Saturday, 22 June 2019

SETAHUN YANG PANJANG

Assalamualaikum wbt 


Hola,
it is actually dah 2019. yang sebenarnya dah menghampiri separuh tahun 2019. Alhamdullillah thumma alhamdulillah atas kurniaan umur yang bersisa ini ya Rabb. 
Dah lama rasanya tak menoktahkan kata di blog ni. Tak sangka, dah hampir setahun aku meninggalkan alam pembelajaran dan melangkah ke alam pekerjaan.


 Ramadan 1439 H - Ramadan 1440 H


A year.
Totally a great time for changes to happen.

Dari bergelar pelajar yang tiada komitmen selain daripada belajar, ku mulakan langkah sebagai pekerja. Berbekal kelulusan pengajian Islam, guru al-Quran kerja yang pertama aku mencuba. 24 Jun 2018, tarikh aku mulakan langkah kecil sebagai guru al-Quran di Kafa Ar-Ridhwah Taman Banggol Indah, Kemaman. Hari pertama bekerja, hampir sahaja aku terkejut. Balik dengan kepenatan. Begini rupanya alam pekerjaan. 


Alhamdulillah, setelah hampir enam bulan bekerja aku semakin menyesuaikan diri. Tidak putus juga ku mohon dalam doa semoga diberikan peluang yang lebih baik. Bergelar graduan bukanlah satu perkara yang mudah tapi cukup sukar. Tiada lagi alasan untuk tidak berkerja. Segala perbelanjaan diri jatuh pada diri sendiri. Ditambah dengan persepsi orang sekeliling apabila kau belum mendapatkan kerja yang lebih baik atau yang layak dengan kelulusan. Mungkin inilah saat diri teruji dengan segalanya (bagi aku la setakat ni). Dunia aku berubah 360 darjah. Tiada jadual kuliah, tiada kawan-kawan. Yang ada cuma aku dan hidupku yang sunyi sekali. Tidak aku nafi hari-hari yang dimana aku sangat bencikan diriku sendiri. Terasa useless dan down. 



Permohonan kerja sudah banyak yang aku hantar. Begitu juga sesi interview yang aku hadiri. Tapi jauh di sudut hati, jiwa aku meronta untuk belajar kembali. Demi sebuah ijazah yang diidamkan. Namun jalannya bukan sebarang. Perlu pengorbanan dan ketabahan. 

Awal 2019, aku diberi taklifan sebagai guru Kafa pula di pusat pengajian tu. Bertambah waktu kerja bermakna bertambah gaji harianku. Alhamdulillah. Namun komitmen juga bertambah. Mengajar, menelaah, bersabar dan cuba bersabar. Rindu pada jami'ah bukan kepalang. 8 April 2019, aku melaporkan diri sebagai guru ganti Bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan Seri Geliga, sekolah lamaku. Selama dua bulan mengharungi dunia sebagai seorang 'muallimah' (gelaran bagi guru bahasa Arab) sangat mengubah perspektif aku kepada guru. 



Berulang kali aku tanya pada diri, betul ke aku nak jadi cikgu ni? 



Dan berulang kali aku mohon dalam doa, 

Ya Rabb, tunjukkan aku pada jalan yang sebaiknya bagiku dan bagi agamaku. 


Sebenarnya dah lama aku bercadang nak sambung pengajian Sarjana. Ever since aku belum graduated lagi. Sebab bagi aku benda tu yang aku suka, Alhamdulillah. Tapi bila makin hari berlalu, aku makin ragu, betul ke benda ni yang aku minat? 
Orang selalu cakap kalau kita buat benda yang kita minat, benda yang susah pun jadi mudah. Ayat ni aku pegang masa buat tesis degree dulu. Sampai la tesis tu siap dengan jayanya Alhamdulillah. Cuma adakah ayat ni akan kekal relevan untuk akan datang?


--------------

eh, sebenarnya post ni sekadar nak catch up sebab dah lama blog ni bersawang. Tiberr jadi macam panjang pulak. Overall, nak cakapnya yang setahun lepas aku habis belajar ni, adalah setahun yang sangat-sangat panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaang bagi aku. And literally, aku belajar banyak perkara baru, Alhamdulillah. 



Gonna write much more after this insyaALLAH 



Till then, 

With Love 
xOja.