perjalanan ini.

" Sesungguhnya Kami menciptakan kalian daripada lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kalian berbangsa² dan bersuku² supaya kalian bertaarufan. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian disisi Allah taala ialah yang paling bertaqwa " - AlHujurat : 13 -



081015 | 0301 PM
Surau Kg Sungai Rual
Kelantan Darul Naim

Thursday, 8 October 2015

Kembara Jeli 1.0

Bismillah. Langkah kembara dimula dengan nama Allah yang Maha Penyayang.


Kali ini hamba berkesempatan bersama-sama ahli Kelab Perkim Unisza untuk bertandang ke bumi Kelantan. Bumi yang dijolok sebagai Serambi Mekah ini amat damai dengan suasananya yang tersendiri. Entah mengapa, setiap kali aku menapak ke Kelantan, ada satu perasaan aneh yang sukar dimertikan hadir dalam Qalb ini.


Kelantan, sebuah bumi yang subur dengan hasil tani. Bumi yang hampir setahun yang lalu dilanda dengan Bah Kuning sehingga mengakibatkan bencana yang besar.


Kelantan, bumi yang padanya termaqam jasad seorang Murabbi Ummah.


Masih basah diingatanku pada malam kembalinya sosok ulama itu menemui Illahi.

Usai menunaikan solat maghrib, aku membuka akaun whatsapp ku untuk mengetahui perkembangan semasa sementelahan lagi pada malam itu aku perlu menghadiri suatu mesyuarat. Tiba-tiba mataku dikejutkan dengan berita kesihatan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang merudum. Lantas sedikit doa dan AlFatihah aku hadiahkan baginya, moga-moga terbias secebis pahala bagi mengurangkan derita kesakitan beliau. Sesudah itu aku bersiap dan menunggang terus kuda biruku menuju ke tempat mesyuarat. Tempat mesyuarat yang masih gelap gelita memberi isyarat bahawa akulah yang pertama sampai di situ. Sambil menunggu sahabat-sahabat yang lain sampai, aku manfaatkan masa untuk membuka satu persatu mesej whatsapp ku yang menimbun itu.

Tiba-tiba..

Mataku terpaku pada berita kematian TGNA. Adrenalin mengalir laju dalam jasadku membuatkan nafasku sedikit termengah. Sayu, namun kantung mata masih mampu bertahan. Daripada berdiri, aku duduk sebentar di anak tangga. Skrin smartphone ku telah aku scroll berkali-kali, berita yang sama ku baca berulang kali. 
Alfatihah. Alfatihah. Alfatihah. 
Lantas, mutiara yang aku tahan itu mengalir jua. Turun membawa duka-duka dalam jiwa. Mengalirlah duhai air mata, saksikanlah, roh ulama itu sudah kembali menemui Tuhannya..

" Wahai jiwa yang tenang, Pulanglah ke pangkuan Rabmu dengan kegembiraan..."

Kembalinya beliau ke Rahmatullah ditangisi oleh alam. Berkerumun manusia dari pelusuk negara datang sebagai penghormatan terakhir kepada beliau. Beliaulah sosok yang disegani teman dan digeruni lawan. Beliau kembali dengan jiwa yang tenang. 

Berehatlah duhai Murabbi Ummah, sesungguhnya kami menjadi saksi perjuanganmu selama ini.

---
Perjalanan ke Jeli masih berbaki 55 Km lagi. Perasaanku melonjak mahu bertemu dengan kumpulan Orang Asli di Pos Sungai Rual, Jeli. InsyaAllah, dalam hayat yang berbaki ini akan aku infak seluruhnya fi sabilillah. Mengambil semangat bumi Kelantan yang barakah dengan kepimpinan ulama. Kuatlah hati kerana di hadapan ini masih ramai yang perlu kepadamu. Teruskan perjuangan !


Istiqamah Hingga Kemenangan.

081015 | 12:17 PM
Dalam Bas Unisza,
Petronas Kemahang 1, Kelantan.

ps : Alhamdulillah internet sedang berbaik dengan saya.

Wednesday, 7 October 2015

sempoi petangg ~

Bismillahirrahmanirrahim.


Suatu petang yang indah, ditemani burung-burung berterbangan. Alhamdulillah, suatu nikmat yang sangat besar untuk diungkapkan.

Dah lama rasanya tidak mencoret nukilan kat sini. hehehe. buat-buat sibuk le katekan.


*silent reminder*

dear Diary,
hahaha. diary bagaii. lol. actually there is something that comes up in my mind these days. wait a minute. maybe not something. maybe it is EVERYTHING. huhuhuhu. 


about future.

about past things.

about world.

about urm...

umm.. what else..?

ummm



yes. about UMMAH.


its be like, oh God, macam-macam benda bermain dalam kepala aku sampei dah tak tahu nak fikir apa. arghh. split identity kah..?


ok. stop. macam dah mengarut je. 


so that's how my life now. typically unarranged.


the, my new mission is..... GET CHANGED!!


obviously, nilah yang perlu ada dalam diri setiap muslim. indeed. but, sometimes we forget about it. Human is Nisyan which means the forgetful. 


finally, its the conclusion that I can make today. whoaaa. Get Changed. :)



ps: Tomorrow i will join a trip to Jeli, Kelantan. For a programme under Perkim with Orang Asli. wish me luck keyh. :*


Wednesday, 3 June 2015

perhentian sementara ~

bismillahi ala baraktillah ~


3 Jun 2013 - 3 Jun 2015

dua tahun, pejam celik pejam celik cepatnya masa berlalu.
 - tamat diploma -


perasaan bercampur baur, bermacam deria menghimpum dalam satu batang tubuh yang lemah ini.


ya Allah, kami bermohon keampunanMu atas perpisahan ini, dan kami bermohon untuk bertemu kembali dalam naungan kasih sayangMu,


dua tahun, suatu jangka masa yang singkat tetapi penuh memori dan kenangan tercipta. dua tahun ini aku belajar bergelar pelajar universiti, belajar berdikari dengan kaki sendiri, belajar menghadapi karenah sahabat-sahabat yang kucintai, Subhanallah, betapa indah perasaan ini.


tiada kata mampu ku ungkap untuk mensyukuri persahabatan ini.. terlalu manis untuk dilupakan (:


moga aku tetap hidup dalam doa kalian,


moga walau aku pergi dulu kalian akan masih mendoakan aku,


moga Allah sentiasa menjaga kalian.


last pic of full big family of usul ~ okei 3 orang takdek keyhh (pypa,mim,k.eyrah)
with ayahanda ust Kuheirm



my little family <3
dahlia, kenanga, cempaka, melati, melur, kemboja, teratai, dik tanjung
terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup oja :D



sekian.

ps: jika dipanjangkan umur dan diberi kelapangan masa InsyaAllah akan kunukilkan coretan ringkas bergelar pelajar diploma :D

diploma usuluddin
usuluddin harriyah
[2013-2015]

Sunday, 12 April 2015

ke Selangor ke kite ?

salam alayk  :)



Alhamdulillah, apa khabar semua ? semoga sentiasa membesar dan bernafas dalam keimanan dan ketaqwaan kepada Allah taala.


Alhamdulillah, baru pulang dari kembara ke Selangor Darul Ehsan semalam.


melepas rindu pada bumi IIUM yang ditinggalkan 4 tahun yang lalu >.<


Kembara yang banyak mengajar erti kesabaran, ketabahan dan kekuatan. banyak mengajar jiwa untuk lebih kuat dan lebih pandai membuat keputusan, Alhamdulillah atas nikmatMu ya Allah..


dan mungkin ini adalah kembara terakhir bersama Family Usuluddin Sem 6 kot.. T.T



special thanks to IIUM coz sudi menerima kami semua,


Prof Kamar Oniah bt Kamruzaman, yang banyak membuatkan kami 'sentap' seketika,



Tan Sri Prof Kamal Hassan, atas curahan ilmu yang banyak walau hanya 2 jam bertemu muka,



and ofkoss, our beloved father, Dr Muhammad Muneer'deen Olodo Asshafii,


sebab banyak sangat bantu kami sepanjang proses kembara ni, dan selalu ada bersama kami, yang mendamaikan suasana tegang, yang sentiasa berlawak jenaka..

and ofkos with de families also, wifey, mubarakah, mubarak, muneer, muneerah, we enjoy having uolls with us :)


Alhamdulillah, pengalaman yang berharga, yang bermakna, moga padanya nikmat dan ganjaran dari Allah Azza Wajalla..





Dr Muneer'deen


usul le family


Tan Sri Prof Kamal Hassan